KEPUTUSAN MENGIKUT DAERAH MENGUNDI
D.MENGUNDI BN PAS MAJORITI
1. Kg Redong 462 105 357
2. Pekan Air Panas 451 83 368
3. Ladang Labis Utara 152 40 112
4. Labis Timor 669 632 37
5. Labis Tengah 365 851 (486)
6. Labis 380 337 43
7. Felda Tenang 955 160 795
8. Sawah Baru 212 55 157
9. Tenang Station 764 381 383
10. Ladang Bukit Dato 351 99 252
11. Chemplak Barat 838 142 696
12. Chemplak 985 135 850
13. Undi Pos 115 3 112
KEPUTUSAN PENUH
BN 6699 ( 68.12%)
PAS 2992 (30.42% )
MAJORITI 3707
UNDI ROSAK 142 (1.44% )
MENGUNDI 9833
PENGUNDI 14,753
PERATUS 67%
Ref : Utusan Feb 1, 2011 (10)
CATATAN PINGGIR
Pertama, Berdasarkan keputusan diatas ternyata Pas mendapat sokongan melayu yang sangat meleset dikawasan daerah mengundi melayu dan India diluar Bandar atau pekan.
Kedua, Labis Timor, Labis Tengah, dan Labis adalah kawasan majoriti China sokongan terhadap Pas sangat galak hingga majoriti BN sangat nipis. Labis Tengah satu-satunya BN tewas . Tenang Station penduduknya agak bercampur kedudukan undi Pas agak tinggi walaupun tewas.
Ketiga, Tiga daerah mengundi majoriti China dan satu daerah mengundi bercampur penyumbang terbesar kepada Pas.
Keempat, Pas berpengaruh dikawasan Bandar sekarang kerana mendapat sokongan kaum China. Kawasan Majoriti melayu melebih 75 tidak lagi memihak kepada Pas.
Kelima, dengan mengandaikan 50% pengundi China kekal dalam BN, Pas akan tewas disemua kerusi Majoriti Malayu pada PRU 13 kecuali Kelantan sebilangan kecil diKedah.
Keenam, Lagi kuat ikatan Pas dengan DAP semakin jauh merosot undi Pas dikawasan majoriti Melayu. Nasib PKR pun sama. Andaian ini dibuat berdasarkan semua faktor kekal tidak berubah.
Ketujuh, lagi kuat Pulau Pinang dan Selangor mengganggu urusan orang melayu-Islam dan India-Hindu oleh Kerajaan DAP dan PKR lagi merudum undi Pas. Sebarang perkembangan diSelangor dan Pulau Pinang sangat relevan dengan sokongan kepada Pas.
Kelapan, PKR, DAP dan Pas berdiri atas landasan yang sama iaitu sekitar 50 % undi China dan 25 -30 % undi India dan Melayu dikawasan Bandar. Pas dan PKR sekarang hidup atas ikhsan DAP. PKR dan Pas juga memberikan saham yang kecil kepada DAP.
Kesembilan, Pakatan Pembangkang sekarang adalah sebuah Parti perbandaran. Jika MCA dan Gerakan, PPP termasuk KITA mengukuhkan cengkaman mereka dikawasan Bandar maka Pakatan Pembangkang akan berada ditahap kritikal. Popularitas calon sangat penting dikawasan bandar. Parti pelbagai kaum boleh diterima dengan baik.
Akhirnya, Gambaran ini berdasar apa yang berlaku dibeberapa Pilihanraya kecil 2020-2011. Jika keadaan ekonomi bertambah baik, dasar-dasar berjalan lancar, kedudukan BN semakin mengukuh. Pengukuhan itu akan bertambah mantap jika sokongan kaum China mencapai lebih dari 60%. Keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment