Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kata " Perangai buruk pemimpin UMNO inilah ( bukan Islam mentafsir alQuran secara salah), menyebabkan orang bukan Islam menjauhi dari memasuki agama itu". Tegasnya lagi, " walaupun BN Memerintah 50 tahun, namun hingga ini, mereka tidak berminat kepada Islam" (SINAR. Nov2,2010: N5)
CATATAN PINGGIR
Telah diduga dalam tulisan saya semalam, Pas tetap membela wakil hindu yang mentafsir alQuran secara salah dikongres PKR. Mereka akan bela siapa sahaja yang mentafsir ayat suci yang sealiran denga perjuangan mereka.
UMNO tidak mengkritik jika ayat-ayat suci al Quran ditafsir secara benar. Prinsip UMNO Jelas, jangankan mereka bukan Islam, umat islam sendiri pun ditegur jika salah. Ayat-ayat suci al Quran sangat mulia kepada umat Islam. Sesuatu yang mulia ada tempat dan tertibnya.
Sesuatu yang mulia kita junjung, bukan jinjing atau dibakulkan. Dia diatas dan tiada sesuatu lebih atas darinya. Umat Islam mendidik anak-anak dari kecil lagi sebelum membaca al Quran jadikan amalan menjujung dan mengucup al Quran sepintas lalu. Mengapa? Tanda kebesaran dan kemuliaan kalam Allah swt.
UMNO tidak mahu satu-satunya kitab yang suci yang ada pada umat Islam disepahkan diPasar borong, melambak, kotor dan tidak bernilai. Dia didekati secara tertib, sopan dan beradab. Dibaca dan ditafsir secara beradab dan benar.
Al Quran tidak disamakan dengan novel, buku-buku politik, atau kitab-kitab yang bersifat baharu. Al Quran kalam Allah swt. Segala yang baharu ciptaan idea manusia. Umat Islam sendiri mengkaji ayat-ayat itu berkali-kali kerana ianya 'kata dasar ' Allah swt.
Sebab itu umat Islam meletakan tempat yang tinggi kepada alim ulama' kerana mereka boleh menerangkan makna, terjemah dan tafsir segala yang bersumberkan ayat suci alQuran. Kedalam ilmunya itu satu kemuliaan. Apa lagi ayat-ayat dari kitab suci itu.
Umat Islam sendiri tidak sesuka hati mentafsir ayat-ayat suci itu walau pun mereka mempelajarinya. Merka bimbang ditafsir secara salah. Tambahan pula dihadapan umum. Tafsiran cara salah itu masuk fasa mempermain-mainkan ayat-ayat suci. Ini mengelak diri dari sesat.
Jika kaum lain mempelajari dan mentafsir secara betul siapa kata mereka salah. Silakan, tiada masalah. Andai kata, Reduan Tee itu belum muslim sekarang, dia mentafsir ayat suci al Quran, sesiapa pun terima kerana dia tidak semberono dan ada kajiannya secara ilmiah. Bagitu.
Sebagai umat Islam UMNO ada tanggung jawab jihad, memelihara kesucian agama untuk diwariskan. Jika tidak buat apa kerajaan mengharamkan satu syarikat mengimpot al Quran bergudang-gudang kerana terdapat satu dua ayat yang salah?.
Walau pun kitab suci itu Allah swt sendiri memberi jaminan akan dipelihara hingga akhir zaman tetapi peranan manusia memelihara ayat-ayat itu diselewengkan darisegi terjemahan dan tafsiran seperti kita-kitab lain terdahulu. Tafsiran juga ada lurus, kekiri dan kekanan. Kiri dan kanan itu akan menyesatkan.
MCA dan MIC serta komponen lain dari BN memahami sensitiviti umat Islam dan satu-satunya mereka tidak sentuh. Jika sentuh mereka tahu akan cari penyakit. Memahami sensitiviti orang lain adalah satu kebijaksanaan umum. Tidak pakai redah sahaja.
Saya ingin bertanya Pas, apa jadi jika bukan agama hindu tafsir salah sesuatu kitab atau apa-apa yang berkait dengan agama itu?. Atau kata agama kristian dan sebagainya. Tentu mereka akan kata kurang ajar dan biadap. Tetapi jika seseorang itu luas pengetahuan tentang agama itu, mereka pun hormat.
UMNO galakan mereka belajar tentang Islam. Tetapi janganlah belajar satu ayat secara salah minta untuk jadi guru pula. Jadi guru kepada Pas dan PKR tidak mengapa. Belajarlah sepuas hatinya dan kirim salamlah kepada jemaah kesesatan itu. Minta dilindungi Tuhan.
Cuba beri totalnya hasil dakwah Pas selama bergabung dengan DAP jika ada klaim kejayaan dakwah. Perkim boleh bagi senarai mereka. Itu tajaan kerajaan.
No comments:
Post a Comment