JAHANAM MESTI BACA - DAP-PKR -PAS CUBA BERSIH DIRI.DARI DERHAKA







Teresa Kok berkata partinya DAP akan meneruskan pindaan Perlembagaan Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan kuasa Menteri Besar sebagai Penasihat Sultan. Usaha sedang dilakukan. " Utusan Malaysia sering mengatakan kami menentang Sultan 'penderhaka'. dengan pindaan itu kami akan lihat siapa sebenarnya penderhaka". Katanya.   (Malaysianewsnetwork)..


CATATAN PINGGIR

DAP begitu yakin pindaan akan dibawa kesidang DUN. Mereka sedar bahawa pindaan itu tidak akan berjaya kerana  pembangkang tidak cukup dua pertiga yang diperlukan. Sebaliknya, hanyalah sebagai satu helah untuk mengatakan bahawa mereka bukan penderhaka. Penderhaka adalah BN kerana tidak mahu menyokong usul pindaan untuk mengembalikan kuasa Sultan itu.

Dengan gagalnya pindaan itu nanti mereka akan war-warkan bahawa BN lah penentang dan perderhaka kepada Sultan dan mereka bersih dari sifat keji itu. Pada hal penolakan Khusrin sebagai SUK itu merekalah yang memanaskan punggung Kalid Ibrahim supaya menentang dan menolak Khusrin serta membelakangkan titah Tuanku.

Fussssh... kalau begitu bijaklah DAP mencari jalan melepaskan tengkuk mereka?. Ya..ya.. jika kita lemah kita akan terperangkap dengan permainan akal mereka. Mengapa DAP terlalu takut pada Khusrin?.  Ooo.. mereka takut kepada Khusrin kerana Khusrin adalah seorang yang tegas dan dapat membaca rentak mereka. Mereka tidak boleh makan Khusrin.

Semasa Khusrin diMajlis Agama, Khusrin bertindak tegas terhadap DAP cuba mengalatkan masjid sebagai markas mereka menggula-gulakan umat Islam supaya menyokong mereka. Macam mana dengan MB tidak tegaskah?.  Pada mereka MB Selangor itu lauk mereka sahaja. Mereka anggap Kalid itu 'kayu' yang senang dipengaruhi kerana fikirannya kurang tajam. Sebab itu kemana Kalid pergi Tressa Kuok ada sahaja disebelah. Jika Tressa tidak ada mereka akan hantar ganti.

Sekarang ini, BN pula bermasalah. Jika tidak hadir dan tidak menyokong mereka pula dikatakan tidak menyokong kuasa penuh untuk diberi kepada Tuanku Sultan. Jika mereka ikut sokong dan hadir maka DAP akan bersoraklah bahawa agenda mereka berjaya besar.

Jawapannya mudah.  Macam mana ?. Apa alasannya jadi mudah?. Sebenarnya kuasa Tuanku Sultan tetap wujud sebagai kuasa eksekutif utama negeri tidak pernah kurang pun walau pun ada pindaan 1993.  Apa juga keputusan negeri baik dari segi kedudukan Agama Islam dan pentadbiran negeri Sultan tetap dirujuk untuk keputusan.  BN tidak meletakan Tuanku Sultan sebagai penasihat sebaliknya sebagai pembuat keputusan akhir. Jika Tuanku Sultan tidak bersetuju sesuatu perkara BN akan patuh.

Kedua,  Pindaan itu hanya meletakan Sultan sebagai yang dinasihat oleh penasihat. Siapa yang menasihat? Tentulah MB. Jika MB tidak bersetuju dengan keputusan yang Tuanku titah, MB tetap melaksanakan juga kerana MB telah diberi kuasa dalam pindaan itu. Lihat sahaja kes Khusrin, Tuanku sudah bertitah Khusrin sebagai SUK, walau pun MB tidak ada kuasa dia tetap enggan menerimanya. Sedangkan perkara kecil angkat sumpah simpan rahsia pun dia engkar. Ini pula kalau dia punya kuasa penuh.

Sebenarnya DAP begitu gila untuk meminda Perlembagaan negeri kerana bertujuan untuk memberi kuasa penuh kepada MB. Tetapi berselindung disebalik nama Tuanku Sultan. Mereka sudah ada pengalaman diPerak bagaimana powernya DAP bila telur MB dipegang oleh mereka. MB Perak pada waktu hanya tukang 'yes' mereka sahaja. Bila kerajaan berubah, kita amat jelas bahawa DAPlah mengatur itu dan ini sehingga sekarang tidak puas hati kepada Sultan Perak.

Permainan mereka untuk jangka panjang. Ini persediaan masa hadapan mereka untuk menguasai Selangor dan negeri-negeri lain sepenuhnya. Mereka tahu mereka tidak akan menjadi MB dalam tempuh yang panjang lagi. Tetapi walau pun mereka tidak boleh jadi MB, MB itu mesti telurnya dipegang kuat dan jika melompat dari mereka alamat cirit-biritlah.

Formulanya mudah.  DAP nasihat MB >>> MB nasihat Tuanku Sultan.  Jika MB itu dalam genggam mereka bermakna  DAP penasihat Tuanku Sultan. Soalannya, Jika DAP yang berguru dari Singapura itu adakah mereka Ikhlas dengan Sultan?.  Tentu tidak bukan?. Mereka itu ada idealisma republic. Tahu tidak apa. Jika mereka ada peluang rapat dengan Sultan mereka akan susun agenda secara halus supaya suatu hari orang melayu sendiri menolak Sultan. Oicc.. Bahaya jika begitu.

Pemikiran DAP itu sangat jauh perginya. Kalid kurang tajam. Samalah dengan Nezar diperak dulu. Ini semua dibaca oleh DAP. Bukan sahaja otak mereka dibaca ! dalam seluar pun dapat dibaca   kah..kah..kah...

Sebenarnya Kalid boleh bertolak ansur dalam isu SUK ini. Tetapi DAP sentiasa melayar buntut Kalid menjadikan Kalid sentiasa panas dan tegang. DAP akan sangat kecewa jika Kalid tidak mengikuti arahan mereka. Dengan kebingungan Kalid itu dapatlah mereka meyakinkan supaya pindaan itu terus diadakan untuk membersihkan tuduhan mengatakan mereka tidak suka kepada Sultan. Pada hal itulah sebenarnya. Masak dengan perangai mereka.

Oleh itu BN harus berfikir lebih tinggi dari DAP berfikir. Jika ingin mengeringkan sungai, mata air itu dulu harus dimusnahkan. Selagi mata air mengeluarkan air, empangan akan melimpah dan pecah. Carilah jalan supaya mendapat nasihat Tuanku Sultan kerana Tuanku Sultan jauh lebih nampak agenda tersembunyi DAP itu.  Ampun Tuanku.


No comments: