PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- MENGAMPU?.





Beberapa hari lagi, akan datang 'hari besar' orang UMNO. Perhimpunan Agung UMNO Malaysia. Pengurusan Ibu Pejabat UMNO siang malam menggayakan persiapan tempat persidangan anggaran lebih 2500 orang Perwakilan dan 50,000 pemerhati. Ruang media, keselamatan, bazaar, jamuan dan lain-lain.
Hotel-hotel sekitar PWTC dan jalan TAR, Jalan Raja Laut, Jalan Putra serta Jalan Ipoh  Jangan mimpi boleh ditempah lagi sekarang. Hotel terkemuka seperti Legend, Sri Pasifik dan Dynasti  sudah di tempah sejak  awal tahun lagi oleh UMNO negeri-negeri. Bilik Hotel harga berganda. Apa tidak berganda?  Tinggal lebih dari dihadkan selagi muat.
Kawasan terlimpah bayang PWTC dan Menara UMNO akan menjelma 'bunyi melayu' selama empat hari. Sendat dengan 1001 jenis kereta. Disitulah jika ingin melihat rupanya ramai melayu bergaya dan kaya. Samada kaya gaya atau gaya kaya atau kaya bergaya tidak dipastikan. Kita harap betul-betul kayalah.
Menjelang malam ada jamuan pemuda, Jamuan Presiden, Jamuan Timbalan Presiden. Bawa badan sahaja.  Negeri-negeri akan buat jamuan malam-malam berikutnya.  Waktu siang banyak bahagian anjurkan makan tengah hari kepada anak buah masing-masing. Kalau rajin mengejar, empat hari itu tidak payah keluar wang saku. Bilik tidur boleh kongsi-kongsi dengan rakan-rakan,  10-15 orang sebilik janji ada ruang letak kepala dan badan dan bilik air. Bukan tidur sangat pun,  setahun sekali merayau diChow Kit Road atau paling jauh Bukit Bintang.
Puncak Perhimpunan adalah Majlis Perasmian oleh Presiden UMNO. Dalam Dewan Perwakilan penuh.  Jumlah perwakilan mula  menurun dalam perbahasan usul dan penuh semula menjelang penggulungan dan penutup. Orang yang sudah lama jadi perwakilan sudah set dalam otak mereka hadir pada perasmian dan penutup sahaja.  Masa lain mereka  kadang-kadang bagi pas masuk kepada pengganti. Boleh ke?
Semasa membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul-usul terdapat berbagai gaya pidato yang mendapat perhatian umum. Selepas mereka berucap akan keluar komen dari perwakilan dan pemerhati yang mendengar  iaitu sedap, boleh tahan dan hancur.
Jurucakap biasanya akan mengangkat dan memuji pemimpin. Bagi pemerhati yang tidak biasa mereka akan kata kuat mengampu. Sebenarnya, itulah masa bagi wakil-wakil dari akar umbi memberikan kredit, rangsangan dan kata-kata semangat, malah pujian itu merupakan siraman baja terutama kepada Presiden supaya lebih terangsang untuk lebih kuat bekerja, melupai segala susah payah dan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam masa setahun. Tahun hadapan baja lagi.
Kadang-kala angkat dulu kemudian ketuk pun ada.  Cara kena bijak. Kalau hendak potong kena urut dulu supaya mati dalam tidur. Kadang kala memang banyak terdapat gaya puji dan ampu yang lebih dan meloyakan. Mungkin disampaikan oleh pemidato yang tidak professional atau terlalu teruja dapat bercakap. Mungkin boss yang memilih dia berucap set ucapannya begitu !.
Pemidato dalam Perhimpunan Agung tidak semua yang mampu menarik odeon. Dalam masa 15 ke 20 minit yang diberikan pengerusi Tetap semua teknik pidato mesti dimasukan. Teras utama adalah apakah mesej dan disokong oleh fakta yang ingin disampaikan.  Gaya bahasa, teknik, ampu, peransang, jenaka, intelektual hendaklah dimuatkan sekali.  Jika ucapan itu kering nescaya 'boo' akan berkumandang menggamatkan dewan.
Tidak mudah jika dipilih oleh negeri untuk berucap diPerhimpunan Agung. Ia boleh jadi stress sepanjang hari sebelum berucap. Jika stress memuncak boleh jadi terkapai-kapai dan hilang punca bila berada dipentas dengan beribu pasang mata bertumpu. Ramai yang mencari jalan selamat dengan membaca teks. Cukup masa berhenti. Jika teruskan alamat kena 'boo'juga.
Pemidato yang baik akan jadi terkenal mendadak. Ditahun hadapan perwakilan akan menunggu-nunggu dia muncul berucap. Seorang pemidato boleh jadi naik nama seperti roket dan jatuh seperti buah kelapa  'berdebuk'. Bagi pemidato yang baik perwakilan akan minta pengerusi tambah masa. Dari 15 minit boleh sampai lebih dari satu jam. Jika pemidato yang tidak baik belum sampai 15 minit sudah terdengar bunyi lebah  menderu dan ada jeritan  suara-suara  " cukuplah". Jika degil  'boo' pun sampai.
Setiap  wakil yang berucap ditentukan oleh Ketua Perhubungan UMNO negeri-negeri.  Mereka akan pilih orang kepercayaan mereka walau pun tidak berapa  'ummph'. Kemudian bahan-bahan ucapan di precondition dahulu.
Tidak boleh kah pemidato dibuka dalam bentuk bebas tanpa ada pilih bulu?. Sekali sekala kena buat begitu  untuk dinilai. Jika baik akan datang teruskan konsep itu. Bagaimana pun ia harus didaftarkan lebih awal dan pengerusi tetap boleh pilih ikut masa yang sesuai dan maklum lebih awal.
Saya fikir perlu  ada perubahan konsep dalam persidangan untuk  menjana perubahan. Salah satunya menghentikan amalan lama pemidato yang kurang bebas membahaskan usul-usul untuk kepentingan negara. Mungkin ramai yang berbakat dan bernas tetapi tidak pernah diketengahkan kerana 'siapa' mereka.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Setuju juga dengan pandangan tuan... tapi kalau kita renung betul-betul, berapa ramai perwakilan yang benar-benar minat nak dengan ucapan, walau sebagus mana pemidato berucap... banyak yang berpelesiran dilobi dewan.. bertanding perwakilan di bahagian hanya sekadar nak tunjuk nama glamur je... itu tak termasuk perwakilan yang hanya daftar hari pertama, letak kereta kat hotel tapi melancung ke Indonesia 3 hari.. lesen besar kata deme... hari akhir baru sampai semula ke dewan.... banyak yang perangai macam ni...tapi apa boleh buat, ahli pilih juga deme ni jadi pwerwakilan...

chenerong ular said...

Sebab apa ahli pilih juga mereka mereka ini jadi perwakilan,sebabnya saudara YG dan SM pun tau,sebanya pulus telah di tabur dimerata tempat semasa mesyuarat bahagian,ada sesetengah tu memang telah menjadi calun tetap ke perhimpunan agung di kl.muka yang sama,kualiti langsung tak ada.APA YANG PENTING PADA MEREKA SAMA DAPAT habuan,LABUR 10,000 DAPAT 20,000 PAS TU BELANJA LAH PENYOKONG2, SETIA MEREKA,MAKA BERKATALAH PENYOKONG2,WAH BAIK BETUL KETUA KITA...HA HA HA BEGINI LAH UMNO SAMPAI KIAMAT,SEBAB ? YANG DATANG MENGHADARI MESYUARAT SAMA JER KEPALA NYA DENGAN PEMIMPIN YANG DUDUK dipentas atas.

Anonymous said...

Salam yang gambi.Yelah bila lagi mereka nak makan angin keluar negeri.Time dapat duit haram ni lah baru boleh makan angin apa.

Anonymous said...

kebanyakan yang jadi perwakilan itu menang kerana wang sahaja. Mereka sanggup habis kononnya mereka terpilih kerana kuat sokongan akar umbi. mereka berlumba nak jadi perwakilan sebab nak tunjuk muka pada menteri supaya menteri tolong bagi kontrak.