DATUK ZAID BEBAS TUBUH PARTI KEADILAN BARU JIKA DIPECAT


enak ikan bawal panggang

 


Azmin Ali minta Datuk Zaid Ibrahim kaji semula hasrat tubuh parti baru jika dipecat kerana Datuk Zaid masuk PKR atas dasar mahu meneruskan reformasi dan melakukan perubahan. Azmin akan menyerahkan kepada Jawatankuasa disiplin  bagi menentukan tindakan sewajarnya ekoran keputusan Datuk Zaid memutuskan untuk menubuhkan parti baru. ( Utusan nov13, 2010:6)

CATATAN PINGGIR
Tidak ada pihak dapat menghalang jika Datuk Zaid jika dipecat atau keluar PKR, menubuhkan parti baru atas nama apa sekali pun dengan syarat ianya diluluskan oleh Penfaftar Pertubuhan (ROS).
2.    Datuk Zaid masuk PKR dengan hasrat untuk melakukan transformasi bukan sahaja terhadap pemerintahan negara, rakyat malah parti politik PKR itu sendiri. Sebagai permulaan PKR mesti ditransform dahulu. Beliau gagal kerana statusnya sebagai pemegang saham biasa yang sangat kecil dalam PKR.
3.   Berdasarkan aksi yang berlaku dua-tiga hari ini, Datuk Zaid terpaksa pilih samada DS Anwar kekal dalam PKR atau dia yang kekal. Salah seorang mesti undur. Kecuali pemilihan dibuat semula secara bersih.  Sukar. Azmin tidak akan setuju.
4.   Datuk Zaid mengatakan jika dia dipecat , dia akan menubuhkan keadilan baru. Nampak seperti beliau mahu dipecat. Impaknya lebih tinggi dari keluar sebagai ahli.
5.   Adakah PKR akan dipecat?.  Emm itu tanya Azmin dan Anwar. Pandangan saya DS Anwar dan Azmin tidak akan pecat. Oic.. mengapa ?. Dia bimbang DS Zaid tubuh PKR  baru. Jadi PKR lama jadi kurang laris.
6.  Apa kesudahan Datuk Zaid ?. Mereka pujuk Zaid supaya terima mana-mana jawatan kanan yang dilantik. Bendahari, ketua penerangan, atau setingkat dengannya.  Datuk Zaid terima tidak agaknya?. Emmm.. kalau dia terima maknanya dia masuk perangkaplah dan tidak ada maruah, kah..kah..kah..

7.   Bersediakah Datuk Zaid kena panggang jika masih berada dalam PKR ? kah..kah..kah.. Apa?  Ikan bawal panggang !  aahak..hak..hak..

No comments: