DS ANWAR, NIK AZIZ DITOLAK – TENGKU RAZALEIGH BOLEH MENGUBAH KELANTAN PRU 13

               sebagai manusia tiada siapa yang tidak belas hati meliita tok guru diberi siyarat supaya bersara

Kemenangan besar diGalas dan Batu sapi, rakyat benar-benar terangsang dengan dasar  PM Najib terhadap perpaduan kaum, pencapaian diutamakan , rakyat didahulukan.
Keputusan Parlimen Batu Sapi – Linda Tsen (BN) 9773, Yong Teck Lee ( SAPP) 2031, Abdullah Ansari ( PKR) 3414, Majoriti 6359.
DUN Galas,  Abdul Aziz Yusuf (BN) 5324,  Dr.Zulkefli (Pas)  4134, Majoriti 1190.

SEMBANG SENJA
Pertama,  Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika menghormati perasaan rakyat Malaysia langsung membatalkan niat untuk berjumpa Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim dalam siri kunjungan rasminya keMalaysia atas alasan bahawa Malaysia sedang menghadapi dua Pilihan raya kecil .
Keduanya, tidak mahu mengganggu proses mahkamah DS Anwar sedang berjalan. Ketiga,  Hillary mendapat gambaran sendiri dengan jelas DS Anwar penuh kebebasan , boleh berkempen dalam PRK diBatu Sapi dan Galas tidak sebagaimana gambaran sebelum ini  Ketua Pembangkang itu dalam sekatan dan tertekan.
Ketiga, menganalisa keputusan Pilihan raya Parlimen Batu Sapi PKR telah ditolak keras oleh rakyat kerana mereka  telah mengikuti perkembangan PKR dalam keadaan yang sangat huru hara. Ini sebagai satu petunjuk bahawa rakyat menolak DS Anwar .
Keempat, Keputusan DUN Galas, kekalahan dengan majoriti yang besar  telah memukul rapat Pas digelanggangnya sendiri. Rakyat menggandakan majoriti sebagai notis bahawa Nik Aziz tidak diperlukan lagi.  Peti kaca itu juga menasihatkan Nik Aziz supaya berundur kerana penyokong-penyokong Pas sendiri pun tidak merestui Pas menggugurkan dasar perjuangan menubuhkan negara Islam. Dan di Galas juga peti kaca itu menolak kencang kepimpinan Pas yang sanggup diperkudakan oleh DAP harbi itu.
Kelima,  Peti kaca SPR diGalas juga mahu Tengku Razaleigh Hamzah memimpin UMNO Kelantan dan menaruh harapan besar kiranya Tengku Razaleigh menawan kembali Kelantan dalam PRU 13. Signal ini cukup bulat dan tidak berputar belit, rakyat memberitahu kepimpinan UMNO dan publik.
Keenam, satu anjakan pemikiran rakyat bahawa mereka mahu kepimpinan yang bersih dari rasuah, kotor, beku,  tangkas, idea yang bernas, tetap pendirian, tidak bersifat samseng, tidak menjual agama, bersih dari maksiat dan mahukan perpaduan yang kukuh kaum agar kuasa kerajaan campuran anak semua bangsa dikekalkan dalam PRU 13. Perkauman sempit dihumban kegaung.
Satu pengajaran kepada ahli poltik Kelantan, jika bersih dari cas keting UMNO/BN pasti menang besar. Bila MCA solid tidak ada masalah dalaman MCA tetap relevan dikalangan masyarakat China.

2 comments:

chenerong ular said...

Salam semua,tahniah di atas kemenangan BN di prk Galas dan Batu Sapi. Semuanya sudah terungkai dan terjawab dengan jelas sekali, rakyat yang mempunyai kuasa yang tidak menentu waktu dan masa nya telah membuat pilihan.

Ayuh,kita orang orang melayu islam rapat kan kembali kerenggangan yang kita cipta selama ini belandaskan kefahaman politik sempit kita,sampai kita lupa asal usul kita,dimana kita di lahirkan,bangsa kita dan yang penting pegangan hidup kita?.

seolah olah kita sanggup bermusuhan sesama saudara kita,yang satu bangsa satu agama hingga ke hari kiamat?,bercakaran,keji mengeji,umpat mengumpat,kafir mengafir sepanjang tahun tanpa henti ?.

cuba kita lihat sejenak ke arah kekawan kita yang berbangsa cina ?, mereka berpolitik yang sebenarnya, bangsa mereka di utamakan parti parti yang mereka bernaung, di buat sebagai landasan untuk memcapai hasrat bangsa mereka. mereka senada dalam memperjuangkan hak hak keistemewaan bangsa mereka, kita masih tak insaf insaf,kita ini sentiasa di tipu oleh mereka.

ingatlah,waktu ini kita masih mampu lagi mempertahankan kuasa melayu,jika masa akan datang kuasa kita terhakis, mereka mereka ini akan bertukar arah.

fikir fikir lah,ini negara kita asalnya dari TANAH MELAYU ?,BERSATU LAH WAHAI ORANG ORANG MELAYU.
Ingat lah bahawa mereka mereka yang berbangsa lain itu, sekarang ini amat kuat kesatuannya,hakikat ini kita terpaksa terima. mereka bersatu di setiap sudut, politik,perniagaan,pelajaran dan semuanya.

fikir fikirkan lah saya, cuma mengingatkan.... WASALLAM....

Anonymous said...

Salam dan tahniah pada Ku Li dan pertugas2 UMNO Kelantan dan BN Pusat kemenangan Galas. Kemenangan Galas membuktikan bahawa Ku Li memang orang yang tepat untuk memimpin Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. PRU 13 pasti menjanjikan kemenangan BN di Kelantan.
Seterusnya Dato Najib juga patut melantik Ku Li sebagai anggota kabinet nya yang baru.