Dato' Sri Adnan Yaakob. MB Pahang. Hanya hiasan. Tiada kaitan dengan artikel ini
SEHARI dua lagi berakhirlah bulan Shawal. Puasa sebulan, raya pun sebulan. Puasa sebulan bagusnya raya dua bulan. Sepanjang bulan ini selalunya berkejar dengan majlis kahwin dan jamuan aidilfitri. Sebulan rasa singkat. Sedar-sedar sudah akhir bulan.
SEHARI dua lagi berakhirlah bulan Shawal. Puasa sebulan, raya pun sebulan. Puasa sebulan bagusnya raya dua bulan. Sepanjang bulan ini selalunya berkejar dengan majlis kahwin dan jamuan aidilfitri. Sebulan rasa singkat. Sedar-sedar sudah akhir bulan.
Pemimpin masyarakat khususnya UMNO berlumba mengadakan majlis hari raya. Tidak kira atas nama Kementerian, jabatan, Ketua Bahagian, Parlimen, ADUN, pemuda, wanita, puteri mahu cawangan-cawangan. Besar cara besar, kecil cara kecil. Yang mampu buat yang tidak mampu diam. Rata-rata tidak mampu kerana barang-barang mahal.
Ada satu majlis anjuran pejabat daerah, saya dimaklum sasarannya 3,000 orang, belanjanya tidak kurang RM 30,000. Belanja lemang sahaja sahaja RM 10, 000. Rendang RM 5,000. Belum yang lain. Yang hadir anggaran 1,500 orang.
Satu Majlis politik, sasaran 3000 orang, belanja RM 20,000 kerana gotong royong. Didatangi anggaran 2,000 ada yang menjilat jari. Majlis waktu malam, masa jamuan serentak . Sekali terkam 2000 orang satay tinggal bara berasap. Biasalah jamuan jika beramai-ramai. Datang itu jangan terlalu mengharap sangat. Jika sempat syukurlah. Apa yang penting kita seronok beramai-ramai.
Kadang-kadang masyarakat terangsang datang untuk bermesra dengan kawan-kawan. Happening. Menampak muka pada penganjur (pemimpin). Kebanyakan majlis hari raya hidangan yang berbagai, pilih satu dua pun sudah tersandar . Mereka datang anak isteri, jika ada persembahan ambil masa melepak sekejap.
Kepada pemimpin, kehadiran diri ini penting. Mereka suka sebab itu mereka tunjuk muka. Tidak suka pasti mereka tidak menunjuk wajah. Itu bahasa badan yang mudah.
Pemimpin UMNO masih jauh dari berubah. Cara mereka masih cara lama. Mereka berkumpul sesama mereka. Makan minum sesama mereka. Antah tidak bercampur dengan beras. Gelagat VVIP sukar dibuang. Nampak elit dan lain dari terbanyak. Baju melayu, kain kasa pakaian terpilih. Sayup terdengar ketawa berdekah-dekah. Setengah batu sudah kenal ketawa orang UMNO. Mereka tidak ambil kesempatan mendekati dan bermesra dengan rakyat. Pipit tetap pipit.
Petunjuk jelas orang melayu khususnya masih sukakan UMNO. Walaupun kadang kala ada majlis rasmi UMNO dibalai-balai raya mereka jarang hadir. Mungkin rakyat sudah bosan mendengar orang bercakap banyak!.
Dalam keadaan pembangunan semua ada, rakyat lebih gemar program bersifat tidak terlalu formal. Bebas dan terbuka. Senang datang dan senang pergi. Pendekatan mesra dan salaturrahim. Tidak kira dibandar atau didesa.
Wah, kalau begitu lain betul kehendak rakyat sekarang. Rakyat seronok bercerita tentang ramah mesra. Pemimpin pula bercakap fasal pembangunan. Apa ini ? rakyat main atas darat, pemimpin main atas air. Tidak bertemulah !. Bagaimana untuk jaringkan gol ??.
Tidak boleh ke bajet Rancangan Malaysia Ke 10 ini tukar sahaja dari peruntukan pembangunan kepada belanja kenduri ?. Apa hendak dibangun lagi ?. Lebih baik kita berjamu sahaja !. Jamu sana... jamu sini !. Ha ha ha.
Tidak boleh ke bajet RMK 10 tukar sahaja duit buat bangunan jadikan belanja kita buat rombongan sana.. rombongan sini ?. Hendak buat bangunan apa lagi ?. Biar penuh bas diatas jalan bersimpang siur, orang Utara hala keSelatan. Orang Selatan hala keUtara. Begitu juga Timur dan Barat. Bukan kah meriah !. Carilah mana menteri yang bermasalah sekarang suruh jadi menteri kenduri sahaja. Ha ha ha.
Boleh menang Besar Kot? . Kadang-kadang kita gugur rambut fikir apa yang payah ! rupanya ada jalan yang paling mudah. Kalau kita fikir barang yang susah-susah, tiba-tiba kalah macam mana?. Ini teringat saya kepada cerita Singapura dilanggar todak sebelum ini.
Jadi parti pembangkang rupanya lagi mudah !. Semua rangka kerja tidak payah kertas, tidak payah pena. Main air lior sahaja. Janji sana, sana janji sini. Air Free, api free, tidak upaya bergaji, minyak tambah subsidi. Masuk IPT free, tol free, orang miskin dapat cash subsidi, pegawai kerajaan gaji tinggi !. Negara kebajikan. Akhirnya jadi Greece, serah diri pada IMF badan kebajikan dunia !.
Bila dapat memerintah, bekalan air untung jadi rugi. Harga air naik setiap hari. Jawapan tidak tahu makin menjadi-jadi. Bila wartawan tanya apa alasan harga air naik? Selamba dia jawab " eh naik ka?, saya tak tau. Itu orang BN dululah" . Bila Tanya kenapa diluluskan lesen pembalakan dikawasan tadahan air yang menyebabkan banjir? " eh ! ya.. ka, saya tak tau. Itu kerja BN dulu juga". Lama-lama repoter pun bosan lalu menjerit " hey MB tak tau !. Apa yang awak tau ? ". Dia masih lagi jawab " saya tak tau". Ha ha ha ada rupanya MB begini atas muka bumi .
Kita tidak boleh salahkan dia. Sebab dia tidak pernah terfikir untuk jadi MB. Dia diwatikahkan dalam keadaan serba- serbi tidak tahu. Dia sendiri pun hairan mengapa dia boleh jadi MB. Sampai sekarang dia masih hayal bertanya pada diri mengapa dia dipilih menjadi MB. Enam bulan pertama itu dia masih pelik pada ruang pejabat MB dengan berbagai kemudahan. PA, Secretary, berbagai setiausaha, dan pegawai-pegawai negeri. Apa yang masuk minta tanda tangan dia sign semua.
Tidak mudahlah akan dia!. Kalau saya pun begitu, tengah-tengah merapu macam sekarang tiba-tiba jadi MB. Terkejut beruk !. Dalam politik ini macam-macam boleh jadi. Teringatkan rakan kita DS Khair Toyo. Jadi ketua pemuda, tiba-tiba naik nama bertanding ADUN PRU 1999, menang 100 undi. Lepas menang, dengar-dengar orang sana jadi MB, dia pun kejar. Tiba-tiba angin berubah orang sini pula, dia pun kejar. Esuk berubah orang lain pula, dia pun kejar juga. Tidak kejar serba salah juga. Begitulah kalau jadi wakil rakyat cabuk. Orang tidak tahu ! menjaga MB lebih teruk dari menjaga rakyat. Saya dah kena ! apa ?. Kau orang kata ampu ? ya ya ya ampu. Tidak pandai ampu jalan.... itulah yang saya lemah. AMPU.
Tiba-tiba Berita Jam 8.00 malam, Tun Dr. Mahathir umum dikaca TV MB Selangor budak Khair Toyo !. Tidak terbelahak ka ?. Pakai kain salah, pakai seluar salah akhirnya telanjang. Puas isteri menutup dengan sarong ! boleh jadi sasau... kah.. kah.. kah... Sedar-sedar penuh orang mengejar dia. Dalam bilik air, sudah buka zip seluar pun ada yang hulur tangan. Ha ha ha. Sekarang dipanggil pun lari !. Hebat orang politik. Yang begitu cepat berubah.
Sebagai penutup, menarik juga saya cerita fasal Dato Waad Mansor pilihan raya kecil DUN Gemencih selepas kes pemergian Allahyarham Dato' Taha . Beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Tampin mengadap Tun Dr. Mahathir untuk melobi jadi calon. Oleh kerana Waad masih budak pada ketika itu, pemimpin-pemimpin itu mengajak Waad menjadi pemandu. Hendak menjadi cerita Waad ikut sekali mendengar perjumpaan itu.
Kesemua pemimpin itu membuat cadangan kepada PM supaya calon PRK itu dipilih salah seorang dari kalangan mereka yang berjumpa itu tidak termasuk budak waad . PM bertanya budak dibelakang pakai baju pemuda itu siapa?. Mereka kata budak itu pemandu mereka.
Bila balik, beberapa hari selepas itu Waad Mansor diumumkan menjadi calon. Tidak panik ke ?. Gempar serata alam.
Jadi begitulah keadaannya MB Selangor, Penang dan Kedah. Ketiga-tiganya tidak ada pengalaman langsung dalam kerajaan. Rosak juga. Sebaik-baiknya jawatan MB itu dalam kedaan sekarang ada tiga kebolehan utama : Pertama ada kemahiran politik. Kedua, Ada pengalaman dalam kerajaan dan ketiga, ada pengalaman perniagaan.
Apa yang saya ingin sampaikan disini banyak perkara tidak terduga boleh terjadi dalam politik. Banyak kejayaan didunia ini sangat berkait dengan lateral thinking. Adward de Bono (1985). Tactic. kata:
1. Lateral thinking should be treated as a routine part of our thinking equipment.
2. Lateral Thinking we use 'movement' rather then judgement. We use movement to move on from a provocation to a new perception or concept.
3. The logic of lateral thinking arises from the nature of perception as activity in a self-organizing information universe. Humour is a good parallel.
1 comment:
SM,
Oh ye, Nak jadi MB satu pra syarat nya mesti ada pegalaman dalam kerajaan. Makna walaupun pengalaman sebagai pembantu pejabat atau fail fail boleh kan,kalau ikut syarat SM. Itu dulu sekarang dah lain. Ilmu pentadbiran boleh dipelajari lagi pun kerja berpasukan dan di bantu oleh jentera nya. Nah ! begitu lah hakikat nya, jangan lah sesuatu itu di letak kan syarat nya. Masa itu guru pengalaman. Nampak sangat kita takut kepada sesuatu yang baru. Jadi Dimana nya tranformasi ?. Kan perubahan itu pasti berlaku, umpama nya kenapa kita takut "Tua", tua itu pasti datang. Wah ! apa jadi SM?.
SM, Screw driver hanya alat, tangan lah yang memutar nya. Tangan pula di pandu oleh otak. Jadi yang penting pemimpin perlu "berotak" dan perlu "Ketuaan" pasti datang. Pak kata P.ramlee dalam filem bujang lapok" dunia ini sandiwara. Jadi siapa yang menyandiwarakan?.
Udah lah SM, perkara yang lepas jadi kan kenangan aje, jangan memikirkan sangat. Ada masa untuk kita dimasa lain untuk orang lain, kan ini nama nya jaman edan?
Ok lah merapu setakat ni...jumpa lagi.
Post a Comment