JAKIM telah membuat kajian, Sepanjang tahun 2009 total 135,136 orang Islam berkahwin. Manakala bilang yang bercerai pula adalah 27,116 orang iaitu kira-kira 20.07 peratus.
Para suami menuntut cerai keatas isterinya adalah tidak bersefahaman 43.33%, Tiada tanggung jawab 32,93 %, akhlak dan sosial 12.03%, diganggu oleh pihak ketiga 5.45% dan masalah ekonomi 2.26%.
Isteri pula menuntut cerai kerana tidak sefahaman 69.44%, tiada tanggung jawab 17.68%, akhlak dan sosial 5.84%, gangguan pihak ketiga 4.42 % dan masalah ekonomi 1.38%.
Data dari sumber JAKIM.
CATATAN PINGGIR
Seluruh factor yang menyebabkan tuntutan cerai samada dari pihak suami atau isteri adalah tidak bersefahaman kecuali masalah ekonomi. Ia menyumbang lebih dari 95 peratus. Mengapa dikatakan sebesar itu?. Kerana masalah lain dari lima itu berkait.
Bila suami-isteri tidak bertanggung jawab maka akan berlaku ketidak sefahaman antara mereka. Begitu juga berlaku perbezaan tentang nilai akhlak dan sosial. Lelaki lebih ramai menghadapi masalah isterinya kurang akhlak dan sosial (ligat).
Isteri yang paling ramai menuntut cerai kerana tiada sefahaman diaggarkan 69.44 peratus. Isteri yang tidak bertanggung jawab lebih ramai dari sang suami sekitar 32.93 persen berbanding dengan pihak suami hanya 43.33 peratus hasil dari ketidak sefahaman.
Bila berlaku ketidak sefahaman akan muncul pihak ketiga yang mengganggu kelangsungan rumah tangga. Keadaannya hampir sama banyak antara suami atau Isteri sekitar 4 -6 persen.
Perceraian kerana factor ekonomi sangat kecil. Tanggapan kita bahawa wang punca masalah suami-isteri menuntut cerai tetapi bila meneliti data diatas tanggapan kita meleset. 5.45 % bercerai kerana main kayu tiga dikalangan para isteri. Suami mail kayu tiga lebih kecil dari isteri sekitar 4.42%..
Jumlah yang besar menuntut cerai itu menakutkan. Oleh itu peliharalah rumah tangga dengan sabar dan tidak mudah melatah. Akan datang kita bincangkan mendalam lima faktor perceraian JAKIM itu. Kali ini kita hanya menerangkan sahaja lima factor tuntutan perceraian tersebut..
3 comments:
Pihak berkuasa agama buat apa? Sibuk tangkap orang khalwat je? Atau sibuk dengan keluarga? Umat? Tak berfikir ke nak selesaikan masalah begini?
Tuan Senator,
Woit.... sudah mengkesahkan soal rumah tangga pulak, dah jemu ke pasal politik dan strategik nya.
itu seme boleh di atasi kalu berinovasi,dalam segala hal dan segala cara. ilmu politik buleh diaplikasikan untuk memuput kerukunan berumah tangga. Tolenransi dan keserderhanaan. misal nak kahwin lebih dari satu,sang isteri benarkan. bila makan di restoran sang suami suap makanan kepada sang isteri. Seberang jalan , suami pimpin tangan isteri heee...heee.
kah..kah..kah.. bro mesti pandai urut tengkuk dan romantis. Kerbau pun jinak kena peluh hidung tuannya. Kucing pun sanggup tidur dikaki tuannya jika kena urut tengkuk selalu. kah..kah,,kah..
Post a Comment