KFC KACAU BILAU – AHLI POLITIK MANA?





Pakar Ekonomi Dr.Hamzaid Yahya mendedahkan langkah JCorp berhasrat menjual QSR Brands (M) Berhad dan anak-anak syarikatnya KFC Holding (M) Bhd kerana dikatakan tunduk kepada desakan ahli politik tertentu yang mempunyai kepentingan tersembunyi disebalik langkah penyelesaian liability JCorp. Kacau bilau ini mengundang PM Najib selaku Menteri Kewangan campur tangan.

Tan Sri Muhamad Ali Hashim bakal disingkir menjelang mesyuarat Agung luar biasa Januari 2011 nanti kerana dikatakan berani menolak tiga cadangan pengambil alihan syarikat berkenaan.
(Umal. Dec25, 2010: 5 )


CATATAN PINGGIR

Pertama, Isu QSR Brand serta KFC Holding semakin kritikal kerana ada usaha untuk mengambil alih saham bumiputera didalam perniagaan strategic itu.

Kedua,  KFC Holding adalah 'strategic business' yang satu-satunya pemilikan saham yang kuasai oleh bumiputera. Perniagaan Francais itu menjadi idaman berbagai pihak kerana ia menjana keuntungan tunai setiap hari.

Ketiga, campurtangan 'politik' menyebabkan golongan kolongmerat tidak dapat bertahan pada asakan demi asakan politik. Jika tunjangnya TS Muhamad Ali Hashim boleh dipinggirkan begitu sahaja, imlpkasinya merupa amaran kepada pihak pengarah dan eksekutif lain supaya memberi laluan sutera kepada hasrat mereka tercapai.

Keempat, Terus terang kami meminta supaya Dr. Hamzaid Yahya menyebut nama ahli politik yang ganas dan mencari kesempatan itu supaya diketahui umum. Kerana jika disebut secara sindiran ia akan menjejaskan imej ahli-ahli politik lain keseluruhannya. Apa yang tidak dikehendaki wujud spekulasi akhirnya pihak yang tidak bersalah dikaitkan.

Kelima, Sepatutnya, PM Najib tidak campur dalam urusan membuat keputusan dalam bidang perniagaan sesebuah syarikat. Tetapi memandangkan KFC holding itu sendiri penting kerana melibatkan soal halal kepada umat islam maka wajarlah PM Najib melihat jalan penyelesaianya lebih dekat sebagai menteri kewangan.  Ia tidak janggal kerana sebelum ini KFC bertukar tangan ada campurtangan pimpinan tertinggi kerajaan.

Diharap status KFC itu berada ditahap yang sama walau pun apa-apa perubahan berlaku.



2 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Sepatutnya Pengerusi Jcorp @ MB Johor @ Pengarah PRK Dun Tenang menjawab dan mendedahkan siapa ahli politik pengkhianat tuuuuu...Dato'Ghani ada berani keeee.takut nama terbabit kotttt...

hisham said...

aku bolih agak....ahli politik tersebut ialah orang melayu..
kerja2 busuk ni memang jadi kebiasaan pada orang melayu...nak kaya cepat..
sanggup jual maruah bangsa dan ugama pada orang asing asalkan dia dapat bahagian dan orang lain mampus tak apa.
yang merosak bangsa melayu adalah ahli2 politik melayu sendiri...puak2 ni sanggup jadi pengkhianat.
tamak,dengki,perempuan,gila kuasa,hipokrit,sombong dan khianat serta macam2 lagi yang buruk2 melibatkan ahli2 politik melayu.
tak semua tapi majoritinya bersifat begitu.