AWAS – ADA USAHA JAJAH NEGARA MENERUSI MAKLUMAT






Kerajaan didesak supaya mengemaskinikan pengurusan sistem maklumat negara dan mempertegaskan Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana terdapat aktiviti perisikan dari parti politik tertentu mencari maklumat sulit kerajaan untuk disalurkan kepangkalan data dinegara asing atau pihak asing.

Kebocoran maklumat terutama diperingkat kementerian-kementerian boleh didapati dengan berbagai cara termasuk menggunakan instrument dalaman sebagai agen mereka. Walau pun usaha mencari maklumat itu telah lama berjalan tanpa diperasani, sekurang-kurang dapat mengawal maklumat sulit yang baru supaya tidak dapat disalurkan.

Adalah sangat bahaya dalam sistem dunia imformasi hari ini sesebuah negara terdapat pihak asing mengoperasikan pangkalan data sesebuah negara lain dalam semua aspek termasuk sosio budaya, politik, ekonomi, agama , kepimpinan dan sebagainya. Dalam sistem hari ini sesebuah negara boleh diruntuhkan menerusi sistem maklumat.

Pendedahan Wikileaks, terhadap isu liwat Penasihat PKR adalah contoh terbaru bahawa penyalur maklumat itu tidak kira kawan atau lawan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak asing. Mereka yang ada hubung kait dengan negara atau pihak asing juga harus diperhatikan atas dasar mengawal aktiviti 'tali barut'  pihak asing.

Dalam peperangan, sesuatu pasukan musuh boleh dikenali samada mereka kuat atau tidak hanya boleh dikenali melalui seulas butang baju sahaja.


No comments: