Langkah Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin untuk mengambil tindakan yang sesuai kepada Kerajaan Persekutuan terhadap perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor satu usaha yang positif. Tindakan yang sesuai adalah membawa kes itu kemahkamah.
Biar mahkamah mentafsir kandungan Undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959, Fasal 52 atau Fasal-fasal yang berkaitan dengannya itu. Tidak ada kesudahannya masing-masing membuat tafsiran itu bersendirian mengikut pemikiran politik dan kepentingan parti politik. Mahkamah akan mentafsir undang-undang yang dibuat oleh Dewan Perundangan.
Bagaimana pun Kerajaan Negeri Selangor harus menerima dahulu perlantikan tersebut kerana ia adalah amalan yang telah diterima pakai sejak tahun 1959. Undang-undang itu tidak pernah dipertikaikan dan semua pihak ingin tahu tafsiran sebenar perkara tersebut sebagai panduan masa hadapan. Selagi ianya tidak ditafsir oleh Mahkamah selagi itu ia akan tergantung dan menimbulkan masalah kepada pemimpin pembangkang yang menguasai negeri itu.
Sudah tentu semua pihak termasuk kerajaan persekutuan menerima dengan dada terbuka tindakan itu. Sekiranya mahkamah mentafsirkan memihak kepada PKR keputusan itu tidak dipertikaikan. Sebaliknya jika memihak kerajaan persekutuan pihak pakatan pembangkang juga harus menerimanya. Jangan pula bila tafsiran itu tidak memihak kepada PKR maka mengambil tindakan diluar undang-undang.
Kita juga mahu mengetahui kuasa 'nasihat' itu satu kuasa yang wajib didengar oleh Sultan sehingga Baginda Sultan tidak mempunyai kuasa pertimbangannya sendiri. Dan kita juga mahu mengetahui apakah yang dimaksudkan ' Suruhanjaya Perkhidmatan Berkenaan' apa makna sebenarnya. Selama ini kerajaan mentafsir bahawa Suruhanjaya itu sebagai SPA Malaysia yang bertanggung jawab kepada jawatan tertentu dinegeri-negeri.
\
Bagaimana pun Datuk Mohd Khusrin boleh mengambil tindakan balas jika pihak mahkamah membuat keputusan memihak kepada kerajaan Persekutuan kerana nama baik beliau terjejas teruk sebagai mangsa yang tidak berdosa dalam hal ini. Itulah kedilan yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment