STRATEGI MEMATIKAN GERAKKAN PENDERHAKA BANGSA-melayurayadaily- Dato Azizan Yaakob

Seperti yang digariskan didalam lewat posting yang lalu saya telah menggariskan tiga cara minoriti boleh menguasai majoriti ia itu pertama undermind ketuanan melayu kedua, mencampuri dan memperkecilkan agama Islam dan ketiga, mengalatkan melayu derhaka untuk mencapai matlamat merampas negara ini dari tangan orang melayu dengan cara berpelembagaan.

Hari ini saya mengajak saudara saudari mendalami perkara ketiga iaitu melayu diperalatkan sebagai tool yang merbahaya dan ianya memerlukan strategi, taktik , manouver serta muslihat yang berkesan bagi menghalang penjelmaannya. Sun Tsu, Art of War pesan “sebarang yang berbentuk boleh dihalang”. Dahulu gerakkan yang nampak samar sekarang jelas bentuknya. Hanya ketajaman akal sahaja boleh memikirkan strateginya.

Pemerintah yang sedar akan bentuk yang sahih untuk merobohkan banteng kekuatannya tidak berusaha secara total serta melalaikan upaya serta menghalangya serta menginjaknya seperti meramas sebiji telur akan kecundang. Orang yang kecundang mustahil akan bangkit semula kerana sewaktu berkuasa sudah menjadi lemah apa lagi jika sudah hilang kuasa.

Memperalatkan melayu untuk merobek kekuatan melayu adalah senjata yang tidak ada tolok banding keberhasilannya. Falsafah ‘untuk mengeluarkan air dari lubang telinga kena air’ juga telah dimanipulasi sebaik-baiknya oleh golongan perampas tersebut. Ganjaran ‘PM ‘ menjadikan motivasi untuk berhempas pulas bagi menghalalkan cara melutu bangsa melayu dan Islam. Pemerintah melayu menjadi lemas untuk menyelesaikan masalah dalaman melayu bagi memberi laluan sutera kepada bukan melayu itu menyerbu dari sekeliling.

Yang berupa agama menujah cara agama. Ulamak cara ulamak. Yang berbentuk nasionalis cara nasionalis. Ekstrimis cara ektrimis. Intelek cara intelek. Bodoh cara bodoh. Dungu cara dungu. Jahat cara Jahat. Samseng cara samseng. Jika gerakan itu digabung struktur kekuatan melayu nescaya runtuh.

Cara bertahan (defensive) tidak sesuai bila tengah kuat. Cara bertahan dalam jangka panjang, jentera diresapi serangan propaganda, perang psikologi yang boleh memundurkan daya juang jentera pemerintah. Kesan turun naik seperti pasaran saham BSKL tidak baik. Psikologi massa bergantung kepada situasi ini. Cara tolak ansur bukan cara yang terbaik dalam menghadapi menghadapi situasi serangan jalur keganasan ini. Aksi binatang dikawal cara binatang. Aksi rimba dikawal dengan hukum rimba juga. Jika kemanusiaan dipilih bagi mengatasi aksi rimba alamat mengutip tulang berselerakan.

Seluruh Jentera digerakan berstrategi bagi mengatasinya. General yang lemah dan separuh hati dibuang digantikan dengan pilihan yang luar biasa. Jeneral yang hanya menembak keatas memberi amaran sentiasa bukan kepimpinan yang sesuai pada ketika ini. Ketika ini ketua yang baik harus disimpan untuk masa aman. Ketua yang baik tidak mampu berperang. Jika diletakan sebagai jeneral juga ramailah askar tergusur.

Kumpulan yang bergabung jangan menembak dan menikam dari belakang. Kemajuan yang ada kerana kejayaan gabungan. Pasukan gabung yang lemah merumitkan kemenangan. Dalam keadaan perang Intelektual diperlukan bagi memikirkan strategi untuk menang bukan intelektual digunakan untuk demand. Jika intelek digunakan untuk memberatkan keadaan bermakna anggota gabungan bersubahat dan memberi laluan untuk musuh menang. Ketua gabunghan yang menjadi beban untuk menarik diri jangan dipujuk sebaliknya kukuhkan kekuatan anggota disekelilingnya.

Pemerintah harus tidak takut kepada apa orang kata. Apa yang penting bila menang semua menjadi benar, bijaksana, adil dan ditakuti serta dihormati. Orang mencium tangan kita jika kita menang. Mereka meludah muka kita jika kalah. Keadilan bagi dunia adalah ‘menang’. Sudah ada bukti dihadapan mata kita pada yang sudah-sudah. Anak cucu disumpah seranah. Budi setangkai luruh ketanah. Pelajarilah.

1 comment:

sri tribuana said...

bETUL Datuk, your best post so far. A silent minister, or Menteri Amaran x patut diletakkan ditempat panas, elok letak Menteri Main Masak2 atau Menteri Rumahtangga saja