MELAYU PULAU PINANG. SALAHKAH IBU MENGANDUNG?.



Indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya
tanah mengalir ketangan ketangan yang lain
pribumi melarat sendiri




Tajuk           : forum Penghakisan Melayu Pulau Pinang(PP)
Penganjur  : Yayasan Bina Ilmu  Pulau Pinang (PP)
Moderator : Prof Amir Hussain Baharuddin –USM
Ahli Panel   : Datuk Seri Yusoff Latif – ahli Parlimen Parit Buntar (Pas).  Dr. Mujahid Yusoff Rawa – Timbalan Pesuruh Jaya Pas Pulau Pinang.  Mohamad Azmi Abdul Hamid – Presiden TERAS dan YB. Mohd Farid Saad – ADUN Pulau Betong (UMNO)
YB. Mohamad Farid Saat (UMNO) membentangkan hasil kajian UMNO Pulau Pinang bahawa total penduduk melayu di PP 44.89 %.  Pemilikan tanah hanya 20.41%. Terdapat 60 buah perkampungan melayu  yang terdiri dari 7000 orang menumpang bina rumah diatas tanah orang lain. Yang paling ketara didaerah Timur Laut kawasan pembangunan pesat hanya 1.16 % pemiliknya melayu ( boleh dikira sifar).
Seorang peserta mencetuskan idea kritisnya supaya 'fatwa' dikeluarkan untuk menghalang penjualan tanah kepada orang bukan melayu.
Dr. Mujahid  terus bersetuju namun demikian fatwa tidak dijamin kerana tawaran tinggi,  penjualan berlaku juga pindah milik. Mohamad Azmi  sama dengan Dr. Mujahid.

CATATAN PINGGIR
Habis apa rumusannya?.  Tidak ada apa-apapun !. Cerita masalah sahaja. Fatwa macam ditolak. Ahli Parlimen Parit Buntar itu tidak ada langsung suaranya ? Tidur kah?. Buang masa sahaja lah jika tidak ada rumusannya. Pasti tidak buat homework. Kalau begitu lain kali tidak payah buat forumlah. Buat bengkel, panggil yang geliga otaknya untuk lahir resolusi. Resolusi itu harus berpijak di alam nyata dan praktikal.
Memang benar, fatwa bukanlah jalan sesuai dan bijak. Mana ada fatwa orang tidak boleh jual harta halal  sendiri ?. Adakah ?.  emm.. tidak ada. Tanah adalah harta yang ada nilai wang. Jika nilai itu tidak ada dalam buku jabatan penilaian, tawaran melambung  10 kali ganda, pasti berlaku perubahan hak milik. Tidak logic, buat pecah kepala ulama sahaja.
Lagipun kita ada Kanun Tanah Negara.  Boleh selari ke dengan fatwa?. Besuk keluar fatwa tiba-tiba tidak selari. Isssh rumit. Macam-macam hal dalam kanun tanah itu.
Cuba fikir 100 cara untuk mempertahankan milik tanah orang melayu supaya tidak berkurangan dari peratus yang ada jika tidak bertmbah.  Betul salah tulis dahulu. Kemudian pilih mana logik, terima. Kemudian apa yang praktikal. Tidak praktikal padam. Buat percambahan fikiran (brainstorm) tentu jumpa jalannya.
Mengapa tidak ajak berfikir supaya melayu bersatu?. 45% peratus itu kalau disatu jadi satu kuasa !. Oh.. masing-masing takut kawan China marah.  Jadi  China memerintah melayu sama melayu berbunuh. Begitu?.
Ini tidak jadi pemimpin usahkah PP hendak dijaga, Malaysia ini  hendak dijualnya.  PP bukan kurang pemimpin. Ada yang sampai jadi PM, TPM, menteri-menteri. Kalau tidak jaga itulah akibatnya. Serba salah. Cakap salah, tidak cakap pun salah. PP tidak salah ibu mengandung. Ada ibu yang telah melahirkan anak yang sampai tahap PM dan TPM. Tetapi kurang boleh diharap.
Sama sahaja pantai barat ini. Dari  PP, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka semuanya sudah jadi  Tebing Barat!!. Sudahlah, bila ada kuasa tidak sedar diri semuanya. Pembangunan..pembangunan..pembangunan. Sekarang ini pembangunan makan diri.  Bangun bersama keruntuhan.
Hai.. emosi nampak?.  Tidaklah.. tetapi itulah realitinya. Bukan apa, lain kali bila ada kuasa kita harus ingat pada masa hadapan bangsa. Jangan jadi kapal hilang kompas ditengah lautan.
Dengar sini, kumpul yang geliga-geliga itu bawa pergi kepulau Jerjak dua tiga malam. Perah otak, cari jalan. Tidak payah gempar-gempar.  Konvensyenlah konon.  Buat menghabiskan beras sahaja. Semua benda mahu diluahkan. Lepas itu resolusi lebih tebal dari naskah al Quran.  Laksana  apa?. Konvensyen ini kalau untuk tujuan politik boleh. Ramai  mereka akan tambah semangat.
Ok..lah panjang sangat. Lagi lama lagi bingung.  Apa yang saya cakap tadi ? belum bangun lagi dah lupa.  Lihat, melayu mudah lupa  kah..kah..kah..

6 comments:

Pas takut Dap said...

KENAPA MUJAHID TAK SEPERTI NAMANYA??

KENAPA TIDAK BERANI MENEGUR DAPG DLM PAKATAN PENANG..

SEKERAS2 CERAMAH PAS JADI LEMBIK MCM PAKLAH..ANGGUK2 AJE BILA DAPG MENYEPAK UMAT ISLAM KELUAR DARI KAMPUNG HALAMAN DESA PERMAI..

http://larasdua said...

Sdr PAS Takut DAP. Puak-puak pas ini saya hairan taksub sangat dengan DAP. Lebih-lebih sangat.

mata angin said...

Orang melayu pulau pinang banyak sangat kepala PAS,PKR,UMNO,DAP,TAK ADA PARTI LL. Harga tanah melambung apa lagi juallah.

chenerong ular said...

Salam, yang paling menarik dan patut kita renungkan dan bermuhasabah diri bagi SEMUA GULUNGAN YANG DI KATAKAN PEMIMPIN. TAK KIRA LAH PEMIMPIN POLITIK,KELUARGA,PERSATUAN ATAU APA APA LAH ASALKAN ADA PENGIKUT.

"ANGGAP LAH KUASA YANG KITA TERIMA ITU SEBAGI SATU AMANAH. JANGAN MUDAH LUPA DIRI BILA SUDAH MEMPUNYAI KUASA. YANG PENTING SEPERTI KATA DATO AZIZAN YAAKOB. HARUS INGAT PADA MASA HADAPAN BANGSA ,JANGAN JADI KAPAL HILANG KOMPAS DI TENGAH LAUTAN MACAM DATO AJIJAZAN DI KEDAH TU, HILANG KOMPOS DI TENGAH BANJIR, SELALUNYA MELAYU MUDAH INGAT BILA SUDAH HILANG KOMPAS ( KUASA ) KAH KAH KAH... HIK HIK HIK......... WASALAM

Anonymous said...

Last2 sume pakat2 mampus keras...

Anonymous said...

Tak maw, tak maw buat apa kongsi sama dengan Umno, Pas yang begitu taksub pun dah tak larat lagi nak berdepan dengan kuasa Dap yang begitu mendapat tempat kalangan PR...