Rakyat Malaysia sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Bagaimana pun terdapat pihak yang mengamalkan hukum rimba dalam melaksanakan kewajipannya. Lebih malang lagi ia dilaksanakan oleh sebuah kerajaan negeri seperti diPulau Pinang dan Selangor.
Kesengsaraan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga melayu diTaman Pelangi Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku. Notis pengosongan gerai-gerai itu dalam masa 30 hari dimana ia difahamkan tarikh surat notis itu 6hb Februari 2011. Sepatutnya ia berakhir pada 7hb.Mach 2011.
Belum sampai seminggu dikhabarkan gerai-gerai tersebut telah diroboh sekelip mata. Walau pun mereka merayu tetapi ia diteruskan juga. Ini bermakna, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika benarlah dakwaan tersebut, mereka telah melakukan pengkhianatan kepada peniaga berkenaan.
Para peniaga yang terbabit boleh mendapat nasihat guaman untuk diambil tindakan mahkamah atau menuntut ganti rugi berdasarkan tidak cukup notis tersebut. Para peniaga tidak boleh mendiamkan diri kerana mereka berhak mendapat beberapa jenis ganti rugi dan juga boleh menuntut kawasan ganti dari defenden.
Ia sama juga dengan apa yang berlaku perobohan gerai diAmpang Selangor pada hari semalam 11/2/11 yang dilapurkan diTV3 berita jam 8.00. Gerai-gerai melayu tersebut diroboh serentak dengan notis. Perkara ini mesti dalam pengetahuan pemimpin setempat. Mengapa ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja?.
Orang-orang Melayu dibandar-bandar khususnya harus tahu hak mereka dan ia mesti didedahkan kepada pembelaan jika terinaya. Kemungkinan mereka takut untuk membuat tuntutan kerana bimbang dengan bayaran peguam dan sebagainya, bagaimana pun ia boleh dibincangkan dengan peguam cara pembayarannya.
Banyak kes-kes mengenai notis tidak tidak cukup telah berjaya dimahkmah sebagai rujukan.
Banyak kes-kes mengenai notis tidak tidak cukup telah berjaya dimahkmah sebagai rujukan.
1 comment:
Boleh mintak duit dari kerajaan selangor untuk kos guaman.. kalau tak nak bagi, boleh buat kutipan kat masjid KLCC jumaat nanti kalau betul anuar cuba nak buat kacau.. Ingatlah peniaga peniaga ni pun ada anak bini nak bagi makan.. Kejam betul PR ni..
Post a Comment