BLOGGERS TETAP BERJUANG MENEGAKAN KEBENARAN WALAU PUN PAHIT.




Ideal bagi makhluk bernama manusia, dikurniakan Tuhan perasaan dan akal fikiran yang boleh menimbang-nimbang dan sentiasa mencari kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.
Siapa pun akan menolak kebatilan, kepalsuan, kekeliruan, kezaliman, kekacauan dan kebobrokan. Semuanya berjuang meletakan matlamat 'kemuliaan' itu sebagai  langit lapis ketujuh.
Perjuangan adalah sesuatu tindakan yang konsisten walau pun memakan masa untuk memaut matlamat ( gol ) yang abadi. Perjuangan tanpa matlamat adalah sia-sia.
Matlamat pula terbahagi kepada dua: matlamat umum dan matlamat sendiri. Dalam perjuangan matlamat umum lebih utama dari matlamat peribadi.  Namun demikian ia harus menyusul dan selari.
Dalam menentukan hala tuju sebuah negarabangsa  perlu ada dasar untuk kemulian semua rakyat. Siapa yang membuat dasar?.  Tidak lain oleh pemerintah yang dikenali sebagai pemimpin.
Pemimpin yang adil, benar, suka keamanan, bijaksana, meletakan kepentingan umum diatas akan melahirkan dasar yang baik. Begitulah sebaliknya.
Masyarakat melahirkan pemimpin. Banyak kelompok masyarakat ramailah pemimpin. Untuk melahirkan pemimpin masyarakat mengambil kira berbagai sudut pendangan.
Sudut pandangan yang bagaimana?.  Kemampuan berjuang bagi pihak umum. Kemampuan itu terangkumi kesihatan, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, tidak mementingkan diri dan  cukup sumber  serta tabah.
Dari kepelbagaian kelompok itu lahirlah kepimpinan besar, kecil dan serdahana. Semakin besar dan tinggi posisinya semakin sempit ruangnya. Renung  bentuk pyramid.
Dalam masyarakat besar dan beragam itu masing-masing menentukan siapa 'kata pemutus' terpenting sekali.  Dunia hari ini makanisma 'demokrasi' telah menjadi asam garam penentuan.
Dari aktiviti penentuan inilah lahir perbezaan. Seluruhnya tersimpang mencari idola. Masing-masing akan teruja pada janji mulia yang manis untuk seluruh masyarakat. Semuanya berjanji akan menjadikan keadilan dan kebenaran sebagai prinsip  asas untuk mendapat dukungan.
Sedang dalam bergelut mencari kebenaran dan keadilan, momentum laju menghala kehadapan tiba-tiba  sebiji roda pecah, langsung kenderaan tersondol tebing. Bila diperiksa, rupa-rupanya  roda dari karet  adunan bahan bakar.
Maka pencari kebenaran  pasti akan kecewa, sedih, sesal yang bukan kepalang. Namun demikian, apakah kita mahu terus menyerah sebagai pejuang mencari kebenaran?.
Tidak !.  Jika tidak kita  wajar kembali kepangkal jalan mencari kebenaran dan keadilan.  Kerana ia kekal dan bercahaya. Hati dan fikiran kita akan buntu dan gelap jika terus berjuang menegakan kebatilan dan kezaliman ( tidak kena pada tempat). Patahlah  mencari kemuliaan.
Inilah prisip dan pegangan yang kita perjuangkan sehingga akhir hayat kita. BACA SETERUSNYA KLIK SINI.

No comments: