BOLA SEPAK- UNTUNG SECUPAK JADI BERGANTANG





PM Najib, mengajak rakyat menyokong Tim bola sepak Malaysia agar terus cemerlang ekoran Malaysia menjuarai piala AFF Suzuki  sebagai penutup tirai Malaysia tahun 2010. Ini bermakna PM Najib mengharapkan rakyat Malaysia menyintai sukan bola sepak menyamai warga negara Brazil dari mula mengenal bola hingga keakhir hayat tetap menyinta bola sepak.

Ini memandang syarat untuk menjadi juara telah dipenuhi oleh warga bola sepak sebagaimana peringatan yang sering diberikan oleh PM tentang amalan disiplin, kerja berpasukan, mempunyai kegigihan dalam bidang apa sekali pun. Seruan itu sering diulanginya termasuk diparlimen.

Sudah tentu rakyat pula meletakan syarat disamping syarat PM Najib, iaitu warga bola harus membalas cinta rakyat terhadap warga bola dengan menjauhi rasuah bola sepak, tidak berebut jawatan dalam pemilihan kepimpinan dan menjadikan pamain dan pengurusan sebagai sebuah keluarga besar.

Segala kontrak itu jika tidak  sempurna, maka dengan sendirinya cinta rakyat itu luntur seperti satu setengah dekad yang lalu, baru sekarang dapat dipulihkan.

Jika Pakatan Pembangkang yang disifatkan oleh DS Haji Hadi Awang, Presiden Pas dalam ucapannya dikonvensyen Pakatan baru-baru ini, ibarat 'untung secupak rugi segantang' yang menunjukan bahawa parti itu sentiasa bermasalah kebelakang ini menjadikan ia semakin runcing disaat menghadapi PRU 13 nanti.

Rakyat Malaysia dibawah kerajaan pimpinan BN pula, dengan kejuaraan bola sepak diJakarta itu dapat diibaratkan 'untung secupak jadi bergantang'. Dengan hanya sekitar lebih 20 orang terlibat membuat kejayaan tetapi mendapat cuti  umum khas berjuta rakyat Malaysia. Cuti itu disambung pula dengan cuti minggu tahun Baru. Sebuah hadiah rehat panjang.

Akan datang jika ada pertandingan melibatkan antarabangsa sudah pasti cuti seumpama ini akan diulangi jika Malaysia menjadi juara. Oleh itu sama-samalah kita menyokong.

Selamat Tahun Baru 2011.

No comments: