KEPIMPINAN SUPERMAN DAN CICAKMAN


Perhimpuan Agung kali ke 61 ini, rata-rata angkat ibu jari mengatakan ' ucapan PM Najib terbaik' ,  jelas, karisma, tegas  dan bernaga ( dragon).
Sejak mula jadi PM, nampak 'kurang lada garam' kepada rakyat majoriti dengan nampak liberal dan merezabkan banyak hal. Ada yang buat penilaian bahawa PM Najib seperti nyior condong dimana boleh dipanjat oleh kura-kura.
Saya sendiri tertanya-tanya kemana pergi telurnya, hingga 18 bulan membiarkan kura-kura naik sampai kepelepah. Kemana hliang keraksasaan  semasa memimpin pemuda dahulu?.
Kadang kala saya rasa tewas untuk mempertahankannya bila ditempa dengan berbagai soalan dan bahasa badan yang tidak menyetujuinya. Tetapi  fikiran masih dapat memujuk hati bahawa suatu hari pasti dia tunjuk colour bahawa dia naga kepala tujuh!.
Sebagai bekas kepimpinan pemuda pusat saya memilih untuk mengekori mana-mana pemimpin berdasarkan  pemikirannya. Bukan atas dasar senegeri, sedaerah atau sekampung. Saya tidak akan ikut cicakman.
Tun  Razak dan Tun Dr Mahathir adalah dua model kepimpinan melayu dalam dua zaman berbeza. Saya kira mereka anugerah Tuhan kepada Malaysia kerana kebesaran fikirannya.
Ada beberapa orang yang saya ingin sebutkan tetapi cerita jadi panjang akhirnya mesej jadi tidak sempurna. Lain kalilah. Kita ambil satu dulu.
Tan Sri Rahim Tamby Chik adalah contoh seorang yang berfikiran besar. Ia boleh menjadikan Melaka dari tanah yang saka dan raka, layu serta tanah yang alam sekelilingnya yang enak untuk tidur dan selingkuh waktu siang ( tengah hari).
Dengan fikiran besarnya telah mengubah persekitaran tidak bermaya itu hingga dapat disambung oleh orang terkemudian ( Ali Rustam) sebagai negeri maju 2010. Jangan marah orang Melaka saya sebutkan namanya yang mungkin orang Melaka sudah kabur. Itu hakikat. Kebenaran mesti ditegakan.
Hanya satu yang saya tersangat hairan kehidupan kita ini orang yang berfikiran besar ini ada pekejnya tersendiri yang boleh meruntun karismanya. Tidak semena-mena menjadi cicakman.  Hitler, Sukarno, Sadham Hussien adalah antaranya. Kadang kala kita jadi takut untuk berfikir secara besar,manalah tahu, tiba-tiba boleh bertukar selera, syok kepada orang jantan  kah...kah..kah...
Balik kepangkal jalan. Kali ini setelah 18 bulan diangkat menjadi PM, barulah PM Najib menzahirkan dirinya sebagai 'naga' sebagaimana saya bayangkan dalam tulisan saya sebelum ini.
Nah.. !, sekarang  rakyat Malaysia mahu yang bagaimana lagi ?. Kita sudah ada superman. Masyarakat barat  berkarya melahirkan imaginasi 'superman' itu sebagai ciptaan seni hasil dari pemikiran menakluk dunia. Dari kanak-kanak meresap pemikiran superman.
Pemikiran kita sejauh ini hanya mampu melahirkan filem cicakman yang hanya terloncat-loncat. Cicakman terlalu kecil pemikirannya. Paling tinggi harapannya ingin meloncat keSri Perdana menerusi olahan camera-trip dan super-impose.
Sitijarum (sitijarum@utusan.com.my). "Sebuah filem yang terbaik adalah hasil pemikiran yang baik. Teknologi tanpa otak bukanlah factor menjadikan filem terbaik".
Sekarang kita sudah ada 'naga'. Masyarakat melayu dan cina sangat rapat dengan imej naga dalam pemikirannya. Orang India lebih tergambar kepada dewa. Tidak mustahil boleh bayang ada rupa dewa macam naga.
Baik, Kalau kita berfikir tentang kemakmuran sama-sama kita bayangkan negara ini jadi seekor naga besar diAsia Tenggara. Soalnya dapatkah kita bersatu meraksasakan Malasyia sebagai sebuah negara yang berjaya?. Naga akan jadi batu  atau gunung jika kita tidak pandai menguruskannya.
Marilah kita berkongsi menyintai dan mengabdikan diri kepada Malaysia.


1 comment:

Semerah Padi said...

Sebagaimana Sdr juga, saya juga tertanya-tanya, kemana pergi telur itu sehingga kura-kura naik sampai kepelepah.

Kini dengusan naga sudah kedengaran. Apakah naga akan menampilkan diri dan terus berketerampilan naga?

18 bulan kita tidak nampak naga. Naga tidak akan terbukti hanya dalam satu siri ucapan di satu perhimpunan.

Apa jua keterampilan selama '18 bulan' itu perlu dihakiskan supaya yang dilihat sekarang ini sebenarnya Naga yang dinanti-nantikan.

Ingat kisah MEB yang agak lain jalan ceritanya apabila bertemu Kongres Ekonomi Bumiputera? Apakah ucapan di depan Perkasa itu nampaknya dikotakan sekarang ini?