SUDAH CAKAP – PENING APA? –BAGI BERAS RAKYAT SUKALAH.

tilam hanya hiasan tidak ada kaitan dengan tulisan ini
Lawatan TPM, TS Muhyiddin Yassin ke Parlimen Sungai Besar semalam 5000 penduduk semua bangsa menerima beras UMNO nampak begitu gembira. Mereka dapat jumpa TPM, balik makan nasi sumbangan UMNO kurang-kurang tahan tiga-empat hari.
Bukan selalu, tetapi rakyat seronok dengan syarat jangan pilih bulu. Bagi semua merasa ( lihat muka depan Utusan Malaysia). Jika mereka satu hari tidak berkerja tunggu TPM datang berbaloi, balik kerumah tidak lapar. Ini tidak,  perut lapar  ' menguap' 30 kali dengar lepas seorang demi seorang bercakap, manalah tidak berdengong. Kah..kah..kah...
Tetapi orang ramai kena ingat, pemberian itu tidak selalu. Kalau tiap-tiap kali pemimpin datang kena bagi beras,  banjaran Himalaya pun runtuh aaahak..hak..hak..
Negeri maju seperti pantai barat Semenanjung tidak perlu pembangunan lagi. Semua sudah tersedia. Pendekatan harus ada personal touch. Duit pembangunan itu cairkan saja jadi beras  kah..kah..kah..
Lihat diKedah dan Perlis, PM Najib datang 32,000 petani dapat bantuan kerosakan tanaman RM876 sehektar. Total semua 50 juta. Tambah lagi 10juta untuk baik imfrastruktur pertanian.
10,000 orang dapat tilam sumbangan kelab Putra UMNO harga hampir RM500 satu.  5000 dapat dapur gas Yayasan Rahah dan duit poket RM500 seorang/keluarga dianggarkan sejumlah 30.6 juta.
Duit dapat, tilam dapat, dapur dapat, bantuan pertanian dapat, dan berbagai-bagai lagi. Banjir seminggu, bantuan setahun. Tidak perhatin lagi kah?.
Kalau sudah dapat tilam, tidur lena jangan sampai mimpi bulan penuh jatuh keriba pula. Mimpilah suami isteri main jongkang- jongkit  dalam sebuah dacing berada diawan biru dan bukan berada dibulan pecah. Aahak..hak..hak

6 comments:

blogenstarz said...

Walaupun beras 5Kg,berbaloi tu.... dpd dapat air liur jer !


Linkkan saya !

YANG GAMBI said...

Banjir di Kedah untuk mencuci segala kepincangan kerajaan PAS Kedah.... InsyaAllah PRU 13 rakyat Kedah akan singkirkan kerajaan Pakatan Rompak...

Anonymous said...

Anonymous said...
Nampaknya suara-suara sumbang tak puashati masih kedengaran mengatakan mereka hanya terima sumbangan RM 500.00 bagi rumah terlibat banjir dikalangan kaum kerabat PAS. Mereka lupa daratan bahawa bencana banjir adalah ujian Allah terhadap mahkluknya. Sepatutnya mereka bersyukur atas bantuan ehsan kerajaan Pusat hulurkan bermacam-macam hingga tilam, dapur dan sebagainya. Ini mahkluk yang tak sedar diri.

Persoalannya berapakah Kerajaan PAS beri kepada mereka adakah hampir jutaan ringgit seorang?. Inilah manusia tak sedar diuntung dan tak pernah berterima kasih pada pemberi. Jangan lupa kata-kata fatwa N.Aziz bahawa hasil pemberian kerajaan BN haram suatu masa dulu. Ingat rezeki yang diberi halal tetapi bila makan haram atas perbuatan tingkah laku tuan2 semua.

Azizan Yaakob said...

Terima kasih datang ziarah. Pandangan sdr2 saya hargai moga datang lagi.

Anonymous said...

Tuan Senator,
Sedap dan seronok main jongkang jongkit dalam dacing di awan biru ......kah.....kah....eeeee....eheee.gerop.....gerop. Mari ramai main nya jangan sesekali merenung bulan pecah ke ,bulan penoh ke...itu tanda ngelamon...tak produktif dan maju seomo kita weh.

Anonymous said...

"Mimpilah suami isteri main jongkang- jongkit dalam sebuah dacing berada diawan biru dan bukan berada dibulan pecah. Aahak..hak..hak"

p/s Saya suka ayat diatas. Kui, kui, kui. Saya tambah sikit "ibarat pungguk rindukan bulan, roket yang ada tak boleh harap".

AkuAntiPR.