MESTI BACA - MCA KATA HARUS DIKOTA !!!





Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai cadangkan kerja dalam satu tim tidak hanya dalam pilihanraya, malah sepanjang  rasa keakraban sebagai keluarga BN.

" Parti komponen perlu tolong menolong antara satu sama lain untuk lebih mendekati rakyat dan saya yakin gabungan kekuatan ini, BN lebih kukuh" katanya dalam sessi perbahasan pada konvensyen BN Pahang semalam.

Ref Utusanonline , Jan31, 2011 :pol.



CATATAN PINGGIR

BN  yang dahulunya berasal dari parti PERIKATAN dengan lambang kapal layar telah berjalan hampir enam dekad atau lebih setengah kurun. Zaman Perikatan, rasa keakraban antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC sebagai abang adik sangat ketara dasar membelek sejarah mereka. Mereka akrab, sentiasa berselarian kedarat dan kelaut.

Lewat 1970an  apabila BN dibentuk dengan lambang Dacing, perubahan keakraban telah menemukan titik perubahan. Simpang-sior berlaku kerana factor-faktor dalaman yang bukan disengajakan. Tetapi ia menjadi menjadi punca parti-parti komponen hanya bersifat lebih kosmatik. Itu realiti yang kita harus terima dengan dada lapang. Mungkin saya silap, tetapi saya fikir tidak semua serong.

Puncanya kerana berlaku peristiwa hitam 13, Mei 1969 telah menukar jiwa dalaman anggota BN. Ada rasa sedikit hambar dan tidak selesa dikalangan kepimpinan. Diakar umbi sudah tentu lebih dalam. Getaran itu masuk kedesa-desa, kampong-kampung baru. Tambah lagi ditenteng oelh  DAP dan PAP dari Singapura tidak henti-henti menidakan 'melayu dan Islam'.

Kedua, kerana  penyertaan Pas, menambahkan lagi kurangnya asam garam dalam gabungan kerana Pas pada waktu itu tidak menerima hakikat  perkongsian kuasa antara semua kaum. Lantaran itu Pas menuba dari dalam BN  itu sendiri. Gunting dalam lipatan. Gabungan yang terlalu besar seakan menjadi system satu parti jangan lupa akan kesan-kesan jeleknya.

Setiap kali usaha gabungan dimuliakan maka ada sahaja kepimpinan dalam BN menimbulkan isu-isu sensasi yang boleh meretak lagi  hubungan antara komponen BN. Contohnya dalam tahun-tahun 1980an ketika Lee Kim Sai  ketua Pemuda MCA meletupkan isu melayu bukan pribumi Negara ini, maka berkecai kedamaian antara komponen bagaikan hendak bersabil. Ramai yang gemuk dikasi dalam  ISA.

Setiap kali dalam keadaan gelombang UMNO lemah,  UMNO  bukan sahaja berhadapan dengan tekanan dari pihak musuh tetapi menerima tekanan dari rakan-rakan BN terutama MCA. Psikologi  itulah yang menjadikan keakraban liat untuk  dipulihkan. Kadang-kadang dalam pemilihan parti MCA itu sendiri boleh jadi mengheret pemimpin UMNO sekali.  Dengan itu ada kecurigaan terhadap kepimpinan UMNO. Ironisnya, terlalu padu pun ada pihak dari dalam yang tidak gemar berpaungan . Inilah manusia.

Saranan DS Liow Tiong Lai itu adalah sebaik-baik amalan dalam BN. Padu, Akrab, Toleren, tolong menolong dalam menyelesaikan masalah rakyat, satu matlamat dan satu tujuan. BN harus langsungkan menjadi selera rakyat kerana khidmatnya, dasar perjuangan yang mengutamakan rakyat dahulu. Itulah menjadi impian  PM Najib.  BN harus kembali kezaman Perikatan dahulu. Mesra dan akrab serta berkerja dalam satu tim . Pulang-balik  bersama.

Bagaimanapun syarat-syarat  mutlak jangan lupa.  Masing-masing jangan cuba bangkitkan isu menggores hati terutama isu perkauman,  agama atau apa sahaja yang tidak disenangi  dipihak kawan lebih intim lagi sahabat.

Dalam keadaan lemah jangan terlalu 'menindih' atau meletak muncung pistol dihidung kawan. Apa yang sensitif tidak kena harus dibincang cara tertutup,  bertemu mata dan cari jalan penyelesaian menarik rambut didalam tepung. Jangan terikut-ikut rentak musuh dan cuba membuktikan keikhlasan. Nanti saya akan  diskraibkan bentuk ikhlas itu jika senang.

Saranan DS  Liow itu keperluan menjadi kenyataan disemua peringkat dari akar hingga kepucuk. Semoga budaya persahabatan mengakari bangsa .


No comments: