PECAH TEMBELANG SEBENAR PAKATAN DENGAN INSTITUSI SULTAN.






Setiausaha Akbar Menteri Besar Selangor berkata kerajaan negeri tidak membiarklan Shuhaimie Shafeie ADUN Srimuda bersendirian dalam menampung segala kos perbicaraan ADUN berkenaan dan kerjaan akan membantunya.

Kerajaan negeri memberikan sokongan penuh kepada Shuhaimie dan  yakin  beliau tidak derhaka kepada institsi Sultan negeri itu.  Bernama,


CATATAN PINGGIR

Kes Shuhaimie adalah kes individu dibawah Akta Hasutan atas ransangan semangat politik kepertian PKR atau Pakatan pembangkang. Dari sudut etika, kerajaan negeri tidak tepat membuat penyataan terbuka kerana ADUN itu bukan anggota kerajaan sebaliknya sebagai ADUN biasa pro kerajaan. Sebaik-baiknya ia dibuat atas pakatan politik. Ada banyak kes jenayah dan berbagai lagi melibatkan anggota parti mengapa tidak diheretkan dalam sokongan yang sama.

Oleh kerana kes itu adalah kes keterlanjuran politik tidak hak kerajaan menanggung biayai mahkamah ADUN Berkenaan. Kerjaan Pakatan tidak dapat membezakan antara politik dengan kerajaan. Atau sengaja mengelirukan sesuatu yang jelas.

Penafian MB Selangor bahawa pimpinannya sentiasa menghormati Sultan telah diperjelaskan oleh sokongan tersebut bahawa sebenarnya mereka tidak menghormati institusi itu, apabila secara rasmi membuat penyataan sokongan tersebut. Ternyata dakwaan ramai pihak bahawa kerajaan negeri tidak ada kesetiaan merupakan satu kebenaran yang tidak boleh disangkal.

Dengan melahirkan isihati sebenar ada nasib baiknya kepada institusi itu, pindaan Perlembagaan negeri yang dibuat pada 24 Januari lalu gagal. BN dapat membaca apa yang tersirat didalam pemikiran kerajaan Pakatan.

Institusi mengambil ini sebagai suatu peduman dimasa akan datang bahawa Pakatan ada udang disebalik batu dalam hubungan antara kerajaan pakatan dengan institusi .


1 comment:

paktua said...

CATATAN PINGGIR Tuan saya sokong 100%