OBAMA MERIAH CAKAP MELAYU DIINDONESIA !!.




6000  warga Universiti Indonesia menjerit, bersorak girang serta tepukan gemuruh bila Presiden Barack Obama mengucapkan "  ASSALAMU ALAIKUM, salam sejahtera.. pulang kampung nih " memulakan ucapannya dalam lawatannya keUniversiti itu.  Akhirnya,  sebelum meninggalkan Jakarta untuk mesyuarat G20 di Korea Selatan obama dengan sayu mengatakan " Indonesia adalah sebahagian dari diri saya".
Lebih ceria lagi Obama mengisahkan semula  zaman kanak-kanaknya bersama penjual sate yang peramah, mengejar pepatung disawah padi, bermain layang-layang dan berjanji akan berusaha keras untuk memperbaiki hubungan AS dengan dunia Islam. Obama dan isterinya melawat masjid Istiqlal yang terbesar diAsia Tenggara hasil senibina arkitek kristian. Isterinya angun dan sangat sopan dalam lawatan itu. ( um Nov 11, 2010:17)
CATATAN PINGGIR
Pengajaran dari itu 'bahasa' menjadikan manusia menjadi satu dan paling mudah mendekati hati nurani antara bangsa, kaum dan suku.
Dua,  amalan hormat menghormati antara penganut agama membina sebuah negara bangsa yang makmur.
Tiga,  orang yang menguasai banyak bahasa adalah manusia istimewa sepanjang zaman.
Empat,  Satu negara, satu bangsa boleh dibentuk melalui satu bahasa.
Lima,  memperkecilkan bahasa kebangsaan adalah pengkhianatan kepada negara
Enam,  Gelagat etnosentrik atau mengagungkan budaya dan bahasa kelompok sendiri dan menganggap budaya dan bahasa kaum lain rendah adalah kesempitan yang dikesalkan. Begitu juga gelagat xenosentrik yang merendahkan budaya dan bahasa sendiri , teruja dengan budaya bangsa dan bahasa pihak lain satu penyakit rendah diri yang memualkan.

Tujuh,   1Malaysia hanya akan berjaya melalui satu bahasa satu bangsa dan satu negara.

3 comments:

Anonymous said...

Saudara,
Siapalah sangat Obama kalau nak dibandingkan dengan orang cina di Malaysia atau orang india di negara ini?

Bahasa cina atau bahasa tamil tentu lebih hebat bagi mereka. Lahir dan membesar, kaya, tua dan mati di negara ini, tetapi tak reti-reti bahasa kebangsaan.

Hal ini memang unik dan unik sekali di dunia ini, ya di dunia ini keseluruhannya.

masmerah

mata angin said...

cina dimalaysia ni masa bancian jabatan oerangkaan baru-baru ini ramai tak pandak bahasa Malaysia. Haramjadah betul.

sangkakala said...

Puak-puak DAP sentiasa pertikai bahasa rasmi bahasa Malaysia. Selagi Anwar ada makin garanglah jahanam tu