PKR BERADA DIPERSIMPANGAN - MESTI BACA




Gobalakrishnan Ahli Parlimen Bagan Serai mengatakan " Terlalu banyak petunjuk termasuk dalam pemilihan parti baru-baru ini yang menunjukan betapa PKR dirosakan oleh Azmin. Berkali-kali saya bawa perkara ini kepada Anwar supaya semua kerosakan ini diperbaiki, tetapi nampaknya dia tidak boleh buat keputusan."

Katanya lagi "Nampaknya, Azmin yang lebih berkuasa. Kalau Anwar sendiri tidak boleh beri keadilan kepada ahli-ahlinya sendiri bagaimana dia mahu memberi keadilan kepada rakyat?. Saya sudah tidak boleh bekerja dengan orang ini"  ketika memberi hujah mengapa beliau meninggalkan PKR. 

Bekas Naib Presiden yang menyertai PKR selama 12 tahun dari tahun 1999 itu meninggalkan PKR kerana hasratnya menyertai PKR untuk mereformasikan rakyat negara ini hancur berkecai setelah tersasar jauh dari matlamat asal penubuhannya. Sebaliknya, Anwar dan Azmin hanya berjuang untuk kepentingan diri semata-mata.

Ref : MM Jan30, 2011 ( 3).


CATATAN PINGGIR

Sehingga kini seramai 38 orang dari kepimpinan PKR pusat dan negeri merupakan penggerak utama PKR telah meninggalkan parti itu. Yang paling bernilai adalah 7 orang Ahli Parlimen yang berkualiti dan boleh diharap menghidupkan PKR itu sendiri.  Dijangka akan ada lagi meninggalkan parti dalam masa terdekat ini.Difahamkan dari 30 orang pengasas PKR, hanya ada tiga orang sahaja lagi masih dalam PKR. 27 orang telah meninggalkan parti itu.

Mengapa begitu kiamat dalam PKR?. jawapannya mudah. Segala-galanya bergantung kepada tujuan dan niat. Niat yang suci dan benar walau pun lambat akan mendapat bantuan Tuhan. Niat yang tidak betul lambat laun akan terbongkar dan berkecai.

Niat asal penubuhan parti itu sebenarnya sudah bercabang. Satu pihak dari mereka mahu menegakkan keadilan yang kononnya pemerintah yang ada tidak adil dan zalim. Disatu pihak lain tujuan parti itu ditubuhkan hanya berjuang membebaskan Anwar yang dipecat 1998. Mereka berpendapat pemecatan itu tidak adil dan zalim, kerana DS Anwar dikatakan tidak bersalah.

Pada ketika PKR berjalan tampa DS Anwar, parti itu lebih nampak ideal memperjuangkan keadilan rakyat. Bila DS Anwar bebas dari penjara, semangat perjuangan parti sudah menjurus kepada perjuangan mencapai cita-cita peribadi DS Anwar. Menuju Putrajaya. Keadlian rakyat hanya sebagai selimut menutupi niat sebenar untuk mengelabukan mata rakyat.

Semakin lama semakin terserlah rangka perjuangan PKR. Peribadi DS Anwar merupakan teras dan rangka dasar PKR. Perjuangan keadilan untuk rakyat terpinggir sama sekali. Ahli-ahli parti hanya diperalat untuk kepentingan peribadi dan amalan nepotism serta kronis politik dibudayakan.  Sebarang suara, gelagat politik yang menyongsang atau menyanggah budaya itu akan dipalam dan dipadamkan.

Keterbukaan, teguran, kritikan, pembetulan terhadap kepimpinan merupakan pantang larang yang mesti dihadham oleh ahli-ahli PKR. Kuasa semakin memusat dan tidak ada lagi agihan kuasa.  Pemusatan kuasa hanya kepada 3A. Sesiapa juga merasa tidak puas hati terhadap 3A akan menjadi tidak berharga akhirnya. Harga diri kepimpinan yang tidak termasuk dalam radar 3A begitu mudah dipasar borongkan.

Prinsip perjuangan?. Tidak ada prinsip yang paling luhur dari ketaatan, kepatuhan dan keterujaan kepada 3A.  Jika prinsip anda berkotak begitu, anda akan bertahan lama. Jika anda ingin melihat idealnya sebuah perjuangan membela rakyat anda akan kecundang. Itulah yang dialami oleh 38 orang pemimpin yang keluar parti tersebut. Jika tidak percaya temuilah mereka andainya ada kesempatan. Walau apa pun bunga jawapan mereka iia lebih kurang sama dengan Datuk Zaid Ibrahim, Senator Ezam M.Noor, YB Zulkifli Nordin dan YB Gobal yang baru isytihar keluar PKR itu sekadar menyebut antara nama-nama barisan mereka.

Apa jadi pada PKR ?. Mereka hanya menjadi sebuah parti sangat kecil, parti nyamuk dalam sistem demokrasi diMalaysia nanti. Parti itu hanya ada DS Anwar Ibrahim sebagai aset penting. Pas dan DAP hanya menggunakan DS Anwar sebagai instrumen untuk mereka kehadapan kerana Anwar lebih advance dalam gerakan. Kita kena akui itu kerana pengalamannya berada dalam UMNO dan kerajaan.

Kalau Anwar tiada?. PKR akan tidak berharga. DAP dan Pas hanya memandang sebelah mata sahaja. Tambah-tambah lagi DAP. DAP menganggap DS Anwar sebagai pemecah batu yang keras dihadapan. Jika Anwar tidak ada mereka akan kembali meraba-raba seperti asal. Pas akan kembali menjadi sebuah parti politik kampung yang akan melaungkan 'negara Islam ' kembali.  DAP akan melaungkan 'Malaysian Malaysia' kembali. Sekali sekala mereka nampak bersatu apabila datangnya PRU.




1 comment:

IBM said...

Salam. Singgah melawat di blog tuan yg berinformasi. Tahniah. Minta izin utk linkkan blog saua di sini. Itupun kalau di izinkan. My link :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com