SPRM DAN MEDIA WAJAR SEGANDING.






Ketua Pesuruhjaya SPRM datu Seri Abu Kasim Mohamed minta kerjasama media supaya tidak menyiarkan kes yang sedang dalam siasatan. SPRM memahami kehendak media bagaimana pun media juga harus memahami kehendak tugas SPRM. Rahsia-rahsia yang baik  boleh didapati jika ianya tidak gempar kepada publik. Untuk mendapatkan rahsia kena rahsia juga. ( UMal Nov 21, 2010:8)

SEMBANG MALAM
Memang benar sesuatu kes sedang disiasat jika heboh SPRM tidak akan mendapat maklumat yang baik kerana pihak yang terlibat akan mencari jalan menghapuskan bukti-bukti serta saksi-saksi juga mengelak dengan berbagai cara yang licin.
Oleh kerana media datangnya dari berbagai kumpulan dan ragam maka agak sukar untuk dikawal. Namun demikian sebahagian besar kes yang dibongkar asalnya didedahkan oleh media.
Ada banyak kes juga pihak media bertindak lebih pantas dari SPRM hingga bila SPRM datang membuat siasatan banyak perkara telah berubah.
Perkara ini boleh berlaku kerana terlalu banyak kes-kes yang terpaksa dikejar oleh SPRM. Pihak media tidak mengetahui mana satu sebenarnya kes dalam siasatan atau tidak. Kerana media juga merupakan pihak yang mendedahkan sesuatu isu.
Ada kebimbangan pihak media dan masyarakat umum juga kebanyakan kes yang disiasat tidak dimaklumkan kepada umum hasil siasatan samada ia dipanjangkan keMahkamah atau tiada kes. Contohnya kes MB Kelantan.
Rakyat ingin mengetahui secara telus sebarang hasil siasatan samada sangkut atau tidak. Jika tidak sangkut ia harus diberi alasannya.
Dengan itu, dicadangkan antara media ( khususnya media arus perdana) dengan SPRM agar mempunyai kerjasama yang erat supaya rakyat mengetahui perkembangan kes dalam leingkungan masing-masing.

2 comments:

Anonymous said...

Wah kuat sungguh bekerja SM nie. Malam bersembang. Senja mencatat. Meminggir pun di catat. Tapi jangan terlupa juga Malam berkeluarga, senja menunggu magrib dan berpinggir-pinggir pun perlu seperti tanah pinggir.

Azizan Yaakob said...

Terima kasih sdr anon, pandai-pandailah jaga diri. Keluarga orang perjuangan sudah masak, dengan kehidupan begini.