KLCC asalnya adalah Padang Lumba Kuda mula beroperasi dizaman Tunku Abdul Rahman. Sekitar awal tahun 1990 telah dibeli oleh Ananda Krishnan (Maxis) dengan memujuk Petronas untuk Joinventure membangunkan asalnya sebagai menara Telekomunikasi.
Ananda Krishnan membeli dengan nilai yang agak murah dan menawarkan kepada Petronas dengan nilai tinggi empat kali ganda. Nilai empat kali ganda itu dinilai dalam bentuk saham bernilai 51 peratus. Petronas membeli saham 51 peratus itu dengan modal untuk membangunkan KLCC.
Saya antara pemuda yang lantang bercakap sebagai wakil Pahang dalam perhimpunan Agung UMNO Malaysia 1992 menentang keras kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana begitu serius untuk membina KLCC.
Saya mempersoalkan Tun DM apa perlunya Petronas membazirkan wang untuk membina bangunan 85 tingkat tersebut. Saya menganggapnya ia adalah satu projek rasaksa atau gajah putih yang membuang duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Luar Bandar dan pembangunan pendidikan rakyat. Kerana pada masa itu Luar bandar belum begitu sempurna dan pendidikan begitu ramai yang memerlukan dana dan biasiswa.
Saya, seperti pembangkang sekarang bising dengan alasan bangunan itu akan mendatangkan kesesakan trafik dan akan menjadi bangunan hantu kerana kosong tidak ada siapa yang akan menyewa kerana terlalu tinggi lantaran kos pembangunannya tinggi.
Saya, juga menyatakan pendirian pemuda bahawa menolak projek mewah dan tidak puas hati dengan Tun DM yang mengutamakan sector bandar dari luar bandar.
Saya juga mempertikaikan Tun DM jika serius untuk membuat membangunkan KLCC apa perlunya dengan Ananda Krisnan yang hanya memperkayakan India itu. Mengapa kerajaan tidak mencari tanah lain?. Perwakilan pemuda dalam dewan berkeriau menjerit menyokong saya. PM Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hanya ketawa dan seakan-akan menyokong saya sama. Orang bertepuk dia pun bertepuk tangan.
Saya keluarkan cerita raja singa dalam ucapan itu kerana saya mahu menggambarkan bahawa Tun DM tidak mendengar pandangan pemuda dan ingin meneruskan juga pembangunan KLCC. Sehingga pada malam tersebut ada satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Tun DM ada menyentuh bahawa wakil Pemuda Pahang terlalu ganas ucapannya, saya diberi tahu demikian.
T DM meneruskan juga KLCC. Apabila KLCC siap dibina, perasmian gilang gemilang KLCC dilancarkan. Seluruh dunia dimedia-media mengeluarkan gambar KLCC dan Malaysia mula kenali menerusi menara berkembar yang agak aneh didunia. Pelancung datang berebut untuk melihat dan bergambar diKLCC.
Hari ini KLCC, sangat sinonim dengan imej Malaysia sebagai satu bangsa yang bertamadun tinggi. Pelawat luar negara tidak sah kalau tidak bergambar dibelakang bayang KLCC. Dan Kehidupan disekitar KLCC boleh jadi meriah dan tumbuh pesat perniagaan. Berpuluh ribu hidup atas sumber rezki KLCC.
Hari ini saya mengaku bahawa kelantangan saya dahulu berdasarkan sudut pandangan semasa dan kritis kepemudaan. Saya tidak nampak apa yang beribu tahun kehadapan. Rupanya pemimpin lagi jauh pandangan mereka. Itulah kelebihan T DM.
Sekarang saya hendak bertanya kepada anda sekelian siapa kata KLCC tidak berguna kepada rakyat dan negara ?. Jika dikatakan tidak berguna berikan alasannya?. Saya nampak tidak ada. Jika dahulu saya yang menentang T DM berani secara terbuka mengakui bahawa KLCC banyak manfaatnya maka orang lain tentu berfikiran lebih baik dari saya.
Apa yang saya tidak puas hati sekarang Petronas yang tidak menghiraukan minat bumiputera untuk melibatkan diri berniaga diKLCC. Terlalu terhad peluang bumiputera mendapat ruang disana. Petronas banyak songel bila ada permohonan bumiputera untuk mendapatkan ruang niaga. Petronas sudah lupa daratan. Sepatutnya KLCC itu mesti ada khas sekurangnya 30 peratus bumiputera. Petronas sebagai GLC harus peka kepada ikut sama membangunkan usahawan bumiputera. Jika telah dilaksanakan buktikan !. Saya belum nampak.
Keadaan sekarang samalah tentangan terhadap pembinaan Bangunan menara Warisan merdeka. Pembangkang pun mulalah bergendang tin kosong memekak telinga. Bukan itu sahaja, ramai juga yang lain menentang. Tetapi bila bangunan itu terdiri dan berjaya merekalah bising jika orang-orang mereka tidak mendapat ruang perniagaan disitu.
Justeru itu, jika PNB sudah jelas visionnya teruskan sahaja. Pedulilah apa orang kata. Yang penting ia tetap memberi manfaat jauh dimasa hadapan.
Saya tetap angkat topi kepada Tun Dr Mahathir kerana jiwanya yang keras membangunkan KLCC yang menjadi lambang Malaysia sebuah negara maju diakui oleh dalam dan luar negara.
9 comments:
1992, Dato' tengah muda... saya baru lepas remaja... tengah membara... saya ingat lagi kita jalan kul 2pagi redah hutan, masuk kampung berceramah dalam kubu S46 di Sg Retang.. he he...
Masa telah mematangkan kita dan memberitahu kita apa yang kita tidak faham suatu ketika dulu.
PS: saya copy & paste dalam Waadat.
Salam SM @ Dato' Azizan yacob,
Saudara Berjiwa besar kerana mengaku silap memandang dan menilai pada usia muda, darah panas dan berapi. Itu tak mengapa, sudah lumrah rasional tidak semesti nya wise.
Pada waktu itu sudara rasional dan tidak wise tapi TDM rasional dan wise, itu beza nya. Sudara manusia ini pandangan dan kelaku nya boleh jatuh dalam kategori berikut :
" The Schoolar"
" Rarely Writer"
" As Well AS"
" The Farmers Speaks"
Di Mana sudara?. Pokok nya world view sudara sudah transform, saya kata kan sudara dari Rarely writer telah transform kepada kombinasi The schoolar dan the farmer speaks. Maksud dan makna nya sudara gali lah sendiri?.
Itu sebab sekarang mengakui kebijaksaan dan wise TDM melaksanakan KLCC- Twin Tower malah pusat pentadbiran Putrajaya. Jadi begitu lah Warisan Merdeka, semua melayu dan bumiputra yang melabur dalam saham PNB secara tak langsung ada peranan.
Apakah ini tak membanggakan kita?.Insyallah berjaya punya.
SM setakat ini jumpa lagi.
Terima kasih kepada Cikguman banyak membimbing saya dalam penulisan. Amat sesuailah kedudukan sebanai Timbalan Presiden BPN. Ya waktu saya mengkritik itu, keadaan luar bandar sangat seksa tidak seperti sekarang. Semat berjuang.
2. Sdr Lesungindik kepada saudara yang agak wise menilai saya macam mana orangnya. Saya berani mati kalau saya tidak bersetuju sesuatu dan saya bersedia mengakui kelemahan dan silap saya jika saya dapati saya silap dan overlook sesuatu perkara. Yang penting kita tidak menyokong tanpa periksa dan pak turut. Perbezaan pandangan adalah satu kebaikan kepada bangsa.Tetapi kita harus fleksibel dan pragmatis. Kita tentang kerana kita tidak nampak sudut kebaikannya. Kita menyokong setelah kita faham sesuatu keputusan itu dibuat. Ada kebijaksanaannya.
Saya juga sokong pembinaan menara 100 tkat tu tp bersyarat, 80% kontraktor dan pakar adalah dari kalangan bumiputera, 80% premis perniagaan disewakan kepada bumiputera, 80% kuasa pengurusan di bawah bumiputera, diskaun kepada penyewa bumiputera bagi 3 tahun pertama... Ini untuk elakkan penindasan kpd peniaga bumiputera spt yg berlaku di KLCC dan Alamanda...
http://exception2008.blogspot.com/2010/10/pendirian-terhadap-projek-warisan.html
sekadar bertanya, adakah pinjaman untuk pembinaan klcc dah habis bayar. mengapa ada tingkat2 yang tidak digunakan
Sdr. Amir07 Johor,
Saya difahamkan pembinaan KLCC tidak ada pinjaman. Duit pembelian saham 51 peratus dari Petronas kepada Ananda Krisnan itu sebagai modal membangunkan KLCC. Mudah cerita, Ananda bagi tanah dan petronas keluar duit buat bangunan. Bila siap Ananda K pegang 49 Petronas pegang 51 % pada masa itu. Sekarang saya tidak jelas mungkin sudah milik penug petronas kot. Saya tak dengar pula ada tingkat yang kosong. Pada keseluruhannya ai berguna. Terima kasih
Tahniah Dato,selalunya manusia memberi penghargaan dan sanjungan serta mengiktirafkan sesaorang selepas pemergian tokoh atau sesaorang ? mengaku akan kesilapan kita ada dituntut agama,syabas!!!.
@amir07_johor
Ikut pengetahuan saya, memang ada beberapa tingkat sengaja dibiarkan kosong untuk persediaan kecemasan (cth: kebakaran dll) sbg perintang api.
Kalau kosong sebab lain tak tahulah pula.
p/s: Sila betulkan jika silap.
Sdr F Hisyam,
Takut berat sangat kot ? nanti patah pula bangunan tu kah..kah..kah..
Post a Comment