Pindaan Perlembagaan BN diluluskan semalam membuka keahlian bersekutu, ahli gabungan, kelab sahabat dan kelab rakan muda. Dasar inklusif BN membuka kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada dasar perjuangan BN. Logo dan warna lambang BN juga detuju diubah sesuai dengar 'BN Baru'.
Bekas-bekas ahli yang pernah menyertai BN ditolak, bimbang jadi musuh dalam selimut. Parti-parti pembangkang yang minat menyertai BN, terbuka. Bagaimanapun BN akan membuat keputusan bersama samada menerima atau menolak.( MM Nov,21: 2)
CATATAN SENJA
Pindaan Perlembagaan BN menjemput kelompok-kelompok rakyat menyertainya. Kontra dengan PR yang sedang tendang sana-tendang sini untuk membuang ahli terutama dalam PKR. Begitulah politik.
Meluaskan skop keahlian suatu langkah kehadapan. Lebih besar penyertaan, lebih besar sokongan pada gambaran idealnya. Kadang-kala badan besar tidak semestinya kuat. Pertama badan jadi berat kerana anggota banyak sendi, otot , daging dan lemak. Tangki masuk dan tangki keluar pun besar juga kah..kah..kah.
Tetapi jika badan besar semuanya 'padat' dan 'rugged' ia boleh jadi rasaksa. Untuk seekor rasaksa jadi gagah makan pun besar juga. Tidak cukup makan, rasaksa akan jadi dua keadaan: satu, tidak boleh bangun, hanya memekik sahaja yang berdesing dan kedua, jika boleh bangun dia akan mengamuk habis bertempiaran.
PRU 12, beberapa anggota badan BN kena darah tinggi langsung stroke. Sekarang nampak ada kepulihan. Namun demikian masih ada lagi yang hanya mampu duduk berkotek tetapi belum dapat lagi berjalan baik. Strokenya sangat parah. BN kena cari tukang urut dan ahli komponen BN itu kena kuat semangat untuk hidup.
Apa yang diharapkan BN betul-betul menjadi satu parti. Bergerak senada, seirama dan sederap. Satu suara dan tidak ada suara sumbang terkeluar dari mulut dikhalayak. Tiada suara minta upah secara lantang. Boleh tetapi bisik-bisik. Ada kerja mesti ada upah kah..kah..kah..
Dalam menghadapi kerja besar PRU, fikiran mesti fokus. Jangan banyak keranah. Bila dalam suasana perang bukan suara lebih kuat dari bunyi letupan meriam atau senapang. Satu dua sahaja suara didengar sebagai arahan, ia itu ketua komandan atau ketua platon.
Apa yang ingin dilihat oleh rakyat adalah ' satu bentuk kesatuan' bergerak kesana sini yang terdiri pasukan semua kaum'. Rakyat mahu bukti, mahu lihat, mahu rasa dengan panca indera bahawa konsep BN itu bukan hanya nampak satu dalam mesyuarat tetapi dibelakang bergerak dalam agenda sendiri.
Contoh baru-baru ini Senator Ezam mohd Nor dapat bersama berceramah dalam gerakan MCA telah disambut dengan baik diSelangor. Ia merupakan satu model yang baik untuk diteruskan oleh BN.
Parti-parti komponen mesti sentiasa bersama dalam semua keadaan, bukan hanya nampak bersama semasa Pilihan raya kecil sahaja. Jika ianya jarang dilakukan pasti akan merasa kekok bila sekali sekala bersama. Rakyat pun nampak kecacatan itu dan ia tidak boleh disembunyikan.
Dalam keadaan rakyat mahu telus, perasaan juga harus telus. Perasaan telus itu dalam makna yang lain adalah ikhlas.
Dari situlah ada pupukan rasa bertapa cintanya kepada negara melebihi segala-galanya. Jika tidak ia akan pasti mendalami rasa cinta kelompok kaum sendiri mengatasi cinta negara. Fusssh sampailah hendaknya mengikut angin tujuh warna aahak..hak..hak..
No comments:
Post a Comment