PRK TENANG – 5000 DICAPAI JIKA PENGUNDI CHINA BERUBAH





Ilham Centre (2006)  Firma penyelidikan bebas telah membuat kajian kecenderungan pengundi di N.05 Tenang, Johor, ekstensif sekitar 26 – 28 Januari 2011 di 10 dari 13 lokasi daerah mengundi dengan kutipan data respon  549 sampel pengundi berdaftar semua kaum diDUN iti.

Dapatan trend sokongan kepada BN  73.1 persen  Melayu,  48.6 peratus China,  50 peratus India serta lain-lain kaum 75%. Majoriti BN sekitar 3000 undi.  Pengundi memilih berdasarkan  organisasi parti politik sekitar 62.5 % manakala factor calon sekitar 37.5 persen.

Ref : PRK N.05 DUN Tenang.


CATATAN PINGGIR

Enteri saya kali ini membandingkan antara kajian Merdeka Centre dengan Ilham Centre dalam kajian kecenderungan sokongan rakyat kepada parti pemerintah. Sekitar hujung November 2010 Merdeka Centre melahirkan hasil kajiannya bahawa pengundi melayu berada di 72 % , Cina 52% dan India sekitar 85%.

Ilham Centre pula memaparkan kajian sokongan BN dalam suasana PRK  dua hari sebelum mengundi hasilnya melayu 73.1%, Cina 48.6 %, India 50 % dan lain-lain 75%.

Apa yang menarik adalah perbezaan sokongan India  MC 85% dan  IC 50% bermakna  35% berbeza  antara agensi kajian tersebut. Jika melihat kepada pengakuan Presiden MIC  berita jam 8.00 malam tadi 29 Jan2011 dan Dato' Shafie Afdal  perbezaan sokongan India itu Nampak ada perubahan yang positif. Sama-sama kita lihat esuk.

Undi Melayu dan Cina terdapat perbezaan yang sangat kecil. MC  72 % dan  73.1% IC Melayu dan Cina merosot  3.4% dari kajian MC.  Apa yang dapat difahamkan dua kajian tersebut  kedudukan sokongan melayu dan Cina hampir tidak berganjak.  Sokongan kaum India  agak ketara berbeza.

Dalam keaadan begitu banyak perubahan dibuat oleh PM Najib dan kerajaan BN pengundi Cina masih lagi 50-50. Ini bermakna  masyarakat China tidak terpengaruh dengan dasar kerajaan. Apakah sebenarnya yang mereka mahu ?.

Apakah mereka masih ragu lagi kepimpinan MCA yang baru atau sudah terpahat dihati mereka bahawa  kerajaan BN tidak menjamin kemakmuran untuk mereka?. Ini satu persoalan yang harus diperhati secara serius oleh  pucuk pimpinan BN. Walau pun kerajaan bermati-matian mengujudkan suasana kondusif untuk persekitaran perniagaan yang baik tetapi sokongan mereka masih berbelah bagi.

Apakah mereka mahu suasana politik yang tidak setabil untuk perkembangan perniagaan mereka ?.



No comments: