PKR - ANTARA MENANG DAN YANG TERBUANG


gambar hanya hiasan dengan tulisan ini

 

Saya sekali lagi membuka jendela dengan ungkapan  Niccolo Machiavelli tentang raja (pemimpin) . " Ada tiga macam kebijaksanaan: yang pertama memahami masalah-masalah sendiri. Yang kedua,  menghargai apa-apa yang merupakan pemahaman orang lain dan ketiga, tidak memahami masalah sendiri dan tidak menghargai pemahaman orang lain". ( Niccolo Machiavelli – The Prince).
Pemilihan PKR selesai dengan yang menang tetap menang, yang kalah tetap tewas dan yang terbuang tetap terhumban. Walau pun ada usaha membantah tetapi hanyalah kertas yang mungkin biasanya ditong sampahkan sahaja.
Demo demi demonstrasi dilakukan disana sini, tidak  berganjak sebarang keputusan sebaliknya orang yang membantah dianggap khianat. Orang yang bersuara dianggap derhaka.
Jika dikalangan ahli mereka kata akan meninggalkan parti itu jika masalah tidak diselesaikan dia akan kata keluar 10,  20 akan setia. Silakan, tidak payah bicara.
Jika ada pihak menyatakan 'kamu harus berundur dan selesaikan masalah diri kamu dahulu' dia akan kata 'kamu pengkhianat, kuda Trojan dan kamu lah perlu keluar' maka keluarlah si anu berkenaan.
Untuk itu nyatalah pemimpin itu seorang yang dikatakan oleh Machiavelli tadi datang dari  golongan ketiga. Tidak memahami masalah sendiri dan tidak menghargai pemahaman orang lain.
Berfikirlah, jika menerima orang yang sedemikian memimpin PKR pasti anda akan kecewa. Kecuali satu sahaja ! anda seorang yang pak turut.
'Pencapaian diutamakan, pemimpin didahulukan'

1 comment:

Anonymous said...

Jika setiap kali 10 keluar, 20 setia, maka keluar lagi 10, ada ke lagi 20 yang setia? Jika pemimpin masih bersikap angkoh, akan keluar lagi 10, lagi dan lagi... Apa lagi yang tinggal?

Hanya kroni yang tinggal...