Mei 31, 2010 yang lalu saya ada menulis tajuk 'Samy Velu jangan jadi Polpot' ketika krisis MIC memuncak dimana penutupnya V.Mugilan Naib Ketua Pemuda MIC dipecat diikuti oleh Jawatan kuasa Pusat MIC G Kumar Aaman, KP Samy, V Subramaniam dan Setiausaha Agung MIC S Murugesan juga terguling.
Diakhir posting saya ada menulis begini :
Beginilah jika sesebuah organisasi jatuh ketangan orang yang sayangkan diri lebih dari perjuangan bangsa dan negaranya. Tetapi kita tidak terfikir bahawa mungkin DS S Samy Vellu lebih mulia, membiarkan gelombang lebih besar kaum India menentangnya seorang diri dan ia nampak berkeras dan lebih ganas supaya MIC lagi kuat bersatu padu kemudian bila MIC cukup mantap maka secara mengejut melepaskan jawatannya. Dengan itu happy ending akan berlaku seperti kita menangis melihat filem Hindustan akhirnya sebelum lampu pasang kita bertepuk tangan gembira hero memeluk heroin. Jika begitu, semua orang julang DS S Samy Vellu sebagai Hero India Malaysia lebih 40 tahun dikain layar MIC. Saya ada firasat begitu kerana seorang pemimpin yang bijak ia dapat membangkitan rakyat bersatu dalam satu masa jika organisasinya mula berpecah dan hilang arah. Jika benar, saya angkat ibu jari, you are the best Samy Vellu.
Nah.. sekarang terbukti bahawa Samy Velu bukan seorang yang sayangkan dirinya lebih dari segala-galanya. Samy Velu menyintai masyarakat India lebih tinggi dari nilai dirinya. Semua kita salah duga terhadap Samy Velu.
Dengan pengumuman beliau akan berundur dari kerusi Presiden MIC Januari 2011 semua terkejut sehingga PM Najib tergamam dan terlantun ucapan terima kasih serta merta. Terima kasih spontan itu menandakan PM Najib dapat membayangkan bahawa salah satu komponen BN terbesar kian cerah masa hadapannya.
Situasi terkejut ini bukan sahaja dialami oleh ahli-ahli MIC malah seluruh rakyat Malaysia. Dikalangan Ahli-Ahli MIC sudah tentu merasa bercampur baur antara suka dan duka. Bagaimana pun kenyataan pengunduran itu Samy Velu telah meninggalkan MIC dengan keadaan yang kemas dan perpaduan dikalangan MIC akan mengukuh semula.
MIC pusat sudah tentu kenduri besar diMajlis rasmi peralihan kuasa itu nanti. Majlis itu sudah pasti penuh dengan tepukan yang panjang dan air mata akan mengalir seperti sungai Gombak. Yang paling kuat menangis mungkin lima orang yang kena pecat itu meraung sekuat-kuatnya kerana terlalu gembira !.
Samy Velu bijak merencana happy ending. Saya cadangkan beliau boleh jadi pengarah filem diBolywood selepas bersara nanti. Mungkin Bolywood akan tambah meletup.
Pengajaran dari Presiden MIC itu, dikala ini terdapat kepimpinan yang sudah dibosani rakyat masih keri bergayut pada jawatannya tidak mahu berundur. Suara-suara rakyat secara nyata telah memberi isyarat supaya berundur tetapi masih tetap berdegil.
Tokoh-tokoh ini jika dilihat dengan mata kasar membawa badan pun sudah tidak larat apa lagi mahu mendepani rakyat yang semakin agresif mahukan perubahan besar. Lantas pemimpin ini mengumpul semula saki baki sokongan yang tidak seberapa lalu mendakwa dia tetap diperlukan oleh rakyat.
Ini semua adalah gejala yang bakal menempah musibah besar kepada parti bila datang pilihanraya nanti. Apa yang berlaku diTerengganu ketika Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar dahulu akan terjejak.
Namun saya juga mempunyai firasat bahawa pemimpin itu mempunyai jalan yang sama dengan Samy Velu. Sesungguhnya ia sedar bahawa dia sukar diterima lagi. Tetapi bagi menyatu padukan parti ia harus berbuat demikian. Sampai masanya ia akan pergi dengan penuh dada lapang dan parti akan menang besar. Sebab sebelum ini beliau telah memberikan signal bahawa beliau bersedia berundur. Harap-harap negeri itu berakhir dengan happy ending juga.
SAMY VELU SEORANG NEGARAWAN.
4 comments:
Salam,cantik dan berisi tulisan dato,mintak2 semua pemimpin2 cepatlah sedar akan sindrom "SUSAH SANGAT UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PEMIMPIN PELAPIS MENGAMBIL ALIH KUASA",Kita sendiri pun harus sedar dan berani melakukan jika kita berada ditempat mereka,atau sedang berkuasa.Dato cara politik orang malaysia jauh berbeza dengan orang2 luar khususnya JEPUN,PEMIMPIN kita terang2 didapati bersalah,menyalahguna kuasa seta dah dibenci oleh rakyat pun maseh tak mau turun secara relahati,ada sesetengah dah hampir 40 tahun memagang kuasa,jalan pun tak larat tapi maseh menawakan diri,NIAT MEREKA JIKA BOLEH KUASA YANG ADA HENDAK DI SERAHKAN KEPADA ANAK BERANAK,SAUDARA MARA ATAU SAHABATHANDAI YANG MENYOKONG MEREKA, DATO JANGAN BUAT BEGITU WOOKEY,TAPI SAYA PERCAYA DATO....TAKAN LAKIKAN.....
October 2, 2010 2:02 PM
betul, CU kata memang ini masalah kepimpinan kita diMalaysia. Ada setengah pemimpin sudah merasa diri mereka raja dan lupa mereka dipilih oleh rakyat. Saya cuba mengingatkan diri saya supaya sampai masa harus berundur dan memberi laluan kpd orang lain. DiMalaysia skim pencen sampai umur 60 tahun kah..kah.. kah..
salam saudara..
pada saya...
"betul ka dia mau berenti???"
sukar nak percaya selagi dia
belum betul-betul berhenti..
Salam SM a.k.a MRD,
Dari satu segi, pandangan CU ada kebenaran nya, tapi kita, Malaysia, tak sama seperti Jepun maupun Negara India, bila ada isu atau kemalangan lansung letak jawatan. Ada kah ini penyelesaiaan nya?, apa kah kejadian itu satu fakTor saja?. tentu tidak kan.
Malaysia ,kita dengan acuan kita dan cara kita. REspon SM kepada CU itu boleh di fikirkan tapi Politik Kepartian tak sama dengan perkhidmatan Awam pencen bila usia capai 58 atau 60????.Politik pencen bila MATI atau KALAH pilihan raya atau pilihan PARTI atau sudah tak Larat kerana penyakit Kronik dan teruk serta tak mampu, Politik adalah di jana oleh nafsu untuk kuasa. Dalam hal ini, ada lah sangat elok untuk kebaikan semua, Wakil Rakyat adalah dikalangan mereka yang berumur 48 tahun keatas, kerana pada umur ini lebih wise dan rasional dalam bertindak. Dikala ini telah ada kesaimbangan diantara akal dan nafsu. Orang Muda masih kuat nafsu nya. Oleh itu parti akan SURVIVAL dan SUSTAIN. Nah!!!! kalau gitu, diliahat SM masih layak.... He...he...he. umur baru 52 + kan.Tapi apa pun kena ada duit lah supaya kurang sikit nak merabuh..ekeeee, tak gitu SM.
Teh O satu , wadih satu dan nasi lemah baham sepinggan. Jumpa Lagi SM.
Post a Comment