Satu trend budaya politik diMalaysia sedang berlangsung sekarang adalah memutlakan kuasa 'penasihat' dalam organisasi politik dan akan berkembang kelain-lain bidang dalam jangka masa panjang. Penasihat dalam erti kata biasa adalah sebagai membetulkan, pemandu arah, memberikan pandangan supaya proses berjalan betul mengikut prosedur dan undang-undang, serta menerangkan situasi semasa sesuatu isu samada undang-undang biasa atau undang-undang budibicara serta moral dalam membuat keputusan dan sebagainya.
Dalam konteks sekarang penasihat berfungsi tidak lagi boleh dikatakan seperti apa ternyata diatas sebaliknya penasihat adalah pemberi kata putus, kuasa tertinggi dan kuasa eksekutif yang mengatasi perlembagaan. Penasihat itu sudah diinstitusikan secara formal.
Institusi penasihat itu dalam hal parti-parti politik dia tidak datang dari proses demokrasi. Sebaliknya penasihat itu adalah tuan kepada organisasi politik itu sendiri. Seorang penasihat tidak perlu bertanding atau merebut jawatan kerana dia mengatasi perlembagaan. Sebaliknya ia menentukan siapa bertanding dan siapa yang layak menang melalui kaedah-kaedah tertentu.
Walau pun pertandingan adalah satu proses pemilihan dari akar hingga kepucuk dengan melahirkan gambaran demokrasi tetapi ia boleh diwarna, dicorak dan dibentuk siapakah yang layak menduduki barisan kepimpinan. Pemimpin yang terpilih itu mempunyai tanggung jawab langsung atau tidak langsung kepada penasihat.
Habis penasihat itu datang dari mana.?. Penasihat itu adalah seseorang yang berdiri dengan sendiri kerana organisasi itu milik peribadinya. Yang dipilih? Yang dipilih adalah eksekutif yang melaksanakan kehendak penasihat,. Kalau begitu powerfull lah penasihat ? ya..ya.. power !.. Habis penasihat siapa yang menasihat ?. Tidak ada, hanya diri sendiri.
Justeru itu, jika disebut penasihat bermakna ia adalah kuasa tertinggi dalam organisasi politik itu. Cuba bagi contoh ! Emmmm ok lihat sahaja PKR dan DAP. Masing- masing ada penasihat. Di Singapura, Penasihat ini diberi jawatan menteri paling kanan.
Jika memberi nasihat bermakna memberi arahan yang mesti dilaksanakan. Didalam organisasi politik jika seseorang itu mendapat nasihat bermakna mendapat arahan dari penasihat maka wajarlah dipatuhi.
Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor cuba meminda perlembagaan negeri dengan memasukan jawatan Menteri Besar sebagai penasihat kepada Sultan dalam membuat keputusan melantik tiga orang pegawai utama dinegeri itu. Malangnya tidak cukup 2/3 maka tutup buku. Jika Berjaya bermakna Sultan akan menerima nasihat dari Menteri Besar. Perkataan 'nasihat' itu telah diterangkan tadi.
Jika dahulu penasihat itu ibarat tea O tampa gula. Sekarang penasihat itu Tea susu campur gula. Jadi tea manis gila, ringkasnya tea gila kah..kah..kah..
No comments:
Post a Comment