Huru hara ketika masyarakat India dihalau dari kampung Buah Pala
Pulau Pinang gagal tarik pelabur sudah dua tahun berlalu dan rakyat terpaksa membuka gerai kata Datuk Dr. Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang.
2008 RM 10.2 Bilion masuk melabur dibawah kerajaan BN. 2009 merosot 79 persen kepada RM 2.2 bilion seterusnya RM 930 juta sahaja masuk dibawah kerajaan negeri DAP- Lim Guan Eng.
CATATAN PINGGIR
Pertama, geraf pelaburan jika diperhatikan 2008, 2009 dan 2010 seperti terjun tidak bertangga. Jatuh terpukang. 2011 mengikut trend cenderung menuju sifar.
Kedua, antara faktor penting Lim Guan Eng terlalu bersikap cerah perkauman berdasarkan isu-isu semasa pengambilan tanah rakyat contohnya dikampung buah Pala, meruntuhkan gerai-gerai bumiputera, pengambilan tanah untuk pembangunan yang menjadi isu setempat dan nasional.
Ketiga, Pelabur amat teliti dan mereka sedar bahawa penerima pelabur luar sebahagian besar adalah kuasa Federal . Kerajaan negeri amat kecil peranannya . Ini termasuk lesen pelaburan, insentif cukai dan berbagai-bagai lagi.
Keempat, isu-isu yang tidak dipersetujui oleh orang melayu dan India hingga menampakan ketegangan adalah juga diteliti oleh pelabur.
Kelima, Isu-isu kemerosotan pelaburan ini bukan sahaja berlaku diPulau Pinang tetapi berlaku di Selangor, kedah dan lebih lama lagi diKelantan. Pelabur-pelabur mengangkat bendera putih awal-awal bila menyebut nama -nama negeri disebutkan tadi. Mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaburkan wang mereka dinegeri-negeri yang bercanggah dengan kerajaan pusat.
Keenam, jangan harap investor akan datang dan bermurah hati untuk mengepam wang mereka disitu selagi DAP memerintah. Rakyat Pulau Pinang harus kembali kepangkal jalan.
Semangat politik tidak kemana jika tidak disertai pertumbuhan ekonomi. Dapat membukai gerai pun dikira sudah bernasib baik.
Datuk Dr. Hock Nan nampak lebih bercahaya pada masa hadapan Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment