Kemarin Khalid cabar Noh Omar buktikan jika benar Yayasan belanja RM800,000 biaya program ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor.
Hari semalam, Noh Omar pula bagi syarat pada Khalid dan Suhaimi supaya minta maaf jika dia dedah dokumen dan resit belanja aktiviti itubernilai RM 856,900 dalam tangan Noh sekarang.
Noh cabar lagi dia sedia kemahkamah jika pendedahan itu salah dan tuduhan tanpa bukti.
CATATAN PINGGIR
YAYASAN adalah lembaga yang ditubuhkan bagi mengumpul wang untuk digunakan bagi tujuan tertentu seperti kebajikan, pelajaran, penyelidikan, dakwah dan berbagai-bagai lagi. Ia bukan syarikat yang boleh berniaga.
Yayasan lebih fokus kepada tujuan-tujuan itu. Jika yayasan belia, ia fokus untuk golongan belia sahaja. Jika dakwah wang dikumpul untuk aktiviti dakwah, begitulah seterusnya.
Semua kerajaan negeri ada yayasan masing-masing tetapi lebih khusus untuk membantu golongan yang memerlukan dalam bidang pelajaran.
Yayasan dibantu oleh kerajaan dengan berbagai cara yang sah untuk mengumpul wang atau menabung wang dari mana-mana sumber. Wang itu diagihkan kepada mereka yang disenarai layak oleh Majlis atau pengarah yang membuat dasarnya.
Adalah sangat bersalahan membelanjakan wang itu secara mewah untuk biaya satu aktiviti yang langsung tidak perlu dibuat. Apa rasional 'sebuah tabung' dirayakan begitu besar hingga tabung itu jadi kosong. Ada kebijaksanaan kah begitu?. Tidak kah bersalah wang itu sepatutnya diagih kepada rakyat yang memerlukan maka dibelanja mewahkan?.
Jika di andai RM500 seorang pelajar dibantu, RM856.900 itu boleh membantu sekurangnya 1703 orang pelajar dalam satu masa. Mustahil sebagai pengerusi Yayasan, biaya itu diguna tanpa pengetahuan Khalid. Ia mesti diluluskan lembaga pengarah.
Ada 'masalah' dibelakang tabir yang misteri. Kita tunggu apa kata MB Selangor sehari dua ini. Beranikah MB itu minta maaf kepada Noh Omar.
Dato Noh akan keluar 'buah' nya yang tidak mampu TS Khalid Tepis lantas hinggap kemuka hingga bengkok dan patah tulang hidung TS Khalid Ibrahim.
Jika begitu Khalid akan panggil beberapa orang pandai berhujah untuk menyediakan jawapan dan tidak perlu minta maaf kepada sesiapa. Jawab selagi boleh jawab. Akhirnya rebah terbelit kaki sendiri seperti DS Anwar Ibrahim.
Tunggu dan lihat !.
No comments:
Post a Comment