PAS KATA ‘UMNO MACAM NAJIS DALAM TANDAS’




 
ADUN Paloh Datuk Nazula Mat Diah (UMNO) bertikam lidah dengan ADUN  Bukit Tuku Abdul Fatah Harun (Pas) apabila Nazula meminta Fatah menarik balik  perkataan kotor " UMNO diumpamakan najis dalam tandas" dalam sidang Dewan Undangan negeri Kelantan kemarin Nov 10, 2010.
Abdul Fatah berkeras tidak mahu menarik balik menyebabkan kecuh berlaku. Dipendekan cerita Nazula dihalau keluar Dewan.

BICARA MALAM
Dewan Undangan Negeri atau Parlimen adalah satu tempat tertinggi, suci dan mulia.  Disebut Dewan yang mulia. Ia suatu tempat terhimpunan manusia pandai, bijak, cerdik dan berakal.
Dewan itu tempat pemimpin membuat dasar dan undang-undang bagi maslahah rakyat dan negara. Perbincangan, perbahasan harus sopan, memilih perkataan yang baik-baik, dan menjaga adab serta tatasusila bagi menghormati kemuliaan Dewan itu.
Peraturan tidak membenarkan perbahasan dengan mengeluarkan kata-kata kesat, keji,  tidak suci, kotor dan sebarang rupa yang tidak mulia. Walau perasaan mendidih, panasnya perbahasan tetapi wajib dikontrol kerana tempat itu khusus untuk orang yang ada otak dan tidak dikuasai oleh hati.
Jika kedapatan perkataan kasar, kesat, kotor, keji dan tidak mulia maka tugas speaker atau Yang Dipertua Dewan menegur atau meminta sipenutur menarik kembali. Jika tidak ditarik maka Speaker menyerah kepada Jawatankuasa Disiplin Dewan membuat kata putus merujuk hukum disiplin anggota dewan yang  meredah  tatatertib.
Dalam Kes Datuk Nazula, Speaker tidak meminta supaya Fatah menarik balik perkataan kotornya. Nazula bangun meminta supaya Fatah menarik balik. Fatah enggan maka berlakulah perang mulut dan akhirnya  Datuk Nazula diperintah keluar Dewan.
Mengapa Fatah tidak diminta supaya menarik balik perkataannya oleh Speaker?. Mudah, Fatah adalah wakil Pas dan Speaker juga Pas walaupun peranan Speaker sepatutnya tidak memihak demi kelancaran perjalanan Dewan.
Abdul Fatah walau pun bersalah tetapi kerana kroni maka orang yang tidak bersalah dihukum. Kezaliman adalah meletakan sesuatu ditempat yang tidak kena. Yang salah tidak dihukum manakala yang tidak bersalah akan dihukum. Apa maknanya?  Zalim bukan?.
Selama ini Pas sering menuduh UMNO Zalim. Nah sekarang siapa Zalim ?.  Pas sering menuduh UMNO Rasuah, digalas seluruh dunia melihat gambar orang memberi rasuah tanpa sembunyi. Pas selalu menuduh UMNO amalkan kroni, didewan itu sudah ada bukti kroni.
Rumusnya, orang yang mempunyai kuasa cenderung melakukan rasuah, zalim, nepotisma, kroni dan meyeleweng. Kecil cara kecil besar cara besar.  Dengan itu insaflah bahawa tuhan jadikan manusia ada kekuatan dan ada kelemahannya. Pas tidak dapat mengawal kelemahannya.

2 comments:

Anonymous said...

mmg betul pun pe yang dicakap oleh wakil pas tu....sy sokong.....
bkn najis je...serba mak nenek ade dlm umno tu...

chenerong ular said...

Salam dato, betooi dewan undangan negeri dewan negara dan dewan rakyat (PARLIMEN), SATU TEMPAT YANG TERTINGGI MENGUBAL DASAR DAN UNDANG UNDANG NEGARA , DIANGGAP SUCI DAN MULIA, SEHINGGA KAN PEBAHAHASAN DAN PEBALAHAN MULUT DI DALAM DEWAN TIDAK BOLEH SESIAPA MENGHERATKAN KES KE MAHKEMOOH, HA BETAPA MULIA DAN TINGGINYA.

Tapi sayang dato, penghuni nya bukan lah seperti apa yang dato katakan bijak dan pandai,cerdik dan berakal semuanya.

Ramai di antaranya haprak semuanya, kaki rasuah, menyalah gunakan kuasa, mempunyai kepentingan diri tak kira dari parti mana sekali pun asalkan yang memerintah, rakyat tertipu dengan jawatan yb.macam yang hok duduk dalam kandang belakang rumah kita di Ulu Cheka jer.

jika pr yang memerintah dia akan memihak kepada kepada yb yb gagasan dia, bn pun sama mungkin lagi teruk sebab banyak negeri bn perintah juga parlimen.

sekarang ini kita tak usah membincangkan siapa zalim dan siapa tidak zalim. YANG SEBENARNYA RAMAI DI ANTARA YB YB YANG BERADA DI KEDUA DUA DEWAN INI ZALIM, KEPADA PENGUNDI PENGUNDI DAN KAWASAN YANG DI WAKALI, ZALIM KEPADA AGAMA YANG DI ANUTI, ZALIM KEPADA ETIKA KERJA PENJAWAT AWAM YANG SEPATUT DI IKUTINYA DAN AKHIR SEKALI ZALIM KEPADA UNDANG UNDANG YANG MEREKA SENDIRI GUBAL DAN LULUSKAN . KERANA APA ?..... LU FIKIR LAH SENDIRI.... KAH KAH KAH.. HEK HEK HEK...WASALLAM