DS Dr. Ahmad Zaid Hamidi meminta Kementerian Pertahanan tidak mendaulatkan pengkhianat sebagai hero dan menganggap penjenayah sebagai pahlawan. Ia boleh menggagalkan kementerian itu ditransformasikan melalui inovasi. Beliau mahu supaya kementerian itu berfikir diluar kotak dan inovasi secara teruja dilakukan. Seekor kerbau dan nila setitik boleh menggagalkan hasrat untuk dilaksana. ( Umal DEC 15, 2010 : 5 )
CATATAN PINGGIR
Dalam mana-mana masyarakat tidak kira ia masyarakat awam desa dan bandar, pentadbir awam, tentera, polis, atau apa sahaja kelompok masyarakat ada sebahagian masyarakat otak terbalik yang lebih teruja kepada kejahatan, jenayah, perompak, penipu malah peliwat sebagai 'hero'.
Golongan ini adalah terdiri dari mereka yang hidup penuh ketololan wal dungu, tidak berprinsip, anti establishment, suka dijajah dan pak sanggup pemikirannya. Walau pun ada dikalangan mereka berpendidikan tetapi ilmu itu tidak dapat membebaskan diri mereka dari kebebalan yang panjang.
Dengan adanya golongan seperti itu maka hiduplah individu dimana orang Kelantan panggil 'gedebe' kerana mereka mahu berpaut, berlindung untuk kepentingan diri dan sebagainya. Bila dicampur antara gedebe dengan pengikut itu wujudlah masyarakat 'crook' yang mengagungkan kejahatan.
Mereka ini ada otak, kreativiti dan inovasi. Tetapi segala-galanya digunakan untuk mengukuhkan lembaga crook mereka. Setiap cabang masyarakat tadi, andainya dihimpun akan menjadi crook rakyat sesebuah negara. Segala fikiran yang baik semua dispin menjadi tidak baik.
Yang paling aneh mereka yang kita anggap beragama pun ada crook juga. Mereka kelihatan alim dari pandangan mata kasar sama ada pakaiannya dan berbagai lagi kulit luarnya. Oic macam mana crook agama?.
Ooo itu mudah dikenali. Mereka akan tafsir al Quraan ikut kepentingan mereka. Dia sahaja yang beragama orang lain tidak. Orang lain rasuah, dia bersih. Orang lain kroni dan nepotism, dia tidak. Orang lain mati semua masuk neraka, kumpulan dia shurga. List nama ke shurga pun tuhan bagi dia pegang. Kah..kah..kah..
Lagi?. Emmm orang lain tahu berhenti, dia tidak. Kamu asyik tanya ini, kamu pun crook bukan?. Aaahak..hak..hak.. maaf bergurau. Jangan marah.
Paling bahaya adalah crook politik ala Hindustan. Oic ... politik pun ada crook Hindustan?. Kalau crook hindu adalah. Tapi sudah bersara.Kerana dia bersara maka ramai orang iktiraf dia hero. Macam mana crook Hindustan?. Ya..lah.. kalau isteri orang dia sapu, janda orang dia sapu, gadis dan teruna orang habis dia tala malah suami orang pun dia sapu. Kah..kah..kah..
Oic..laki pun sapu?. Dia buat apa? Apa lagi... liwatlah kah..kah..kah.. Woit... laki pun gemar? Betullah, kamu ini pengap sangat. Orang sudah gempar serata alam. Sampai pusat siber dalam tanah pun simpan rahsianya.
Habis macam mana hendak dibuat dengan crook ini?. Isssh. Mudah. Penjara sahaja. Hai.. dalam penjara pun dia jadi crook juga?. Tidak mengapa. Sebab disitu biar dia jadi kepala semua crook yang sah. Itulah tempat dia sebenarnya.
Masalahnya, bila masuk penjara nanti hero-hero baik jadi raja, kemudian secara halus jadi crook juga ?. Tidak mengapa itu senang, kita uruskan kemudian.
No comments:
Post a Comment