Lee Kuan Yew dalam bukunya 'Hard Truths To Keep Singapore Going' beliau menganalogikan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat ditanah paya mengingatkan rakyat republic itu perlu berhadapan dengan permusuhan daripada negara-negara jiran yang lebih besar dan beragama Islam.
"Kita mempunyai jiran yang bersahabat dengan kita ?. Sedarlah terdapat kempen untuk menjatuhkan kita kerana kita dianggap penceroboh" katanya dalam menyebut usaha Malaysia dan Indonesia yang (jiran) didakwa untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.
Ref: Utusan Jan 24, 2011 (17).
CATATAN PINGGIR
Lee Kuan Yew masih lagi meneruskan usaha menanam kepada rakyatnya supaya curiga, membenci, bersiap siaga sepanjang masa terhadap negara jiran terdekat terutamanya Malaysia dan Indonesia, atas dasar kedua-dua negara ini dikuasai oleh majoriti umat Islam.
Kedua, Singapura ( LKY) merasakan bahawa sektor ekonomi yang mengaitkan aktiviti pelabuhan adalah hak mutlak mereka sahaja dirantau ini. Jika Malaysia dan Indonesia membina dan memajukan cabang itu dianggap mengancam bisnes mereka. Sedangkan negara lain juga cuba mempelbagaikan sektor ekonomi dalam mengujudkan peluang dan pendapatan rakyat. Dunia yang berkembang mana-mana negara sekali pun akan menghadapi persaingan bisnes kerana kedinamikan manusia berekonomi. Ia tidak boleh disamakan dengan 30 tahun lalu, sesuatu monopoli tampa pesaing.
Ketiga, Malaysia dan Indonesia sentiasa mengiktiraf Singapura adalah sebuah negara merdeka, berdaulat dan bebas. Bagaimana pun Lee Kuan Yew sentiasa membangkitan secara terbuka bahawa negara-negara jiran menganggap republic itu sebagai 'penceroboh'. Buruk sangka terhadap negara jiran itu akhirnya timbul tanggapan 'seorang pembunuh merasakan orang lain tahu dia telah membunuh, pada hal orang lain sedikit pun tidak mengetahui atau mengesyaki dia adalah pembunuh, dengan tingkah laku itu akhirnya, orang lain tahu dia telah membunuh' .
Keempat, dengan menanamkan jiwa permusuhan dikalangan rakyat republic itu meletakan diri mereka lebih potensi dimusuhi kerana sikap curiga yang ada dalam diri mereka. Sepatutnya Lee Kuan Yew membina mentaliti rakyat Singapura bahawa negara jiran adalah rakan atau sahabat yang paling rapat harus saling bantu membantu dan hormat menghormati, ia lebih menguntungkan pada masa hadapan yang panjang.
Kelima, Kebanyakan kritikan yang datang dari Malaysia dan Indonesia terhadap negara itu kerana 'mulut' Lee Kuan Yew' sendiri yang suka campur tangan dalam urusan dalaman negara jiran. Ada aksi maka ada reaksi. Tidak lebih dari itu.
Kepimpinan baru Singapura kelihatan lebih terbuka dalam membina hubungan dengan negara-negara jiran. Harapan sikap saling menghormati dapat dilangsungkan selepas ketiadaan Lee Kuan Yew. Cara pemimpin veteran itu adalah cara lama yang ketinggalan zaman.
1 comment:
Spork lah yg bertanggungjawab menjadi tok dalang melaga2kan Msia-indon selama ini.Spork menguasai media indon.Proxy spork juga ada di Msia dan indon di dlm parti2 politik spt dap terutamanya.
Kerjasama dgn anu war dan bandera(indon)yg diketuai seorang kristian lebih memudahkan kerja mereka meniup api permusuhan.Tambahan lagi dengan sikap rakyat indon yg mudah diprovokasi.
Post a Comment