Seluruh Wilayah diIndonesia, pencinta sepakbola Indonesia melahirkan rasa kecewa atas kekalahan tim nasional (timnas) diliga akhir pertama piala AFF Suzuki 2010 diStadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur 26/12 malam.
[MANADO] Indonesia optimis pada liga akhir kedua 29/12 ini, tim merah putih membalas dengan skor yang tiada terhingga lantas keluar sebagai juara AFF 2010.
Mengikut kata Inyo Rumondor Ketua komunitas sepakbola sulut SP diManado, " penyebab kekalahan tim nasional adalah kerana diekspos besar-besaran bagaikan selebriti. Ini terlalu berlebihan dan melelahkan pemain. Seharusnya tidak perlu itu" katanya.
Dipetik dari akhbar Suara Pembaharuan ( Indonesia Dec 27, 2010 )
CATATAN PINGGIR
Pesanan Inyo Rumondor itu harus dijadikan ikhtibar kepada warga bolasepak Malaysia agar tidak terlalu teruja dan mendewa-dewakan pemain sehingga pemain 'naik kembang dan perasan' bahawa mereka begitu hebat.
Pemain akan hilang tumpuan, berlemak, lelah dan agak terjongket kerana dira'ikan berlebihan sedangkan masih dalam pertarungan. Adakala sesuatu kejayaan itu jika dira'ikan berlebihan menyebabkan pemain terapong dan hilang punca. Penghargaan dan keterujaan yang berlebihan adalah suatu perangkap psikologi yang boleh menghayalkan.
Menjelang 29/12 ini, jurulatih harus memikirkan bagaimana pemain itu berada dalam keadaan ekslusif agar mereka dapat berkonsentrasi terhadap perlagaan akan dihadapinya di kota Jakarta agar lebih ligat lagi.
Disatu sudut tidak dipermudahkan kepada pencinta bolasepak tanah air merasa teruja pada AFF ini kerana warga bolasepak dapat menghidupkan kembali jiwa bola yang telah tergantung setengah tiang sekian lama.
Pulanglah dengan kejayaan dan akan disambut dengan serdahana. Berlebihan bisa mematikan.
2 comments:
Salam Dato, tak nak pergi menjadi penonton ke kat stadum bung karno di kotaraya jakarta 29/12 nant?.
Rasanya ramai penyokong penyokong malaysia yang berkunjung menjadi penyokong ke sana nanti.tak nok biarkan tim malaysia tanpa penyokong, tak g 2 ?
Mamak, tongkat ali kurang susu satu......
KAH..KAH..KAH..CU, rasa nok pergi tapi bimbang kena leser dek orang indonesia pulak. Kalau Malaysia menang kita yang kena panggang tepi stadium huhuhu.
Post a Comment