KELANTAN – PANDAI BUAT ANAK TAPI TIDAK MAHU JAGA

                    siswa umk 

Ketika saya diKLIA pagi tadi saya sempat berbual dengan beberapa orang sahabat yang pernah menjuarai Kelantan satu ketika dahulu.  Saya banyak bertanya kepada mereka  khabar politik Kelantan. Ya..agak menarik cerita mereka untuk kongsi.

Ada banyak cerita yang boleh ditulis. Salah satunya, bagaimana Pas boleh mengeksploitasi  sesuatu pembangunan yang diusahakan oleh UMNO. Sewaktu  BN memerintah Kelantan, MB pada waktu  Tok Mat Yaakob berusaha untuk mendapatkan kelulusan sebuah Universiti diKelantan.

Diatas keprihatinan Kerajaan Pusat,  cabang  pengajian Islam Univerisiti Malaya telah dikembangkan keNilam Puri.  Tabiat UMNO hanya suka memohon Pembangunan tetapi pengisiannya dibiarkan kepada Pas mengatur langkah politik mereka. Sedikit demi sedikit Nilam Puri dikuasai oleh Pas dengan mengatur tenaga pengajar dan pengurusan Nilam puri hingga mencapai 99 peratus.

Bila UMNO sedar ?. Dikalangan kepimpinan bawahan UMNO sedar  dan menegur pimpinan yang ada kuasa tetapi seperti mencurah air didaun keladi. Kepimpinan atasan negeri sedar dari lena apabila Pas boleh mengadakan aktiviti politik,  program-program melatih kader-kader Pas dipusat pengajian tersebut. Dalam masa yang sama UMNO tidak boleh tembus lagi untuk membetulkan keadaan.

Hasilnya, sebahagian besar kepimpinan Pas yang ada sekarang diKelantan dilahiran dari pusat pengajian Nilam Puri. Adalah mustahil produk Nilam Puri tiada langsung mendokong UMNO. Tetapi sebilangan besarnya mengisi keperluan Pas.

Walaupun Pas memerintah, UMNO terus mengasak Kerajaan Pusat membina lebih banyak Pusat Pengajian Tinggi dinegeri itu.  Maka  UiTM Macang terbangun dengan megah. Walaupun UiTM Macang menampung ramai pelajar dari luar Kelantan, tetapi peratusan pelajar Kelantan agak lumayan. Tidak pula disebut oleh mereka itu bagaimana keadaan di UiTM. Apa yang diketahui UiTM lebih liberal dan kurang dicampur aduk dengan politik.

Setiap kali UMNO menyuarakan kepada kerajaan Pusat meminta ditambah bilangan Universiti,  Pas sentiasa menganjing UMNO serta memperlekehkan UMNO. Tetapi UMNO terus berusaha walaupun diperkecilkan oleh Pas. Hanya satu kebaikan Pas Kelantan, mereka tidak setolol  Menteri Besar Selangor menolak pembangunan Universiti jika diperuntukan oleh kerajaan Pusat. Mereka memberi kerjasama dari segi tanah dan mudahcara pembangunan.

Dungunya kerajaan negeri PKR Selangor, menolak UiTM yang dicadangkan diRawang. Tidak semena-mena  Melaka dengan mudah mendapat UiTM yang dipindahkan peruntukannya dari  Rawang. Baik, kita balik kecerita Kelantan.

Sebuah lagi  IPT diluluskan diKelantan iaitu UMK ( Universiti Malaysia Kelantan). Awal-awal Pas  mendapat lorong baik di UMK apabila menantu Nik Aziz  mengetuai  bahagian Bina Insan di IPT tersebut. Ahli-ahli UMNO melahirkan kebimbangan UMK akan jadi Nilam Puri kedua, suatu hari nanti. Mereka telah menyuarakan hal ini kepada  pimpinan UMNO. Macam biasa, masih  seperti  dahulu juga, tidak didengari.

Blog sanggah tok janggut  dikatakan menjolok Isu ini,  mereka kata semakin dijolok semakin senyap. Jika  begitulah  tahap sensitiviti kepimpinan UMNO Kelantan kata  rakan-rakan saya itu, serah sahajalah Kelantan sampai bila-bila  kepada Pas. Itu tindakan lebih terhormat katanya.

Wallahu Alam..


2 comments:

pacat said...

SEPATUTNYA KERAJAAN PUSAT MEMBERHENTIKAN TERUS PROJEK KE KELANTAN. TETAPI KITA PERLU SEDAR ANAK KELANTAN DALAM UMNO DAN KERAJAAN PON RAMAI SUDAH TENTU MEREKA JUGA MENYUMBANG KEARAH MEMBAWA SEGALA MACAM PROJEK YG MENGUNTUNGKAN PAS DI KELANTAN!!!!! MUNGKIN...

Anonymous said...

Kalau boleh,jangan SENTUH langung Kelantan tu..LANTAKlah mereka dengan PAS kesayangan mereka tu..Buat tak peduli je. Kalau buat apa pun orang Kelantan tak tahu menghargainya. Tarbiah bab Syukur amat kurang sebab terlalu kyusuk hentam UMNO dan BN.