HENTIKAN MELANCUNG KE GALAS


KETIKA melepak diPelita Subangjaya, ternampak kelibat kawan lama, bekas ketua pemuda UMNO disatu Bahagian diKelantan. Saya mengangkat tangan dan melambai.  Dia ternampak saya, lantas mendekati saya, duduk dan bertanya khabar masing-masing agak lama tidak berjumpa.  Kami duduk semeja. Tea tarik !. Roti canai kuah dal campur kari kambing.  Barang mahal.
Dia bersama isteri dan seorang anaknya. Dalam masa yang saya fikir dia tidak boleh lama, saya bertanya apa pandangannya tentang pilihan raya kecil Galas. Terus terang dia memberikan jawapan seperti berikut:
APA PANDANGAN SAHABAT PRK GALAS?:  Kelantan  kalau ada pilihan raya susah menang. Bukan PAS kuat sangat, tetapi  CAS KETING dalam UMNO tidak habis-habis. Contohnya  PRK Manik Urai BN Kalah 65 undi.  Sebenarnya BN menang. Kenapa begitu ? saya mencelah.  Sebab calon PRK itu bukan orang dari kem ketua UMNO Bahagian. Saat-saat akhir kena bentes kaki  lebih 800 undi rosak. Itu undi siapa ? pasti undi BN/UMNO.
DiGua Musang pun sama. PRU 2008, Calon BN DUN Galas Sofee kalah kira-kira  600 undi pada PAS. Sofee dengan Ku Li tidak berapa ngam, akhirnya dua-dua pengundi palam. Betul, Ku Li menang parlimen tetapi di Galas Sofee kalah, Ku Li pun kalah. Katanya.
MACAM MANA PERLANTIKAN KU LI SEBAGAI PENGARAH PRK GALAS?:  Ku Li dilantik jadi Pengarah BN memang tepat. Tetapi jangan bertanding. Buat apa bertanding, dia sudah Ahli Parlimen!. UMNO bukan seperti parti lain. Nanti orang bilang tamak. Ku Li bertanding nanti yang muda-muda palam pula.  Lebih 1000 undi muda bertambah baru-baru ini.
HABIS SIAPA CALON?:  Biar Ku Li yang pilih budak-budak dia. PM pakat setuju sahaja. Tentu dia hendak memenangkan orang yang dia pilih sendiri. Kalau kalah buat apa dia tunggu lagi ?.
TAN SRI MUHYIDDIN YASIN KATA KU LI PALING SESUAI?:   Kalau UMNO Bahagian Gua Musang putuskan sebulat suara seperti itu paling tepat. Itukan suara suara satu hati. Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Isa diBahaian  Teluk Kemang  UMNO sebulat suara bersetuju, satu suara. BN Menang Besar.  Masa masih ada, Ku Li boleh rujuk dari kehati dalam mesyuarat Bahagian. Kalau Bahagian kata Ku Li kena bertanding,  Ku Li Lah. Yang Penting Ku Li ajak Bahagian berbincang. Dan kalau Bahagian keluarkan pendapat berpecah-pecah atau berbeza, itu tandanya mereka tidak sebulat suara.  Tapi kalau sudah duduk, ajak fikir secara ikhlas mustahil ada perbezaan pendapat. Yang penting semua fikir parti mesti menang. Bukan individu yang penting.
JIKA DALAM MESYUARAT ITU SEMUA CADANG KU LI BAGAIMANA? : Ku Li wajib terima, jika tidak dia hampakan harapan anak buahnya. Dia khianatlah.  Tak gunalah dia jadi pemimpin selama ini, bila penting untuk kehadapan dia tidak bertanggung jawab.  Yang saya cakap awal tadi, Ku Li tak perlu tanding jika tiada keputusan sedemikian.
BAGAIMANA CARA UNTUK BN MENANG KALI INI ?:  Orang luar disaran tidak payah melancunglah ke Galas. Kadang orang-orang luar datang berlagak. Semua PRK sebelum ini jadi tempat tunjuk kereta besar –mewah. Pakaian mahal-mahal.  Melancung sana-sini berpuak-puak. Orang kampung benci. Mereka rimas.
Orang Kelantan bukan seperti orang dinegeri-negeri lain. Mereka 24 jam berpolitik. Seorang penoreh getah boleh bahas isu Pelabuhan Bebas di Kelang dengan terperinci. Seorang pekebun salak dimana hari-hari duduk dalam duri salak boleh bahas isu FDI dan ekonomi dunia.  Seorang penanam tembakau boleh bahas  mengapa pelabur negara teluk tidak mahu datang melabur ke Malaysia.
Kalau orang luar berceramah, mereka tidak buat research isu-isu yang mereka cakap termasuk isu lokal, peti undi patut menang boleh jadi kalah. Jadi bila penceramah tidak cukup lada garam, pengundi pun fade up. Katanya lagi.
Tidak payah turun kempenlah. Biarkan orang Kelantan sahaja. Yang penting jika mahu membantu 'hantarkan peluru' sahaja. Itu lebih berkesan. Maklum sekarang belanja besar kalau kempen siang malam.  UMNO lawan kerajaan negeri. Bukan mudah.
Kalau minat mahu menyertai juga tidak ada masalah. Jangan berlagak, masuk pandai-pandailah bawa diri.  Tidak payahlah sembur  pelunak  'Christian doir atau armani' masuk kekampung !. Kah..kah..kah.. dia ketawa. Orang kampung suka bau daun sembung.  Sambungnya.
Macam mana pengundi kaum China? : Pengundi China Galas ada lebih 2000 undi atau 22 peratus. Asli pun ramai.  Kita boleh lihat keputusannya nanti.  Rasanya  entahlah !. Berat. Kali ini kita lihat kemana undi cina.
KOMEN:
Saya fikir apa yang dinyatakan oleh kawan saya itu ada kebenarannya.  Dalam siri kempen ini biarlah tugas mengeluarkan air dari dalam lubang telinga dengan air juga. Orang Kelantan lebih tahu cara mana mereka boleh selesai masalah mereka jika mereka mahu menang. 
Orang luar tidak payahlah serabut melancung ke Galas.  Apa yang penting UMNO negeri-negeri, badan-badan koperat atau orang perseorangan yang simpati dengan BN, hulur bantuan supaya jentera Kelantan mantap. Titik. Jika serabut dengan orang luar, keadaan patut menang  jadi kalah.
Yakin KU LI Boleh!.

4 comments:

Anonymous said...

Salam SM,

Pandangan sahabat SM tu betul dan komen SM pun ada kebenaran, kerana kita manusia, deduksi berasaskan pengalaman dan analisis, pada hal ketepatan nya masih ?. Hari esok masih ghaib, hanya dalam pengetahuan ALLAH. Soal nya siapa memutar dan di putar, Itu soalnya???.

Ibarat pertanding sukan i.e bola sepak, badminton hatta tanding gasing, amat perlu penyokong atau spectator, baru nampak semangat dan meriah, untuk beri sokongan moral. Kalah menang soal kedua, kerana tak mengubah apa pun, lagi PRU-13 makin hampir. Keberanian dan kejantanan mesti di tunjuk punye.....

Wadoh!!!Kalau ikut pandangan itu, maka kena naik motor kapcai/basikal/membetis dan pakai baju tak gosok dan bertampong, ini kah kita mahu...kan itu pura-pura nama nya atau HIPOKERIT...lagi lah terok....tak tunjuk pun orang dah tahu pun apa awak ada, pakai baju brand ape. Tak kan nak bau getah sekerap atau bau lumpur. Kita kena bezakan "tuan berok " atau "berok tuan"!!!!!kah...kah.....kah..ehek...ehek.. emm...emm.


sekian ajela!!!!

chenerong ular said...

Salam saudara sm,sudah lama rasanya saya mau mengutarakan isu MARI MELANCUNG BILA BERLAKUNYA PRK di mana2 ceruk pelusok di bumi malaysia ini,bukan soal pengundi2 setempat rimas dengan gelagat para pemimpin dan penyokong2 datang beramai ramai,menyemakkan keadaan,jalam tak jem jadi jem,nak anak anak kesekolah,biasa cuma 15 ke 25 minit ini jadi 45 minit ke sejam lebih. Yang lebih terasanya oleh penduduk setempat kenaikan harga makanan dan barangan melambung berlipat kali ganda,apa kan tidak yang datang semua berkereta besar,bercermin mata hitam,pakian dari linen2 yang mahal2.kedua,pembaziran duit,rakyat,tiap2 bahagian ada rumah sendiri,di sewa,makan disedikan,berapa banyak bahagian di malaysia ini yang menyedikan kemudahan seperti rumah dan lain2 lagi,dDARI MANA PUNCA WANG DISALURKAN UNTUK MEMBAYAR KOS PEMIMPIN2 DAN PENYOKONG2 YANG BERKAMPUNG DI SANA ADA MASA SAMPAI BERBULAN,JIKA WANG DARI POKET SENDIRI PEMIMPIN,WAH PEMURAH BENAR?.JIKA ADA SI BABA YANG MEMBANTU,TAKKAN BABA2 ITU MAU MEMBANTU KOSONG SAJA TANPA MEDAPAT PEMBALASAN YANG BERLIPAT KALI GANDA. Yang pentingnya pengundi2 disatu2 prk yang akan atau telah di adakan,telah muak,menyaampah,meluat melihat GELAGAT,KELIBAT pemimpin2 dan penyokong UMNO yang tak mau berubah ubah perangainya.

Esperalzi said...

Ada benar komen teman anda. Biarkan jer orang Kelantan yg uruskan hal2 kempen ni, lebih tepat serah jer pd Ku Li....orang luar tu dok diam2 jer kat umah tu, toksah buat sibuk di Gua Musang..

Namun, terfikir juga saya bahawa org2 luar juga akan bawa rezeki kpd org2 kampung di Galas. Bayangkan keperluan ekonomi yg diperlukan oleh orang2 luar yg boleh dijual oleh org2 Galas..penginapan, makanan, minuman, rokok, cenderahati, pengangkutan, dll. Kalau saya ada tanah kosong di Galas, nak juga saya buat tapak perkhemahan dan sewakan khemah2..mest laku punya!

Man Kota bharu said...

SM Anon yang pertama diats itu, masih lagi berfikir cara orang umno lama. Bukankah mereka kata orang kelantan lebih celik politik dari orang luar ! apa perlu sokongan moral kalau penyemak ?. Nak datang jadi tuan berok ke?.