DR. MAZA- KALAU BEGITU TOK GURU NIK AZIZ JUGA PATUT UNDUR SEKALI



KITA mahu watak-watak politik baru yang bernas, matang dan tangkas.  Sarjana politik Islam menyebut al-quwwah  ( kemampuan) , al-amanah (amanah).  Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti, berteraskan kebijaksanaan, akal budi, idea dan nilai bukan  berasaskan politik duit dan taukey.
Ringkasan tulisan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dalam Minda Tajdid.

CATATAN PINGGIR
Sekali lagi saya mengetengahkan pendapat Dr. Maza dari portalnya Minda Tajdid.  Saya hanya menyedut sari penting untuk dianalisa agar lebih bermakna. Saya hanya mengualas mana yang sempat dari perkataan terpilih untuk kita dekati , apakah ia boleh dipadankan dengan lanskap politik sekarang.
Nah, cuba kita lihat bernas dan matang. Bagi penanam padi, bila padi telah masak terdapat dua kelas buah setelah dituai. Padi yang baik dan padi yang sambang. Yang sambang kosong dan melayang ditiup angin. Yang berisi berat dan terkandung beras. Jadi kepimpinan sekarang ramai yang sambang dari segi pemikiran.
Matang,  Jika di Indonesia, apabila kita memesan telur separuh masak harus dipesan " kasi telur separuh matang". Jadi telur separuh matang itu jika dipecah akan bercampur antara telur merah dengan telur putih. Maknanya telur matang itu yang merah dan bagian putihnya jelas.  Jadi kepimpinan kita sebilangan otaknya bercampur otak merah dengan otak putih.. kah..kah..kah..
Tangkas, lihat gambar diatas. Tangkas bukan sahaja pemikiran berhujah secara professional,  pemikiran yang berbuah. Buah yang bernas, jika kita mendengarnya  hujah-hujah yang kritis, logik sukar disangkal, pemikiran yang besar  dan tidak remeh. Sesuatu yang pemikiran yang tajam akan bersarang kekal didalam otak kita. Sesuatu yang datang secara emosi tidak kekal lama. Pemikiran yang bijaksana tidak berkembang ditengah-tengah iklim emosi. Parlimen kita dan Dewan Undangan negeri sekarang berkebun segala emosional. Pasar besar selayang kah..kah..kah...

Jika fizikal tidak tangkas, pemikiran juga tidak tangkas. Lain disoal lain dijawab, sebab pendengaran tidak tangkas, pandangan tidak tangkas serta otak tidak tangkas. Dengan itu ia perlu dipangkas atau dicantas.. kah..kah..kah.. barulah berlaku anjakan paradigma atau anjakan baru kepimpinan.
Barang diingat, matang juga ada tempuhnya.  Jika wanita dipanggil monopos, lelaki jangan tidak silap endropos . jika produk dipanggil tamat tempoh ( expired), pemikiran pun ada yang expired endropos juga. Tapi ia dipanggil............ Emmm apa ya.. yang mudah lupa itu?. Ini mencakupi  persoalan al-quwwah atau kemampuan yang dibilang oleh Dr. Maza itu. Maaf, ini bukan fikiran saya, manakala saya hanya menyingkap sahaja.
Untuk mengelakkan jemu  sesuai dengan pembacaan standard Malaysia kah..kah..kah..  amanah, kualiti, kebijaksanaan, akal budi, idea dan nilai, politik duit dan taukey akan saya bawa posting selepas ini jika tidak ada isu lain yang patut didahulukan.

2 comments:

chenerong ular said...

Salam DATO,jika kita lihat dari gambar yang dato paparkan di posting dato, memang patut dan layak dah mereka mereka berundur?.

Berjalan pun dah tak berapa gagah,minda pun dah goyah,kekadang yang lurus di kata nampak bengkok,yang haram di kata halal,mata pun dah kabur dan pemikiran pun dah tak berapa tajam.

Tak adil lah dato, jika kita minta YAB NIK AJIS dan DSAI JER YANG KENA BERUNDUR, BELAH KITA PUN RAMAI YANG SEANGKATAN DENGAN DEPA,MALAH TELAH MEMERINTAH MELEBIHI TDM,TAK NOK TURUN TURUN ?

Apa ke sedap amat ke Dato jadi yb dan pemimpin besar ne,tang manakah yang syoknya jadi pemimpin ne DATO ?

hakuk agak, tang tud tud ?, tang, tud tud ?.,tak boleh tulis dato, hanya yang pernah merasai sahaja yang tau syokNYA, sebab apa nak sangat kekaklkan kuasa ?

Pakteh said...

Pukul anak sindir menantu
Maka yang dipukul cuma Anwar, yang terkena sindiran sudah pastu mereka2 yang berumur seperti Nik Aziz, Karpal, Lim Kit Siang, dan ramai lagi dalam UMNO....