SELANGOR- KOPERAT JADI KO-KARAT ?



GAMBAR WARNA WARNI INI HANYALAH HIASAN


KETUA Penerangan UMNO Selangor Abdul Shukur Idrus kata dia difahamkan ( mungkin dari orang dalam) kedudukan kewangan anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor bermasalah kerana KDEB diarah menanggung bil air percuma kira-kira 114 juta Ringgit setahun kepada Syabas sebagai memenuh janji PRU12. Tahun 2008-2010 KDEB kena  bayar anggaran  342 juta. Walau bagaimana pun KDEB menanggung hutang yang tinggi dari Syabas dan beliau minta supaya MB didedahkan  .
Jika benar KDEB berdepan dengan masalah kewangan kemungkinan berisiko  bangkrap menjelang 2011  katanya sambil mempersoalkan Penasihat Ekonomi Selangor DS Anwar hingga kini tidak membawa satu pun perubahan kepada perkembangan ekonomi Selangor. Sebaliknya pembaziraan kewangan terus belaku oleh anak-anak syarikat negeri itu seperti apa yang dilapurkan terhadap PKNS dan Yayasan Selangor.

CATATAN PINGGIR
Dalam sistem pemerintahan Malaysia Perlembagaan Malaysia menggariskan tiga bentuk kerajaan yang mentadbir urusan negara. Pertama ialah kerajaan Pusat ( Parlimen).  Kedua, Kerajaan Negeri ( DUN) dan ketiga kerajaan Tempatan ( Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah).
Bagi mengulas berita diatas sebagai premis, saya ingin menumpukan kepada kerajaan negeri. Lebih fokus lagi kepada sumber hasil kerajaan negeri. Bagaimana kerajaan negeri menjana hasil bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri secara kasar.
Terdapat beberapa sumber hasil kerajaan negeri yang merangkumi sumber tradisional dan hasil-hasil baru. Sumber tradisional termasuklah premium dan cukai tanah, sumber air, mineral dan galian, hasil perhutanan, sumbangan kerajaan pusat dan lain-lain. Lain-lain itu termasuk sewa, kenaan dan cukai-cukai yang dibenar untuk pungutan oleh kerajaan negeri.
Sumber-sumber baru adalah dengan menubuhkan badan-badan berkanun, syarikat induk dan anak-anak syarikat dimana kerajaan memiliki  100% atau pemilikan majoriti saham jika berusaha sama dengan pihak lain.
Di Selangor KDEB ( Kumpulan Darul Ehsan Berhad) contohnya. Ia merupakan syarikat induk kepada anak-anak syarikat yang diwujudkan bagi meneroka bisnes dibidang pengkhususan tersendiri.  Biasanyanya mereka akan menyertai bidang yang  mana sumber dikuasai oleh kerajaan negeri seperti hartanah, air,batu-batan,  perlombongan, perladangan,dan perkayuan.
Bagaimanapun sejak dasar perindustrian diperkenalkan, anak-anak syarikat kerajaan negeri melibatkan diri dalam industri juga. Kebanyakannya diadakan secara usahasama dimana syarikat kerajaan memiliki tanah manakala syarikat swasta memiliki kemahiran atau kepakaran. Tanah boleh dijadikan modal.
KDEB adalah model syarikat induk lebih bersifat penyelaras, pengawal, mata angin (hala tuju), pemutus kepada anak-anak syarikat. Jika anak-anak syarikat kekurangan modal  syarikat induk akan mengepam modal.  Bajet dan perkara dasar ditentukan oleh syarikat induk. Keuntungan yang dikaut oleh anak-anak syarikat akan diserahkan kepada syarikat induk.
Syarikat Induk adalah tiang seri kepada anak-anak syarikat. Syarikat induk  pula dibawah dibidang kuasa kerajaan negeri. Biasanya MB akan mempengerusikan  ahli Lembaga Pengarah dan membuat keputusan samada hala tuju dan dasar-dasar kewangan.
Jika Syarikat induk goyang maka anak syarikat akan bergoncang. Hasil pendapatan syarikat tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya. Ia tetap mempunyai disiplin sama seperti syarikat peniagaan lain.  Keuntungan akan dikumpulkan untuk mengembangkan perniagaan dan membina peluang kepada rakyat.
Apa yang berlaku sebuah syarikat bisnes menampung bantuan hangus?.  Jawabnya  hangus .Rentong.
Satu lagi !.  Jika wang yang patut dijadikan pusingan dan pengembangan dibelanjakan kepada belanja hangus jawabnya masa kan menentukan samada kini, esuk atau lusa akan bungkus !. Bungkus?. Ya..ya.. bungkus dan gulung  jadi lepat pisang ... kah..kah..kah..
Macam mana ? bukankah mereka itu ahli koperat ?.  emmmm betul..betul..KEPARAT! .. ahak..hak..hak..
Apa makna ko-karat ?  Ko- karat maknanya semakin lama semakin karat ahak..hak..hak..hak..

1 comment:

dzimba said...

bedal dato jangan tak bedal...Penasihat gaji RM 1..dah tentu la bodoh. Bangla pun gaji RM 700