OSLO - Seorang Anggota Parlimen Norway dari parti Sosialis Kiri Snorre Valen mencalonkan Wikileaks sebagai pemenang Anugerah Nobel Perdamaian Antarabangsa 2011 ini atas peranannya sebagai 'Wistleblower website' atau website peniup pluit untuk transparansi dunia ( ketelusan dunia) termasuk didikan masyarakat demokratis.
" Wikileaks sudah memberi sumbangan dalam meperjuangkan nilai-nilai global seperti korupsi, kejahatan perang dan kekerasan yang kadang-kadang dilakukan oleh sekutu Norway" katanya dalam sinis kepada Amerika Syarikat.
Aktivis Pro demokrasi China yang kini masih dalam tahanan penjara Liu Xiao-bo meraih Nobel Pedamaian 2010 kerana perjuangan hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan suara diChina. Liu (54) seorang penulis, mantan Profesor Universiti adalah tokoh utama protes Dataran Tiananmen 1989 dipenjara selama 11 tahun mulai Disember 2009 ( 10 tahun selepas gerakan reformasi Tiananmen), atas tuduhan subersif kerana ikut mengarang 'Charter 08' sebuah manifesto yang cepat tersebar diChina.
Liu Xiao-bo dianugerahi Nobel Kedamaian pada 10 Disember 2010 yang diwakili oleh gambarnya sahaja diatas sebuah kerusi kosong khusus untuknya diMajlis khas anugerah tersebut. Majlis berlangsung di Oslo dihadhiri oleh orang-orang kenamaan, para Diplomat asing diNorway.
Apakah hadiahnya ?. Sebuah medal emas dan wang 10 juta kronor atau 1.1 juta Found Sterling.
Ref- Akhbar Suara Pembaharuan –Indonesia Feb2,2011
CATATAN PINGGIR
Pertama, perjuangan menegakkan kebenaran sering mendapat halangan yang bukan kepalang. Ia berhasil mengubah lanskap pemikiran masyarakat dunia dengan serta berlaku transfomasi walaupun pejuang itu merengkok didalam penjara.
Kedua, Liu Xioa-bo telah telah mengubah sistem komunis tulen diChina kepada Komunis –kapitalis diChina. Selepas reformasi Dataran Tiananmen yang mengorbankan banyak nyawa dikalangan rata-rata mahasiswa university kepimpinan Parti Kominis telah menerima hakikat bahawa 'Charter 08' tulisan Liu itu ada kebenarannya. Nah!.. sekarang lihat China sudah mengorak langkah menjadi gergasi ekonomi dunia.
Ketiga, ElBaradei juga adalah seorang tokoh Mesir penerima hadiah Nobel keamanan hari ini menggoncangkan politik negara pyramid dimana akhirnya Diktator Hosni Mubarak terpaksa akur dalam keadaan namanya menjadi 'sampah' kepada penduduk Lembah Nil terpanjang didunia itu.
Keempat, tidak sama dengan Malaysia bahawa pejuang-pejuang yang cuba menggoncang negara bukan menegakkan kebenaran sebaliknya menegakkan kebatilan, kebohongan dan kepalsuan. Semakin lama semakin kelabu.
Wallahu Alam.
No comments:
Post a Comment