Pengerusi PKR Terengganu Abd Rahman Yusof kata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah menyumbangkan kemajuan dan kekuatan PKR. Ketiadaan Datuk Zaid bukan satu kehilangan besar malah PKR lebih bersinarlagi.
Senator Ezam Mohd Noor Bekas Ketua Angkatan Muda PKR kata TS Abdul Khalid Ibrahim akan terima nasib yang sama dengan Datuk Zaid dan beberapa pemimpin kanan PKR sebagai korban.
Pengerusi Pilihan raya PKR Fauziah Salleh berkata, PKR sedang memperkukuhkan jentera pilihan raya untuk menghadapi PRU 13. PKR begitu optimis untuk mencipta kejutan lagi kali ini.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman pula berkata Tanpa Zaid , PKR hanya hliang satu suara.
CATATAN PINGGIR
Pertama, ramai kepimpinan PKR negeri-negeri buat kenyataan lega bila Datuk Zaid telah menghantar surat untuk berundur dari PKR walaupun suara itu dapat dirasakan ada kegundahan pada pemimpin berkenaan.
Kedua, Sinar PKR akan dapat benar-benar dilihat selepas penubuhan parti baru oleh Datuk Zaid Ibrahim. Dipercayai ramai ahli-ahli PKR akan menyertai parti baru itu, kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada MPP yang baru dipilih dianggap kurang telus.
Ketiga, Mereka-mereka yang kecewa tidak terpilih dalam MPP sedang belangsung sekarang akan turut sama meninggalkan PKR kerana mereka terasa tidak tersenarai dalam rakit 3A.
Keempat, Pas dan DAP hanya menunggu parti baru Datuk Zaid ditubuhkan dan jika mereka membuat perbandingan parti baru itu lebih baik dan mendapat sokongan dari rakyat maka mereka akan mengadakan kerjasama dengan parti baru itu. Mereka akan meninggalkan PKR seorang diri.
Kelima, Kedudukan MB Selangor TS Khalid seperti telur dihujung tanduk. Tidak menghairankan jika TS Khalid akan bersama Datuk Zaid dalam parti baru, jika Pas dan DAP bersama Datuk Zaid, ini kerana realitinya PKR Selangor amat bergantung kepada kekuatan DAP.
Kedudukan PKR sekarang sangat kritikal, kerana dikejutkan oleh masalah dalaman yang bertimpa-timpa.
Keenam, Walaupun Datuk Zaid dikatakan tidak memberikan apa-apa sumbangan untuk menguatkan PKR semasa dalam parti itu, tetapi Datuk Zaid boleh melemahkan parti itu bila dia mengundurkan diri sehingga kedudukan PKR menjadi kucar-kacir serta rahsia dalaman parti terbongkar dan bersepah larah.
Ketujuh, Persiapan pilihan raya yang digembar gemburkan oleh PKR hanyalah satu taktik untuk mengalih pandangan ahli-ahli yang telah berbelah bagi untuk terus bersama PKR. Bagaimana untuk mengadakan persediaan sedangkan pemilihan PKR belum selesai?. Tindakan mahkamah juga diambil oleh ahli parti itu masih belum ada ketentuan. Besuk(Isnin) kes itu mula didengar oleh mahkamah.
Rumusnya, PKR kini amat kritikal dan masa depannya tidak keruan.
No comments:
Post a Comment