P.S Janapala bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR mencabar DS Anwar supaya mendakwanya diMahkamah jika dia tidak benar mendakwa DS Anwar menyeleweng dan menipu dalam pemilihan PKR demi mempastikan 'anak emasnya ' Azmin Ali Menang.
Anwar tidak lagi amal secara ghaib sebaliknya terbuka memaksa ketua-ketua Cabang mempastikan Azmin diberi undi. Halalan penipuan, pemaksaan berluasa contohnya diKota Marudu, ketua cabang dipaksa kata P.S Janapala.
Paling buruk diSandakan. Keputusan, 415 Azmin, Zaid 25. Sedangkan ahli yang hadir 81 orang sahaja.
Di Libaran, Azmin, 881 manakala Zaid 6 undi. Sedangkan perhimpunan agung itu hanya 99 orang sahaja mengundi.
Kehadiran sebenar hanya 5 – 10 persen tetapi jumlah undi 43 -60 peratus. Manakala Setiausaha Agung, sehari dua yang lalu istihar purata kehadiran maksimum10- 20 peratus sahaja.
P.S Janapala, satu petisyen sedang disediakan bagi membatalkan keputusan pemilihan akan difailkan masa terdekat. Keluar beramai-ramai akan berlaku jika keputusan itu diterima oleh PKR. ( utusan nov9,10:5)
CATATAN PINGGIR
Secara rasmi sahlah bahawa apa yang didakwa oleh berbagai media dan individu sebelum ini tentang ' Nepoleon kecil' dalam PKR.
Kedua, patutlah Datuk Zaid Ibrahim meletakan semua jawatan dalam PKR tetapi enggan keluar dari keahlian PKR. Datuk Zaid dan rakan-rakannya tidak keluar dengan tangan kosong. Mereka akan membawa kes ini kemahkamah. Jika mereka keluar sebagai ahli sudah hilang hak untuk mendakwa dimahkamah.
Ketiga, ada dua pilihan bagi DS Anwar selepas ini. Pertama PKR tergayut diMahkamah. Atau kedua, Zaid diberi tempat sebagai Timbalan Presiden percuma. Disitulah kelemahan DS Anwar dan Azmin Ali yang tidak bisa meramal anjakannya.
Keempat, Jika DS Anwar berkeras, PKR akan tidak menentu sehingga PRU 13 kerana proses mahkamah memakan masa yang panjang. Sudah tentu Datuk Zaid akan membuat satu injunksi agar PKR tidak dibenarkan bergerak sehingga proses mahkamah selesai.
DS Anwar pilihlah. Datuk Zaid dan rakan-rakannya berundur dengan simpulan Jin kepala tujuh . Buka mati, tidak buka pun mati . Fusssh.. Fusssh... Fussssh...
3 comments:
salam, blog tuan sudah dipaut
baru nampak zaid ni bijak. ada kepala otak yg bagus sizaid ni. boleh buat batu cincin. tp nanti org kata zaid ni proksi umno nak hancurkan pkr dari dalam. masyuk dalam akaun berjuta dollar us. ikutlah, nak kata apa, katalah. dalam politik mesti ada pengorbanan. berapa banyak dia korban waktu kena hentam dlm prk hulu s'gor? siap dgn botol wiski lg. tp biasanya sebagai pejuang, pengorbanan diri amat penting. dan hasilnya, pkr dh berjaya diparahkan. yg pasti pkr dah nak kena bungkus. boleh jual kilo atau buang terus ke laut. anwar nak jd pm? hahaha! lain kurun la....
sdr Usin, kita pun tidak terfikir Zaid ada jalan lain untuk kepuncak. Anwar pun tak jangka. Sebab itulah demokrasi ini semua kena jaga. Bila ada tidakan diktator demokrasi ada macam-macam jalan untuk mematikannya. Diktator tidak subur dinegara demokrasi. TQ
Post a Comment