SIAPA JADI AYAM DALAM PAKATAN RAKYAT ?.






Bekas MB Perak DS Ir.Mohamad Nizar Jamaludin kata Pas tidak mungkin bersama BN kerana factor sejarah Pas dipecat oleh BN. Sokongan dan penghormatan bukan Islam kepada Pas BN sangat cemburu.
Naib Presiden Pas Salahudin Ayub kata apa pun Pas tetap bersama Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda dan tidak tergugat dengan tawaran BN.
Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas kata isu Pas masuk BN tidak perlu ditimbulkan lagi kerana Pas sudah nyata hanya akan bersama Pakatan Rakyat.
Kenyataan ini respon kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan. ( Sinar Nov16,2010)
CATATAN PINGGIR
BN harus jadi orang dewasa memahami kenyataan itu. Tidak perlu buang masa membuat kenyataan provokasi nakal seumpama itu. Ini memang benar, setiap tokoh Pas penuh luka berperang dengan BN sejak lebih 30 tahun silam. Bagi mereka dibelakang duri dihadapan api jika menyebut masuk BN.
Satu eksperimen telah dibuat beberapa ekor  ayam bersama dua ekor kucing, dua ekor musang dan seekor anjing dimasukan kedalam bakul empat segi besar 4 x 4 kaki dan tinggi dua kaki yang diperbuat dari plastic.
Anjing melihat didalam bakul itu semua 'habuan'nya. Tetapi kucing tidak boleh dimakannya sejak dari zaman dahulu lagi tinggal bersama manusia. Tetapi tidak boleh bertemu kerana mereka musuh ketat.
Musang melihat ayam 'habuan perut' nya tetapi ada musuh utama iaitu anjing. Anjing dan musang melihat ayam mangsa paling mudah disapu. Kucing tidak makan ayam dan kenal musuhnya anjing tetapi tidak pernah kenal siapa musang.
Apa terjadi?. Dalam masa yang singkat, anjing menerkam musang. Dua ekor musang itu melawan. Oleh kerana bakul rendah, pergerakan anjing tidak tangkas. Musang lebih tangkas. Anjing gigit musang yang dihadapan yang dibelakang menggigit anjing dimana sahaja yang sempat. Ketika melepaskan gigitan musang dibelakang, musang hadapan menggigit pula.
Ayam bertempiaran terbang panik menyelamatkan diri. Kucing duduk bertahan dipenjuru sambil mengeluar kuku sepanjang-panjangnya. Siapa yang rapat dicakarnya.
Akhirnya ?. ayam mati kerana terbang laju melanggar dinding bakul. Musang? Mati digigit anjing.  Anjing menang?. Tidak, anjing juga mati digigit musang. Oh ya!  apa jadi dengan kucing?. Dua-dua ekor kucing hidup. Tidak ada sebarang luka pada kucing kerana dia bertahan senyap dipenjuru bakul.
Bijak juga kucing, betul kan?.  Mana tak bijak, rupanya dia kucing orang UMNO kah..kah..kah..
Soalan !.  Siapa ayam, siapa musang dan siapa anjing dalam  PR ?.

2 comments:

Helang Buana said...

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN

chenerong ular said...

SALAM DATO, SELAMAT HARI RAYA QURBAN, SEMOGA SEGALA PENGROBANAN YANG DATO LAKUKAN SELAMA INI,IKHLAS DAN DI TERIMA OLEH ALLAH SWT.