BERAPI NIK AZIZ PERANG SABIL DENGAN MOHD NOR DERIS DIGALAS



Mohd Nor:  Mu la... berkawan dengan DAP
Nik Aziz:      Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA...selagi UMNO
                      Berkawan dengan MCA.
Mohd Nor:  Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab,
                      Siapa dia?.
( Datuk Mohd Amar  Nik Abdullah meminta kedua-duanya bersalam)
Nik Aziz :       Tak payah salam !!
Mohd Nor :  Aku pun tok sir ( tak mahu) salam dengan mu
Nik Aziz :       Aku tok sir !!!.
Mohd Nor :   Kalu  Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-genarasi
                        Kita jadi anjing suruhan DAP                         
                        Biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia
Nik Aziz :        Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas
Mohd Noor:  Mu orang Pas juga, aku taubat dah  hari-hari.
( Nik Aziz mencelah lagi menyuruh  Mohd Nor bertaubat dulu)
sedutan Utusan Malaysia 6/10/10.

 CATATAN PINGGIR
Mohd Nor Deris sekian lama berbuku dihati terhadap Tuk Guru Nik Aziz. Galas adalah medan secara kebetulan terserempak sebagai tetamu ziarah maka  Mohd Nor yang kian lama menunggu masa untuk melepaskan dahangnya. Sebagai anak jantan yang ilmunya tidak kurang terus melompat menerkam TG Nik Aziz dengan semburan naga tkepala tujuh.
Mohd. Nor menenyeh batang hidung TG Nik Aziz manakala TG Nik Aziz menyilang tangan menenyeh hidung Mohd Nor. Tenyeh menenyeh. Tuding menuding.  Akhirnya TG Nik Aziz tersedar bahawa dia MB Kelantan dan sabil mereka dirakam oleh media.
Bagi Mohd Nor dia tidak kisah dan mahu dunia tahu bahawa dia telah menyampaikan mesej orang melayu kepada TG Nik Aziz. Bagi TG Nik Aziz menang jadi arang kalah jadi abu kerana tidak selayaknya dia menunjukan sikap begitu kepada public. Reputasi TG Nik Aziz jatuh merudum kerana seluruh dunia disebarkan rakaman tersebut di Youtube.
Ada lima isu yang menjadi sari dalam perang mulut singkat itu. Mungkin jika tidak ada yang melerai sampai peringkat bergomol... kah..kah..kah.. Jika dilihat pada suhu Mohd Nor paling kurang 1000C setara dengan kepanasan lahar Gunung Merapi di Yogyakarta. Ahak...ahak..ahak..
Pertama, soal berkawan. Pas berkawan dengan DAP selagi UMNO berkawan dengan MCA.  Jika difahamkan Mohd Nor Naik angin atas realiti UMNO berkawan dengan MCA kerana MCA tidak anti Islam.  DAP anti Islam.
Kedua,  Mohd Nor tidak yakin sama sekali bahawa DAP dapat menyelamatkan orang melayu dan Islam.  Jika DAP memerintah orang melayu akan diperhambakan. Ini berasaskan apa yang berlaku diPulau Pinang sekarang.
Ketiga,  Pas mengamalkan sikap berpuak-puak dan sebagai pemecah umat Islam.  Isu Pas sangat suka mengeluarkan fatwa politik UMNO Kafir. Suka membuat fatwa politik ini menjadi kemarahan Mohd Nor yang tidak tertahan.
Keempat,  Mohd Nor menasihatkan TG Nik Aziz bertaubat dengan Tuhan. Seterusnya berhenti berkawan dengan DAP sebelum DAP atau PKR memerintah.
Kelima,  TG Nik Aziz dengan keras menolak untuk bersalaman dengan Mohd Nor untuk menyejukan keadaan. Jika ada maaf memaaf mungkin keadaan menjadi tenang dan Mohd Nor akan menjadi lembut. Yang minta bersalaman itu adalah Exco kerajaan Kelantan. Taraf Exco itu lebih tinggi hemahnya dari TG Nik Aziz.
Terus terang saya kataka bahawa dengan klip video itu akan berakhirlah TG Nik Aziz dalam politik kerana Imejnya terjejas teruk dan umat Islam akan memandang rendah kepadanya. Sampai bila-bila klip Video itu akan digunakan oleh lawan dan musuh politik Nik Aziz.  Pas tidak dapat mempertahankan lagi kerana ia bukti moral yang bergambar.
Andainya ada PRK lagi diKelantan jika Mohd Nor bertanding mungkin menang besar kerana popularitinya termashur diseluruh negara. Ia terkenal sebagai seorang yang gentleman kerana pertama dalam sejarah, MB diserang begitu rupa kerana lebih dari batas sebagai pemimpin Islam.

4 comments:

hangkedee said...

bravo mohd nor.demi orang islam jangan jadi hamba DAPiiiig

Anonymous said...

tengok n dgr btl2 video 2.apa yg kita buat akn d persoalkn nanti."jujurlah dlm beragama"

mata angin said...

Sekarang ini video klip itu difacebook,blog dan bertaburan. Orang memperkatakan TG Nik Aziz tidak patut buat begitu kerana dia seorang pemimpin no 1 negeri

awang adik husin said...

Kamu ni, nampak mcm org cerdik, tetapi bodoh rupanya, tak tahu menilai mana kaca mana permata.