Membiayai RM100 kepada golongan miskin dari sumber judi tidak menyelesaikan masalah kemiskinan dideritai oleh rakyat. Tidak ada lunas mendakwa kerajaan Khalifah Omar Abdul Aziz jika setakat itu sahaja usahanya.Tidak perlu diwar-warkan kepada dunia, kononnya telah ada pelan pembasmian kemiskinan diPulau Pinang. Retorik.
Hampir separuh penggal selepas PRU 12, tidak terdengar lagi perancangan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam membasmi Kemiskinan atau merangka dasar membantu rakyat meningkatkan kehidupan. Hari-hari terdengar suara ingin menumbangkan kerajaan yang ada dan isu-isu perbalahan didalam kolam sendiri.
Di Kelantan walaupun sudah 20 tahun memerintah, kita baru didedahkan rancangan pembangunan ekonomi bagi membasmi kemiskinan melalui 'ladang rakyat' dengan janji RM200 sebulan. Tanah-tanah rakyat diambil dibangun ladang oleh salah satu perbadanan negeri dan sebahagian oleh syarikat swasta. Kini kita terdedah dengan maklumat perkebunan itu sudah menjadi kebun misteri.
Baik, dari serabut dengan gelombang angin radio karat, kita tukar chanel. Kerajaan Persekutaun telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 58.7 persen 1970 kepada 3.8 peratus hingga September 2009.
Pada Disember 2008 masih terdapat 44,643 isirumah miskin dinegara ini. Dalam tempuh 10 bulan, pada September 2009, hanya tinggal berbaki 22,198 isirumah sahaja lagi. PM Najib Berjanji hujung Desember ini akan berkurangan lagi jika tidak dapat disifarkan.( BH Okt 13,2010).
Tindakan drastic diambil untuk mengambus isu kemiskinan segera sebagai imbasan DEB menyusun semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan.
40 tahun masa diambil membasmi kemiskinan dari tahun 1970 ( DEB dimulakan). Kesetabilan politik adalah pelandas utama penghapusan kemiskinan disamping azam kuat pemimpin.
Keadaan politik yang kecamuk tidak akan memberikan sumbangan besar untuk faedah rakyat. Idealisma tidak dapat diobjektifkan hingga menjadi bentuk dan rupa.
Kajian persepsi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sokongan PRU 12 kepada PR merosot dari 49 kepada 37 peratus pada Ogos 2010 lalu. Kejatuhan itu berpunca dari rakyat melihat dengan mata kepala sendiri bahawa PR tidak mampu memerintah negara ini.
Tuduhan-tuduhan yang menarik sokongan 49% itu sebelum PRU12 seperti salah guna kuasa, rasuah, kroni dan nepotisma, ketidak adilan dan berbagai lagi rupanya berada dalam kolam mereka berdasarkan model negeri yang mereka perintah itu.' Katakan dulang paku serpih'.
Apa yang menyedihkan perkara asas yang mereka patut utama dalam urusan negeri adalah bekalan air. Negeri-negeri dibawah Pakatan boleh dikatakan lemah dalam pengurusan sumber air. Ia untung boleh jadi rugi, pendapatan merosot teruk, kenaikan harga mendadak dan putus bekalan bertompok-tompok.
Sebagai rakyat kita juga harus praktikal. Secara kebetulan atau tidak rakyat telah memberi peluang dan bersifat adil kepada pihak Pakatan Rakyat untuk menunjukan kebolehan mereka.
Setelah diukur samada pemerhatian, rumusan intelektual oleh pihak Universiti, pambacaan dan tontonan pada media maka sudah tentu ada brand kepada mereka. Pakatan Rakyat adalah produk yang tidak memuaskan hati.
Jika kurang percaya baca sini
Jika kurang percaya baca sini
Katakan 'TIDAK' kepada mereka. ( say 'NO' to PR )
1 comment:
Jangan cakap dan jangan cerita pasai MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR..KITA TAK USAH MENUNDING SATU JARI PUN KEPADA SESIAPA,nanti 4 jari tertunjuk kemuka sendiri,untuk kita memeberitahu orang ini salah orang itu salah,cara kerajaan ini salah cara kerajaan itu salah adalam memberi nafas kepada orang2 miskin tegar di negara kita. Saya pernah menulis di ruangan komen di blog kawan2 kita,dan mengatakan bahawa JIKA KITA URUSKAN PEMBERIAN SKIM LADANG FELCRA,LADANG LKPP,DAN BERMACAM LADANG DALAM BENTUK SAHAM,KITA SERAH DAN BERIKAN KEPADA YANG HAK,TANPA MENGIRA MANA FAHAMAN POLITIK SESAORANG YANG MISKIN TERSEBUT.YANG KURANG PENDAPATAN KITA BERIKAN SKIM RUMAH MURAH YANG MAMPU MEREKA BAYAR,PADA HAKIKATNYA,DIATAS KERTAS TELAH TERTERA GARIS PANDUAN SIAPA YANG LAYAK DAPAT DAN SIAPA YANG TAK LAYAK DAPAT,CONTOHNYA RUMAH MURAH MAT KILAU,SIAPA YANG DAPAT,CIGU ADA,MEE C ADA MUNGKIN KERANI ADA,PATUTNYA RUMAH TERSEBUT DIBERI KEPADA MEREKA2 YANG BERPENDAPATAN DI BAWAH $750 MASA DULU,SERUPA JUGA LAH DENGAN SAHAM FELCRA, DIMANA MANA SEKALI PUN,SIAPA YANG MENJADI PESERTA,AKAK,MAK,ADIK TUK PENGHULU,BINI CIGU,KERANI DAN BERMACAM LAGI.YANG BETUL2 MISKIN SERAMAI MANA yang DAPAT ?,KITA ASYEK BERCERITA RAKYAT MISKIN TAPI APAKAH YANG KITA BUAT UNTUK MEREKA,JIKA DISETIAP RANCANGAN TANAH YANG DI USAHA KAN OLEH AGENSI KERAJAAN YANG BERBENTUK SAHAM JIKA DI AGIH KAN KEPADA PENDUDUK MISKIN SEBANYAK 80@ DAN 20% KEPADA KRONI KITA,KIRA OK LAGI LAH,ANGKA PENDUDUK YANG MISKIN MUNGKIN DAPAT DI KURANG DENGAN CARA MENDADAK,ini tidak 85% KRONI KITA,SAHABAT KITA,SAUDARA MARA KITA DAN PENYOKONG KITA,JENIS APA PEMIMPIN MACAM INI? SLOGAN INDAH AMAT,RAKYAT DIDAHULUKAN,TAPI YANG PASTINYA PERUT DAN PENYOKONG SERTA KRONI YANG MESTI DI DAHULUKAN,BAGI LAH KE PARTI MANA PUN MEMERINTAH AKHIRNYA SERUPA BELAKA... MASA DATO MEMERINTAH DULU LAH KUMPULAN MANA YANG DATO FIKIR NAK BERI KEUTAMAAN BAGI MENDAPAT SAHAM FELCRA,KRONI,SAHABAT,PENYOKONG KDULU KE ATAU ORANG ORANG YANG BETUL2 MISKIN,JAWAB DATO,...WASALLAM
Post a Comment