MANGSA BANJIR KEDAH BERDEMONSTRASI ISNIN PAGI



MAKLUMAN KEPADA MANGSA BANJIR KEDAH

Bagi Seluruh mangsa banjir di Kedah yang tidak berpuas hati dengan cara, kaedah layanan dan bantuan yang diberikan kerajaan PAS di Kedah diminta hadir beramai-ramai pada hari kedua Sidang DUN Bajet Negeri Kedah:

 

Tarikh: 15 November 2010, hari Isnin,

Masa: 10.00 pagi

Lokasi: dihadapan pintu pagar Wisma Darul Aman.


Dengan kepaduan kita semua mangsa banjir kita boleh menuntut hak kita bersama dan menunjukan Azizan jalan keluar dari Wisma Darul Aman. Mudah-mudahan kuasa rakyat akan diberi kemenangan oleh Allah s.w.t. Tolong sebarkan maklumat ini.


PIDATO PINGGIR

Saudara-saudara mangsa kepada kerajaan purba yang pembohong, penipu, zalim dan tidak memperdulikan rakyat yang derita kepada bencana. Sebuah kerajaan yang hipokrit atas nama kerajaan negeri kebajikan, bermuka-muka menjadikan negeri Jelapang yang terbentang ini dan terbuka ini menjadi negeri tertutup pintu, marilah sama-sama kita bangkit menentang kebobrokan yang sangat jelek itu.


Kita tidak gemar pada kedurjanaan dan kemunafikan. Apakah kita mahu mendiamkan diri bila kita diinjak dengan kaki begitu rupa. Dayus kita jika mengizinkan kebebalan yang berpanjangan. Sebagai rakyat yang ada harga diri kita tidak akan tunduk.

Tidak perlu takut kepada sesiapa selagi kita menegakan kebenaran. Kita yakin bahawa tuhan bersama kita. Jika tewas dalam memperjuangan keadilan, kebenaran dan ketelusan, anggaplah ia suatu takdir dari tuhan.


Bangkitlah bangsaku. Jadikanlah diri kita bangsa yang berani bukan bangsa yang pengecut. Ini tanah air kita, tempat hidup mati kita. Pantang nenek moyang kita ditipu dan dibohongi. Ketidak adilan dan kezaliman wajib disanggah dengan sekeras-kerasnya.


Marilah, ayuhlah kita bangun sederap sebagai bukti bersatu hati menegakan kebenaran. Yakinlah bahawa kita dalam kedaan dan benar.


Selamat berjuang kepada rakyat kedah yang berani mengubah kekolotan. Membuang ketololan. Mengangkat kebijaksanaan serta ingat dan tidak mudah
lupa. Tidak tahu kepada  tahu.


Selamat berjuang.

SEBARAN DARI LAMAN BLOG KEDAH-TIMES
http://syburi-times.blogspot.com/


No comments: