SISTEM KUOTA BN KARUT – DR CHUA SOI LEK









Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semalam sangat praktikal. Agihan kerusi PRU terhadap komponen BN bukan lagi berdasarkan berapa banyak jumlah kerusi, tetapi berdasarkan dimana 
boleh menang.

Tidak bermakna jika mana-mana parti anggota BN menuntut lebih jumlah kerusi tetapi kemenangan adalah amat sedikit seperti PRU 2008. Trend komponen BN menuntut kerusi lebih itu boleh dibuat pada masa lampau kerana BN berada dalam suasana dominan. Ada sesetengah kawasan calon letak songkok pun boleh menang.

Zaman telah berubah, walau pun rakyat masih lagi memilih parti politik sebagai resepi utama diikuti dengan populariti calun tetapi cabaran untuk menang tidak mudah. Kerusi tradisi bukan lagi alasan untuk penetapan 
calon parti komponen bertanding PRU akan datang.

Desakan terhadap sistem kuota,  memaksa pucuk pimpinan BN mengagih jumlah kerusi mengikut desakan itu akhirnya banyak yang kalah, walau pun ada parti lain yang boleh menang disatu-satu kawasan itu,  oleh kerana kuota maka kerusi itu terkorban.

Bagi komponen parti BN, apa yang penting adalah kemenangan besar melebih 2/3. Matlamatnya menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. Parti-parti komponen harus meletakan sasaran barunya kepada seramai mana penyertaan dalam kerajaan kerana itu lebih penting dari jumlah ahli parlimen yang ramai.

Jika kemenangan besar kepada BN, saiz kabinet boleh diperbesarkan seperti PRU 2004. Disitu terdapat kelebihan yang boleh dimanfaatkan kepada ahli-ahli komponen kepada rakyat.

Bagaimanapun agihan itu juga harus dirasionalkan dengan ratio penduduk. Jika kawasan itu majoriti kaum China, sewajarnyalah diberikan kepada MCA, Gerakan dan lain-lain parti termasuk anggota bersekutu BN , ahli yang didaftarkan terus dengan BN. Begitu juga kawasan majority melayu sewajarnyalah UMNO atau komponen BN bersekutu atau badan-badan gabungan BN.

Konsep ini, sangat sesuai jika boleh kenyang dengan semangkuk nasi, apa rasionalnya kita minta seperiuk hingga menyebabkan nasi itu tidak berhabisan dan basi terpaksa dibuang.

Namun demikian, jangan terperanjat ada kawasan majoriti bukan melayu mahukan calon melayu bertanding tiket BN kerana mereka beranggapan bahawa UMNO lebih power untuk menyelesaikan masalah mereka 
yang tertunggak sekian lama walaupun cuba diselesaikan tetapi tidak berjaya juga.





3 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Dah lama dah pengundi melayu yang dominan di dalam sesuatu kawasan DUN dan Parlimen mintak kaedah ini di laksanakan....harap kali ini akan menjadi kenyataan then baru MCA dan MIC sedar diri.....

sgray said...

Tengokkan sahaja kemana SOI LEK nak pegi...dengan partinya..Jangan terlena sudahlah....faham2 aje.

Hahn said...

Kelihatannya satu pandangan yang iklas kerana berbunyi juga sana sini mengenai calon bukan Melayu di letakkan oleh BN di kawasan majoriti Melayu.

Hal ini menjadi satus sebab besar untuk pembangkang mengapi apikan pengundi Melayu.

Di pandang dari sudut lain pula, betapa bagusnya orang Melayu memberi kemenangan kepada calon bangsa lain di kawasan mereka.

Ianya belum pernah berlaku di kawasan majoriti kaum China di mana calun Melayu meraih kemenangan.

Adakah dengan cara ini membuatkan kurang wakil dari MCA?

Selepas kekalahan teruk di PRU lepas di dapati wakil rakyat MCA yang wujud adalah dari kawasan majoriti Melayu.