HANCUR – TAHUN 2011 TAHUN KENAIKAN HARGA BARANG – DR MAZA





"Tahun 2011 adalah tahun kenaikan harga barang" kata Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Sinar Jan3, 2011 /N4) . Blog flyingkick mengamuk pasaran minyak masak produk sawit hilang dalam pasaran sekarang walau pun Malaysia adalah pengeluar sawit terbesar didunia.


Bulan lepas sibuk santan kelapa jadi kritikal bermula diPulau Pinang melarat kekota raya Kuala Lumpur. Setelah harga naik sekarang melambak pula dipasaran. Kedai-kedai makanan sibuk menaik makanan bermasak  alasannya semua barang naik harga. Gula naik dan minyak petrol-diesel naik barang semua naik. Mereka tidak boleh pertahankan harga lama kata mereka.

Harga naik segenap penjuru.  Serangan seperti lebah hingga kementerian terkait dengan kawalan harga hilang punca . Trafik harga barangan keluknya semua meroket tampa dapat dikawal.

Merdeka center  sekitar Disember 2010 sokongan purata menurun dari angka bulan Mei 2010. Sokongan pada bulan Mei 2010 terhadap kerajaan BN adalah 72 persen telah jatuh dalam kajian  Disember 2010 kepada 69 persen. Mengikut pandangan itu penurunan percentage  adalah disebabkan kenaikan harga,   berpunca dari kenaikan harga bahan bakar dan gula.

Ini suatu petanda yang tidak sihat kepada Negara. Peniaga mengambil kesempatan menaikan harga disaat genting. Satu contoh adalah harga minuman Tea tarik naik dari RM 1 naik kepada  1.40  sen. ( naik 40 sen).  Harga sirap-ice pula naik dari 80 sen kepada RM 1. (naik 20 sen).

Pemiaga, pemborong menaikan harga dengan peratus yang tinggi atas sebab mereka menima bekalan dari saluran pengedaran adalah tinggi. Cuba bayangkan  sekilo gula mereka boleh membuat jualan sirap hingga RM40 pada hal modalnya tidak sampai RM6. Setin susu boleh membuat julan sehingga  RM 15.

Jika fenomina kenaikan ini berterusan walau pun kerajaan nampak kuat tetapi  secara diam-diam ia boleh menukar sokongan rakyat sekiranya diadakan pilihan raya umum. Dengan itu, kerajaan harus tidak terlepas pandang  tentang kenaikan harga itu.


masalahnya pemimpin kita tidak pernah membeli barang keperluan harian mereka tidak terasa perubahan itu. Jika mereka membeli pun mereka tidak dapat nilai wang yang sebenar kerana orang banyak wang, nilai wang itu hanya dilihat pada angka besar sahaja.



2 comments:

fre da said...

salam.
harga barang kawalan pun sudah hilang kawalannya.mereka pengusaha begitu ghairah menaikkan harga barang disbbkan barang utamanya naik..untuk pengusahaladang minyak.pakai beruk untuk kutip kelapa sawit dari gajikan org mungkin satu idea....heheheh

Anonymous said...

Penanda aras: Bila barangan makanan dan bahan asas makanan naik maka kadar inflasi turut meningkat secaran eksponen. Dampak nya kehidupan menjadi lebih keras. Di mana kuasa Konsumer/pengguna kalau harga ditentukan oleh pengeluar dan pembekal dengan mengambil jalan mudah mengurangkan bekalan dan mengurang/menghilang barangan tersebut dari pasaran. Dimana tanggungjawab korporat sosial nya?. Penguatkuasa saja tidak dapat mengatasi nya?. Konsumer nya tidak guna minyak sebaliknya guna kan air.. rebus dan kukus saja. Tu kan pemakanan yang sehat. Soal nya kalau tiada permintaan minyak sawit..macam mana pekebun sawit manpan pendapatan, akhir nya kilang proses sawit terpaksa tutup kerana tiada pasaran... ini lah dilema nya SM.......