LEE KUAN YEW MAHU UMAT ISLAM LONGGAR AKIDAH


ini mungkin boleh


Lee Kuan Yew dalam bukunya "hard Truths To Keep Singapore Going' menggesa umat Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

" Komuniti lain lebih mudah diintegarsi, daripada menjalinkan persahabatan, kahwin campur dan sebagainya ."

Ref: utsuan Jan24,2011  (7).


CATATAN PINGGIR

Setiap kali ada pilihan raya kecil diMalaysia ada sahaja isu-isu yang dilontarkan oleh Lee Kuan Yew. Semasa pilihan raya Kecil Galas Lee Kuan Yew melontar dakwaan bahawa kaum China diMalaysia dipinggirkan.

Pada kali ini disaat PRK Tenang ia menyentuh tentang musuh utama Singapura adalah umat Islam dinegara jiran seperti Malaysia dan Indonesia. Kita tidak tahu apa isunya diMerlimau Melaka nanti. Tunggu dan lihat. Apa maknanya ?.

Apa kah yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew dalam gesaannya umat Islam tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam itu ?. sudut mana yang diminta supaya dikurangkan pegangan tersebut. Akidah atau amalan hidup?. Kedua-duanya saling berpaut.

Dalam Islam perkara yang tidak boleh dikomporomi adalah soal akidah.Amalan hidup itu adalah substans kepada akidah. Jika akidah longgar amalan ikut loggar.  Tidak terlalu kuat berpegang bermakna melonggarkan pegangan sama akidah dan amalan.

Diakui, bahawa umat Islam tidak mudah diintegrasikan dalam semua hal kerana setiap amalan  hidup atau cara hidup mereka mempunyai peraturan yang jelas. Contohnya soal makan. Orang Islam tidak boleh makan sembarangan kerana ia melibatkan soal halal haram.

Begitu juga kahwin campur, orang Islam tidak boleh berkahwin campur jika pasangan itu bukan Islam. Ia tidak boleh berkahwin suami seorang Islam dan Isterinya kristian atau Hindu. Tetapi mereka boleh berkawin jika pasangan bukan Islam itu masuk Islam.

Inilah masalah yang dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai terlalu kuat berpegang kepada Islam, pada hal kehendaknya agar umat Islam bebas memilih pasangan dan berkahwin campur tampa memikirkan soal agama, etnik atau keturunan baharulah tahap integrasi yang diinginkan tercapai.

Makan-minum  begitu juga, jika boleh umat islam makan apa sahaja jangan memikirkan soal halal haram. Jika dimaksudkan longgar begitulah.

Jika itu kehendak Lee Kuan Yew, ternyata beliau semakin tidak faham tentang Islam dan terlalu lewat untuk memahaminya secara mendalam. Apa yang lihat sekarang umat Islam Singapura tidak banyak keranah. Mereka mengikut sahaja apa saranan pemerintah. Mereka tidak menimbulkan kekacauan, tuntutan yang melampau atau sebarang bentuk keganasan. Itu tidak memadai lagi ?. 

Namun demikian jika terus memaksa agar umat Islam melonggarkan pegangan Islamnya negara itu akan mendepani masalah besar kemudian hari. Islam tidak akan komporomi bila pegangan bahawa 'Allah' itu satu digesa supaya dilonggarkan.


1 comment:

Umno Meru Online said...

salam,

mohon link dari tuan ke:

http://umnomeru.blogspot.com

Kami telahpun link n follow blog tuan.

salam perjuangan!!!