ADUN SELANGOR PERTIKAI TITAH DAN PERKENAN TUANKU SULTAN







ADUN kampung Tunku Selangor, Lau Weng San berkata mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Perkara 52(1) Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu diwujudkan dan perlantikan kejawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Menurut Perkara  (2) (a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggung jawab bagi hal Ehwal pentadbiran negeri.

Lau Weng San 'mempertikaikan perkataan ' Suruhanjaya perkhidmatan berkenaan' tidak semestinya SPA – JPA  dan dia berpendapat bahawa ia boleh dilantik oleh SPA Selangor dan orang yang dilantik mestilah orang yang berupaya dan berkebolehan serta tidak kontraversi, katanya. ( sinar Dec 29,2010 / s4 )


CATATAN PINGGIR

'Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan' adalah hujah ADUN itu sebagai alasan pihak Jawatan kuasa (panel) yang dibentuk oleh MB atau SPA negeri boleh melantik SUK Selangor. 

Suruhanjaya perkhidmatan berkenaan itu yang disebut dalam tahun 1959 atau sebelumnya bermaksud SPA Malaysia. 'Berkenaan' itu merujuk kepada perkhidmatan awam atau badan-badan kerajaan yang bertanggung jawab urusan perkhidmatan awam jika disebut dengan nama lain dibentuk selepas 1959 itu.

Mengapa perkataan 'berkenaan' itu merujuk kepada SPA Malaysia?. Ini kerana SPA Malaysia Menentukan keperluan semua Jawatan, mengujudkan jawatan, menentukan ada kekosongan, menetapkan rekrutmen,  Peraturan Am, disiplin, skim gaji, ganjaran dan hukuman, keistimewaan, kenaikan pangkat, pertukaran, saraan, pencen adalah tanggung jawab dan kuasa-kuasa SPA yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Harus diingat bahawa seorang SUK tidak semestinya kekal disitu, mereka boleh dinaikan pangkat keKementerian-kementerian dengan jawatan yang lebih tinggi lagi seperti KSU seterusnya KSN. Mereka juga jika JPA berpendapat perlu dihantar bertugas kebadan-badan berkanun kerajaan atau GLC atau keluar negara menjadi duta dan sebagainya.

SPA negeri diwujudkan hanya untuk jawatan-jawatan negeri yang tidak termasuk dalam lingkungan kuasa-kuasa SPA Malaysia. SPA negeri tertakluk dibawah kuasa-kuasa SPA pusat. Jika bercanggah kuasa pusat adalah lebih tinggi. Satu hal lagi SPA negeri tidak terlibat dalam mengatur Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Tahukah apa itu PTD dan PTA ?.

Mana-mana pegawai yang telah ditetapkan perlantikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah mereka yang layak berdasarkan marit, kekananan( senioriti), berprestasi dan berbagai penanda aras lagi. Ia tidak diukur sekelip mata melainkan rekod sepanjang tugasnya.

Pihak awam termasuk ahli-ahli poltik tidak berhak campur tangan atau mengatakan seseorang pegawai itu tidak layak kerana pihak umum tidak mempunyai kayu ukur sebenar dalam penilaian pegawai melainkan hanya sekadar persepsi  atau penilaian peribadi.

Seorang yang kontraversi bergantung kepada bidang kuasa dan tugas yang diamanahkan. Jika bertugas diJabatan Agama Islam sudah tentu agak kontraversi jika ia benar-benar menjalankan tugas secara berkesan. Contohnya menguatkuasakan undang-undang cegah maksiat (tangkap basah), berjudi, main nombor ekor haram, mengawal masjid-masjid supaya para pegawai tidak mempolitikan institusi masjid dan berbagai lagi.  


Kontraversi itu akan sendirinya tidak ada jika dia bertugas mentadbir sahaja. Wajar diingati bahawa seseorang pegawai bertindak bukan atas keputusan peribadi melainkan keputusan majlis mesyuarat dan arahan yang lebih tinggi lagi.

Sorang yang tidak ada pengalaman bertugas didalam pentadbiran kerajaan diperingkat jawatan tinggi kurang memahami bagaimana sistem perkhidmatan awam itu berjalan. Apa lagi mahu membincangkan hal ehwal prosedur perlantikan, marit dan sebagainya. 


MB Selangor dan ADUN Lau Weng San tidaklah  sesuai bercakap soal itu kerana mereka tidak pernah duduk dalam heiraki tinggi kerajaan. Manakala Khalid Samad terikat dengan masalah penarikan tauliah oleh MAIS.

No comments: